Kerana politik, banyak soalan tak bermanafaat ditanya....

Salam buat semua,

Bahang pilihanraya kini semakin panas. Segalanya makin jelas dimata, bendera sana bendera sini, poster sana, poster sini, provoke sana provoke sini dan lain-lain.

Apa kesannya pada anak-anak kami... mereka kini semakin kerap bertanya soalan yang tidak sepatutnya. Kami dengan rela hati akan menerangkan seberapa details kalau mereka bertanya, tapi bila bertanya pasal politik.... adusssss... letih. Pastinya mereka tidak mengharapkan jawapan... "jangan tanya, tengok jer...." kerana itu bukan kebiasaan jawapan bagi setiap soalan yang mereka aju.

Kami pernah lalui pilihanraya di NZ. (Coretannya di sini )Tiada satu pun soalan tentang pilihanraya keluar dari mulut anak-anak. Mereka hanya sibuk belajar dan bermain. Kerana apa.... kerana mereka tidak dimomokkan dengan kesibukkan poster-poster, dll berkaitan pilihanraya. Segalanya bersih dan aman.

Adakah masyarakat NZ tidak pandai berpolitik??? Realitinya, mereka lebih hebat dari kita. Lihat sahaja video debat terbuka antara parti yang dibuat secara langsung kat bawah ni.... Tiada masalah, tetap bersih, pilihanraya tetap berjalan lancar, pemimpin berkaliber tetap dapat dipilih juga akhirnya.

The leaders of Act, United Future, Mana Party, Green Party, NZ First and the Maori Party went head to head in the LIVE debate of the 2011 election campaign hosted by ONE News.

Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

1 comment:

NoEn said...

jauh bezanya kan kak...