Semanis Buah Seharum Lavender

Jalan lagi?????? Mesti ramai yang ingat kami ni takde kerja lain asyik duk berjalan je. Sebenaunya, kebanyakan tempat-tempat yang aku ceritakan di sini tak jauh pun dari rumah. Sekitar Auckland je, kebanyakannya pun pergi balik hari.

Biasanya balik je cik hubby dari universiti, kami pun bawa anak-anak bersiar-siar. Lagipun sekarang ni masih dalam cuti sekolah (sekolah dibuka pada 4 Feb ni), dan kebetulan tengah summer, siang panjang so tu yang panjang langkah sikit. Tunggulah nanti musim winter, maka langkah yang panjang akan pendek ler jadinya... :).

Kalau dulu kisah buah strawberry, kali ni aku nak cerita kisah adiknya pula, buah blueberry. Masa di Malaysia dulu sebut je blueberry, maka mesti terlintas di kepala otak aku jem blueberry.. tapi Alhamdulillah, dapatlah juga aku melihat dan berkenalan dengan buah itu di sini. Layannnnn...

Inilah ladangnya.. sayup mata memandang.. sangat luas

Inilah buah blueberry yang sudah masak... ada manis, ada masam...

Pokok dan buahnya macam pokok kemunting... (tiba-tiba terfikir, cuba buah kemunting tu dikomersilkan.. sure masyukkkk)

Tu dia.... hebat tak hebat... (nasib baik tauke ladang tak nampak...hahahaha)

Sekilo $8, masuk adalah free dan makanlah sampai terbongkang (amaran: jangan guna perkataan ini dalam penulisan ketika menjawab peperiksaan ye.. :) )

Setelah sebu perut makan buah-buah tersebut, kami meneruskan perjalanan lagi. Kali ni ke lavender farm pula. Terkesima, teruja dan terkujat aku melihat lautan ungu yang begitu indah dan memukau mata yang melihat... (aku peminat tegar warna purple tau)...

Seharum wangian lavender dengan keindahannya melatari alam ini.

Andailah dapat ditanam pokok ini di depan rumah..hmmmmm

Jangan bimbang lebah-lebah ini tak menggigit, depa dah mabuk dengan bau bunga lavender + kenyang menghisap madu (hipotesis aku je ni)..

Amboi seronok sakan ek...

Model pencen pun nak beraksi juga ke???..hehe

Selain dibuat minyak wangi dan pewangi udara... bunga lavender pun boleh dibuat gula-gula tau...

Sekian sahaja aku melaporkan aktiviti kami sepanjang musim summer ini, thanks buat Cik Nan dan Kak Asna atas tajaan penginapan dan makan minum, semoga Allah membalas budi baik kalian..ameeeennnnnn.. dan buat pengetahuan semua, aku demam hari ini.. uwaaaaaaaaaa (aiseyyyy terkeluar tajuk ler pulokkk).



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Awan Berarak Mendung Kelabu

Puas aku tergolek, terlentang fikir tajuk apa nak buat, last-last tajuk ini juga yang keluar.. Walaupun entry ni agak keluar tajuk, tapi buat-buat faham@ tak tahu je ler ye. Maklumlah penulis@aku ler tu tengah mood tak berapa nak betul sekarang ni...hehe.

Siapa penggemar tegar buah strawberry? Sebelum cerita panjang, jom layan dulu gambar-gambar yang tak berapa nak cun di bawah...

Posing dulu sebelum bedak kat muka cair, maklumlah berpeluh... :)

Memetik buah waktu matahari tegak.. adeiiiiii.. basah ketiakku

Tekunnya Akak Azi.... @ model topi.. :)

Anak-anak daraku yang dipaksa berposing olehku... huahuahua (gelak dengki)

Aik... sebiji je ke bagi kat abah????

Bukannya orang yang tak cun (cun-cun belako), tapi kualiti gambaunya... sebab snap waktu tengah hari (pantang ambil gambar waktu matahari atas kepala). Tahun ni pun buahnya tak sebanyak tahun lepas, jadi kami pun petik sekadar buat syarat je. Tapi yang syoknya masuk adalah free dan boleh makan seberapa banyak (sampai kembung perut aku..hehe), yang dibawa balik je kena bayar, sekilo $8... (terfikir macam mana gayanya strawberry di Cameron Highland, kerana aku tak pernah lagi sampai ke sana...uwaaaaaaaa).

Disebabkan tenaga masih banyak, petang tu aku jalan lagi...yeeeehhhhhhaaaaaaa. Tapi sekali lagi cik abang tak dapat ikut (ada hal), makanya dengan muka yang tak berapa nak malu tapi cun (kuang kuang kuang.. masuk bakul angkat sendiri sehhh), aku pun menumpang Kak Jun dan abang Syukor buat kesekian kalinya.. thanks ye Kak Jun. Kali ini kami pergi kutip scallop pula (thanks Biha dan Zack sebab jadi penunjuk arah).... :)

Inilah bentuk kulit scallop (macam lambang pada pam minyak Shell)

Tapi malangnya hanya kulit-kulit scallop yang kami temui, puas mencari dan mengorek, mencari semula dan korek lagi tapi masih tak jumpa (atau kami yang tak pandai korek..hehe). Akhirnya inilah hasil yang aku dapat.. apalagi kalau bukan gambar-gambar yang ntah apa-apa ni, tapi mereka yang arif dalam bidang fotografi ni memanggilnya sebagai silhoutte (ala-ala bayang hitam gitu), hentam sahajalah labu nak panggil apa pun . Layannnnnnn......

Anis dan Kakak Mizah... Akak Azi (anak kedua) tengah merajuk masa ni... hmmm

Ni gambau tunggul kayu....
Siapa tahu gambar siapakah ini????

Watchhhhaaaaaa.......

Inilah Kak Jun..hehe (nampak tak mukanya????)

Gambar sesudah mentari terbenam... Subhanallah indah dan tertibnya aturan alam...

Anis dan Kakak Mizah lagi...

Sesekali berjiwang dengan cik abang.. (pssst.... kanda, bila nak buat surprise kat dinda pulak....hehe)

Sebelum balik sempat lagi aku snap gambau bulan...

p/s: tajuk di atas tu konon-kononnya sesuai untuk gambar-gambar silhoutte yang ntah apa-apa aku ni... maklumlah senja kan mendung..hahahaha (suka hati aku jer)



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Mussel@kupang Picking dan Goat Island

Dulu ibuku pernah memberitahu ada dokumentari mengenai kupang di New Zealand ni dalam Majalah Tiga. Masa tu aku memang tahu kupang di sini memang banyak dan sedap (isinya lembut) tapi tak pernah ler tengok tempat pembiakannya. Pernah dulu ke Pantai Coromandel tapi masa tu air sudah pasang, tak dapat nak cari kupang.

Tapi nak dijadikan cerita, tempohari kami ke Pakiri Beach (lebih kurang 45 minit dari rumah aku) sebab nak kutip mussel, terkujat badak bila lihat depan mata punyalah bapak banyak yang amat sangat terlalu-lalu (marah cilgu BM aku) kupang liar dan anak-anaknya... rasanya dalam berjuta kot.

Gambar di tempat parking.

Tu dia banyak yang amat.

Baby mussel.... banyak sesangat. Kaki sampai sakit sebab berjalan di atas mussel. Permukaan batu dipenuhi dengan mussel@kupang semata-mata.

Anis yang sedang rindu pada abahnya... asyik merengek je..

Mizah dengan aksinya.

Payung si Anis.

Unikkan burung ni

Setelah penat mengangkut mussel (seplastik besar seorang), kami pun ke Goat Island, lebih kurang 15 minit dari pakiri Beach. Istimewanya kawasan ini ialah ia adalah salah satu tempat marine reserve. Kali pertama melihat air laut yang sangat jernih sehingga boleh nampak ikan di dalamnya serta indahnya tempat tersebut, mata ini terus terpukau akan keindahan ciptaan Ilahi.. Subhanallah sangat-sangat cantik. Kalau tak percaya jom layan pic di bawah...

Inilah Goat Island... cantikkan lautnya.

Goat Island dari sudut lain.

Dikesempatan ini juga aku nak ucapkan ribuan terima kasih (skemanya bahasa) buat Kak jun serta suami kerana menumpangkan aku dan anak-anak (suami tak dapat ikut ada hal...), serta Encik Shahriman sekeluarga kerana menumpangkan kami tidur. Pada masa yang sama sempat juga aku snap gambar bunga-bunga di rumah Encik Shahriman.. :).. layannnnnn




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Sudah Cukup Kuatkah Aku???

Hari ini cuaca agak mendung dan hujan renyai-renyai di bumi Albany. Sudah lama hujan tidak turun semenjak musim summer menjengah. Dalam cuaca yang mendung ini tiba-tiba fikiranku jauh menerawang, teringat semula pada kenangan-kenangan lalu.

Lebih kurang lagi sebulan genaplah dua tahun kami di sini. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang telah ditempuhi, namun berat mana beban yang ku tanggung, berat lagi tanggungan suamiku, kerana beliaulah suami, ayah, ketua keluarga, pelajar, pekerja dan kami banyak bergantung padanya. Kadangkala kulihat suamiku dalam keadaan tertekan, ku faham perasaannya... ingin sekali beliau meluahkan beban yang ditanggung pada keluarga namun apakan daya emak dan ayah mertua telah pun pergi menemui penciptaNya.

Aku cuba membantu setakat yang termampu agar fikiran kusutnya sedikit terlerai, tekanan yang datang sedikit reda..... setelah puas memerah idea, lantas kamera Nikon D60 kucapai dan inilah hasilnya ( sedikit editing melalui CS3).. dan ianya kutujukan khas buat suami tersayang...

Semoga gambar kunci dan perkataan "thesis" ini dapat menyuntik semangat buat yang tersayang dan mereka yang berjuang dalam menuntut ilmu.
(kredit buat anak keduaku selaku model dalam pic di atas)
Hatiku cuma satu.. dan yang satu itu buat mereka yang berhak memilikinya, dan dialah yang bernama suami.
Semoga sajak yang tertinta dapat dihayati dan diselami.

Dalam masa dua tahun juga sepanjang kami bergelar anak rantau, satu demi satu insan-insan tersayang telah kembali kepadaNya. Bermula dengan datukku, kemudian ibu mertuaku dan yang terbaru (1 Muharram) bapa saudaraku, Effendi Juhari. Kami adik beradik memang sangat rapat dengan arwah kerana beliaulah pengganti arwah abah (anak lelaki selepas arwah abah). Beliau banyak membantu kami adik beradik, tapi Tuhan lebih menyayanginya, seawal usia 37 tahun dan baru dua tahun usia perkahwinannya Allah telah menjemputnya. Ketika arwah masih hidup, beliaulah yang menjaga atukku (sebelah arwah abah), kini pasti atukku semakin sunyi..... :'-(

Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.

Gambar terbaru bersama arwah (berbaju biru) pada malam raya tahun lepas... Al-Fatihah


p/s: ucu= suamiku+along= diriku



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Aktiviti Sepanjang Cuti Sekolah

Lamanya tak meng'update' blog, telinga pun dah panas asyik kena perli dengan cik hubby je. Hari ini aku dah berjanji dengan cik hubby nak update.. (bang, Ida dah update ye..hehe).

Taknak berleter panjang-panjang, (sebab sepanjang cuti sekolah ni puas dah jadi tarzan) cuma nak kongsi rentetan pengalaman sepanjang cuti sekolah di sini (bermula 16 Disember dan akan berakhir pada 4 Februari).

Aktiviti pertama dan yang agak seronok sekali ialah apabila kami berjalan sakan @ menghabiskan duit sakan di Rotorua. Terima kasih buat Kak Asna sekeluarga kerana sudi menumpangkan kami tidur.... :).

Destinasi pertama kami ialah di Wai-O-Tapu, kalau nak tahu kawasan ini ialah kawasan bekas gunung berapi, jadi banyaklah benda-benda pelik yang pertama kali aku lihat, dan kenangan yang paling tidak boleh dilupakan ialah bau dikawasan tersebut... adeiiiiii busuk yang amat... "Ibu nak balik, sini busuk"... si Anis tak habis-habis merengek...
Maklumat lanjut klik sini.

Suhunya boleh mencecah 100 degrees.

Geyser, pancutan air dari bawah tanah.

Blurrppppp.... mendidih lumpur kat sini.
Uwekkkkkk... busuknya bau sulfur, pemandangan pun sangat terbatas..
Air di kawasan sini macam-macam warna, ada biru, ada kuning dan ada hijau..

Perut pun dah mula lapar, macam-macam lagu dah bedendang dalam perut ni. Kami berhenti di Blue Lake untuk menjamu selera + berendam-rendaman......

1...2....3..... jom terjah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pemandangan di Blue Lake.

Kemudian kami ke kawasan hutan simpan, sini semua pokok batangnya berwarna merah. Bila berada dalam kawasan tersebut aku rasa seolah-olah seperti dalam cerita Robin Hood pulak...

Pelakon tambahan filem Robin Hood yang sudah pencen..hehe.

Kemudian aktiviti yang paling mendebarkan ialah kami ke Rotorua Skyline... di situ kami naik gondola (78NZD untuk satu famili). Paling syok bila dapat naik luge, mula-mula tu takut juga tapi sebab nak tunjuk macho pada anak-anak terpaksalah kugagahkan jua walaupun pucat bibirku dah sama putih dengan gigi (nasib baik pakai lipstick..hehe).... pastu sebab dah teruja bangat sampai dua kali aku naik luge tu..hahahahahaha. Maklumat lanjut klik sini.

Kami ketika di atas puncak Bukit Ngongotaha.
Cik hubby dan Cik Anis...:)
Uiks... biar betul Si Anis pun nak join sama... :)
Bang!!!!!! Lari!!!!!!! Dinasour mengganas!!!!

Gayatnya mak datok.....

Esoknya pula kami singgah sekejap di Hamilton Garden, wahhhh..... banyak yang amat bunga-bunga di sini...

Terjumpa rakan-rakan dari Malaysia yang sedang melancong ke NZ... ketika ini walaupun tak pernah bersua sebelum ini, namun tak kira Cina, India dan Melayu keakraban sesama rakan senegara seolah-olah telah lama kenal.. tapi andai di Malaysia, rakan sendiri pun tikam dari belakang.. renung-renungkanlah.. :)

Ada jeti di sini.. mengingatkan aku pada kampung halaman...uwaaaaaaaaa!!!!!!

Lorong kejayaan....:)

Kak Asna dan Bejau... kami semua golongan cikgu-cikgi tau..

Kemudian kami ke Awharoa Falls, pemandangan air terjun ni memang cantik sangat.. tapi yang tak bestnya semasa aku duk snap gambau, ada ler pulak sekumpulan orang ni mandi-manda... kalau pakaian tak usah nak cerita ler.. just tutup tuuuuuuuttttttt je. Masalahnya kalau orang je mandi ok lagi, ni dengan anjing-anjing dia pun mandi sama... eiiiiiiiiii geeellllliiiiiiiiiiii.....

Tu dia cameraman yang bertauliah...hehe

Selepas dah puas menjamu mata dengan apa yang terdedah (hahahahahaa), kami terus ke Waihi Beach... di sini anak-anaklah paling seronok, dapat menyelam dan terus menyelam dan terus menyelam selagi mak dan abahnya tak menjerit suruh naik..... :).

Tak jejak di bumi.

One happy family......... semoga Kau berkati perjalanan kehidupan kami ya Allah... ameeennnn

Dah penat berjalan masa untuk pulang pun tiba, thanks buat Azila dan Fariza sekeluarga kerana menyediakan jamuan dan makanan buat kami yang memang dah darjah tertinggi kebulurannya...:)

p/s: kehilanganku dalam dunia berblog tidak bermakna diriku lupa pada rakan-rakan blog sekelian... kehilanganku kerana cuba menyelami dan belajar dalam dunia fotografi, adakala rasa rindu pada rakan-rakan blogger sekelian menjengah diriku, namun hanya mampu bertandang ke blog rakan-rakan tanpa meninggalkan pesan..



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

baki post anda yang hendak disembunyikan