Indah Sangatkah Bahasa Kita?

Nota:


Entri ini mungkin mengandungi penggunaan beberapa perkataan yang tidak elok dibaca atau didengar. Harap ianya tidak dilihat dari sudut  yang negatif, lihatlah ia sekadar satu perkongsian dalam hakikat kehidupan seharian.




Yang kurik itu kendi,


Yang merah itu saga,


Yang baik itu budi, 


Yang indah itu bahasa.



Indah betul bait-bait bahasa Melayu kita, sekali gus menggambarkan kita masyarakat yang bersopan santun baik dari segi pertuturan mahupun peradaban.


Namun cuba kita lihat bahasa pasar dalam kalangan masyarakat kita, terutama bagi golongan muda belia:


Bila memuji:




  • Bapak cantik

  • Lawa siut

  • Cantik sial


Bila marah:

  • Celaka kau

  • Sial kau

  • Bab* kau


Terasa kasar pula bila menulis contoh-contoh di atas, tapi itulah realitinya.

Bagaimana pula bila orang kulit putih bertutur dalam bahasa pasar mereka. Kalau tengok dikaca TV Malaysia semua ok, kena pulak semua dah ditapis.

Cuba lihat beberapa contoh realiti yang kami biasa dengar:


  • Makanan - who cook this fucking delicious pizza

  • Perempuan cantik - look at that damn beautiful girl, she is fucking hot (kesian perempuan yang lawa tu, lebih banyak kena ayat mencarut dari ayat memuji)

  • Buka kasut - please take off your fucking shoes (jiran kami tampal di pintu rumah dia, nasib ada perkataan "please")

  • Bila marah - stupid, moron you fucking idiot (jiran kami pernah bergaduh, maki hamun dengan ayat macam ni, akhirnya ada jiran lain yang call polis, terus kena angkut ke balai)

  • dll


Ringkasnya, perkataan fucking adalah umpama tatabahasa seharian mereka. Sama juga dengan perkataan shit, selalu juga dengar mereka cakap you shitting me (dalam konteks ini merujuk kepada- kau tipu aku ye).

Kenapa entri ini wujud?

Bila kami merantau, sememangnya kami dah bersedia kemungkinan kejutan budaya yang akan dihadapi, termasuklah dalam berbicara. Namun apa yang kami sedihkan ialah bila ada anak-anak Melayu di sini yang terikut budaya tersebut. Menyirap darah kami dibuatnya bila ada yang berani tutur ayat ini pada Mizah, anak sulung kami...

"F word" you Mizah, I give you middle finger



Menangis Mizah dibuatnya, aku tidak salahkan ibu bapa mereka 100%. Kerana itulah yang sering kami dengar dalam kehidupan seharian kami di sini. Namun, pastinya tetap menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni masyarakat Melayu walaupun hidup di rantauan.

Jadi...indah sangatkah bahasa kita?

Kami rumuskan yang ianya jauh lebih indah dari bahasa orang kulit putih ni. Walaupun kita juga banyak menggunakan perkataan-perkataan mencarut seperti contoh di atas, namun ianya masih jauh lebih baik dari mereka. Tetapi adakah kita selesa dengan perkataan-perkataan mencarut yang ada tu? Bukankah lebih baik kita perbaiki lagi pertuturan kita, agar benar-benar mencerminkan kita masyarakat yang berbudi bahasa.

Gambar Terselit - Koleksi Gambar Bersama Tokoh-tokoh Bahasa:



Gambar ketika menjadi peserta pertandingan berbalas pantun suatu masa dahulu.





Bersama Profesor Rahman Shaari





Bersama Prof. Lim Swee Tin





Bersama Datuk Ariffin Said ketika bersama-sama menjadi penceramah Perkempungan Penulis Muda Peringkat Kebangsaan di Kuantan.




 

51 comments:

tiranaaduka said...

tiranaaduka said...

ucualong said...

ucualong said...

Ummi said...

woofer storm said...

ummu muhammad said...

Anonymous said...

Fieda Rafli said...

Sekamar rindu said...

Anonymous said...

Anonymous said...

Anonymous said...

Yana said...

Ctmurnie said...

Nadiah Sidek said...

Anonymous said...

Anonymous said...

Wak Gelas said...

Anonymous said...

IntanBerliaN said...

Fashanusha said...

mario said...

Anonymous said...

tiranaaduka said...

cekodok said...

Ummu said...

ucualong said...

ucualong said...

woofer storm said...

ch@ said...

Sekamar rindu said...

Anonymous said...

Anonymous said...

Anonymous said...

Yana said...

Ana Delights said...

ieda said...

Ctmurnie said...

Anonymous said...

Nadiah Sidek said...

Anonymous said...

Anonymous said...

Wak Gelas said...

Anonymous said...

IntanBerliaN said...

Fashanusha said...

mario said...

Anonymous said...

Kakcikseroja said...

abdullah al-hadi hj muhamed said...