Banyak Perbezaan, Satu Persamaan.. :)

Antara aku dan hubby jarang ada persamaan.. terutama bab hobi. Andai aku suka berpuisi, cik hubby pula suka melakukan aktiviti outdoor (khemah dll), andai aku suka tanam pokok sayur, si dia pula suka tanam pokok bunga.. dulu masa kami baru beli rumah di Kuantan, puas nak agihkan faraid tanah yang sekangkang kera tepi rumah buat tanam pokok. Aku nak tanam pokok sayur, cik abang pula nak tanam pokok bunga..hmmmmm. Kalau aku mengajar yang berkaitan dengan subjek Sains, dia pula mengajar bab yang berkaitan dengan ekonomi.

Ingat dulu masa di alam universiti (saat tengah bercintan ler kononnya), bila aku ada perlawanan pantun (wakil kamsis), dia selalu pergi menonton tapi satu habuk pun tak faham.. samalah macam aku, bila dia ada perlawanan sofbol aku pun duk ler tepi padang jadi pom pom girl walaupun tak faham apa ke benda ler permainan tu.. almaklumlah tengah bercinta, sokong tetap sokong walau dalam hati berkata "bilalah nak habis, aku dah boring ni.."..hehe.

Tapi bila dah lama berkahwin (sedekad sudah), barulah kami temui apa yang kami boleh berkongsi... alkisahnya kami meminati dunia fotografi. Ni pun baru nak menjinakkan diri, aku dengan D60 dan dia dengan D300..... maka inilah hasilnya...layannnnn..

Hasil dari keras tangan aku...
Anak pertamaku...

Anak keduaku...

Anak ketigaku...

Birunya langit..

Bunga-bungaan

Alam Fauna

Titisan air yang jatuh..@ water drop

Walaupun begitu ada juga perbezaannya lagi... kalau aku suka meng'edit' gambar, tapi cik hubby pula suka yang original.. tak suka edit-edit (biasalah pompuan, suka berhias-hias. :) ), cik hubby lebih menitikberatkan penceritaan gambar katanya@ aku pun tak paham sesangat sebenonya ... jadi jom layan hasil keras tangan yang tak sekeras tangan aku dari cik hubbyku pula.... zasssss

Cerita alam...

Penuh makna tersirat....

Akhir sekali untuk hari ini walau dah terlewat sehari... tapi aku nak wish juga Selamat Hari Raya Aidil Adha.. maaf dipinta seikhlas hati, dari kami yang jauh di sini... chewaaahhhh macam salam perantau pulok dohhhhhh...




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Katak Oh Katak

Sudah sebulan 9 Oktober berlalu.. rasa baru semalam berada di KLIA. Begitu cepat masa berlalu, sedar tak sedar usia semakin bertambah.. kedut pun dah semakin banyak, untungnya kalau dapat jadi macam Anita Sarawak, muka awet muda sokmo....

Tiga bulan berada di tanah air macam tiga minggu je rasanya. Banyak kenangan yang tercipta dalam tempoh itu. Kadang-kadang bila fikir semula, macam mimpi pula aku berkesempatan mengajar di SMK Benut tempoh hari (guru ganti). Namun setiap sesuatu perkara yang berlaku datang bersamanya hikmah yang tersembunyi.

Alkisahnya aku sempatlah berkenalan dengan salah seorang guru praktikum dari Alor Setar (Nur Hafizoh). Nak dijadikan cerita adik aku dapat tawaran sebagai Kaunselor di Kolej Politech MARA di Alor Setar ketika itu, secara kebetulan pula ibu kawan aku itu sedang mencari penyewa@peneman yang boleh duduk bersama beliau. Itulah hikmahnya setiap kejadian yang berlaku, maka duduklah adik aku itu bersama ibunya di Alor Setar dengan hati yang sangat gembira kerana ibunya melayan dan menjaga adik aku seperti anaknya sendiri.

Inilah rakan baikku semasa di SMK Benut, Susan dan Nur Hafizoh

Di SMK Benut juga aku dapat ramai anak-anak baru@pelajar-pelajar. Antara pengalaman yang aku tidak boleh lupa ialah bersama-sama mereka membelah katak dan ikan. Pada awalnya mereka hanya membawa ikan, jadi agak sedikit terkilanlah aku ketika itu kerana tidak ada seekor katak pun yang dibawa oleh pelajar-pelajar. Tapi apabila waktu p&pku bermula alangkah terkejutnya aku kerana ada 5 ekor katak di depan mata. Rupa-rupanya pada waktu Pendidikan Jasmani mereka beramai-ramai mengejar dan mencari katak..hahahaha... (mesti meriah di padang ketika itu).

Inilah wajah-wajah katak... (tidak termasuk makhluk yang berbaju di atas)
Katak yang telah dipengsankan
Bermulalah siri CSI
Jangan tenung lama-lama.. nanti ada yang 2 minggu tak lalu makan.... uwekkkkk
Ini pula pembedahan ke atas ikan
Cikgu yang cute (hahahaha... sesekali berperasaan perasan) bersama pelajar-pelajar yang sporting..... PEACE!!!!!!!



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Help! Help! Darth Vader Menyerang

Gamat sungguh, kawasanku diserang oleh Darth Vader... sangat mengerikan... nasib baiklah dia dah insaf jadi baik sekarang.. Haaa, jangan tak tahu filem Star Wars tu dibikin depan rumah aku. Percaya tak??? Kalau tak percaya jom lihat bukti-bukti yang kukuh di bawah.

Siap lambai tangan kat aku lagi tu... :)
Budak-budak takut nak bergambar dengan makhluk ni...

Haa, dah percaya belum. Sebenarnya memang budaya mat salleh ni menyambut Hari Halloween setiap 31 Oktober, pada hari tersebut mereka akan memakai costume yang pelik-pelik dan mengetuk setiap rumah untuk minta gula-gula, pada masa ini aku rasa macam kat Malaysia pula. Mana taknya, kalau di Malaysia setiap Hari Raya kanak-kanak akan memakai baju baru dan mengetuk setiap rumah meminta duit raya.. sini pun mereka berjalan ramai-ramai mengetuk dan meminta gula2...

Pada 31 oktober juga rumah aku didatangi oleh tetamu-tetamu dari Hamilton... buat kali pertama mereka ni datang ke rumah aku. Rupa-rupanya ada yang sekampung dengan cik hubbyku (cuma lain parit je)... Apa-apapun memang meriah bila berkumpul ramai-ramai ni, dan buat kali pertama tempat bbq yang baru kami beli dirasmikan secara umum (buat bakar ayam)...hehe.

Terima kasih daun keladi kerana sudi singgah ke teratak kami, lain kali datang lagi ek.....



p/s: suka sesangat tengok muka Anakin Skywalker....


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut