Kecil Tapi Signifikan

Tak lama lagi sesi persekolahan di Malaysia akan bermula. Terbayang2 saat dan ketika ini andai aku di Malaysia, sudah pasti aku akan sibuk dengan mesyuarat yang bertalu2 di sekolah, kecoh dengan persiapan membeli peralatan persekolahan anak2.
Setahun sudah berlalu, namun kalian tetap dalam ingatanku, doa kukirim buat semua agar berjaya dalam hidup dan tercapai segala cecita.. (Sesekali jiwang karat, tak salahkan?..hehe)

Darah 'guru' yang mengalir dalam diriku sudah sebati tak kira walau dimana aku berada, genetik pendidik yang turun dari arwah nenekku, turun ke arwah ayahku dan kini pada diriku. Justeru itu, kerinduan untuk mengajar semula terubat sedikit apabila aku berkesempatan membuat kelas (5 orang je 'students'nya) di rumahku merangkap mengisi masa lapang anak2ku sempena cuti sekolah ni.

Ni subjek Sains
Pelajar2 yang berusia 8 dan 9 tahun
Pelajar yang berusia 3,5,6 dan 7 tahun
Anis sedang mewarna... (gambar binatang kat atas tu ialah hasil kacukan kucing + lembu ye.. hehe)

Kelas bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada 4 petang. Aku bergilir-gilir dengan salah seorang sahabatku di sini mengajar subjek2 yang berbeza. Aku ditugaskan mengajar Bahasa Melayu, Sains dan English, manakala sahabatku ditugaskan mengajar Pendidikan Islam, Matematik dan Fardu Ain. Susah juga nak mengajar budak2 primary ni rupanya. Masa di Malaysia dulu aku mengajar budak2 menengah atas, so 100% pelajar2 aku dah boleh membaca, tapi bila kena ngajar budak2 yang berusia 5, 6, 7, 8, 9 tahun ni kekoklah juga, aku memang tabik spring ler kat guru2 kindy dan primary ni, berjaya melentur pelajar2 yang baru kenal A, B, C ni sehingga mereka dapat membaca (kalau aku ni jenis tak sabar, mana ler taknya si Azi asyik menangis je bila belajar ngan aku..hehe. Garang juga aku ni ek).

Hahahaha.. tengoklah si Anis tu
Ni ler segmen yang paling ditunggu2 oleh pelajar2ku...hehe

Sebelum mula kelas pelajar2 diwajibkan membaca doa, solat juga dilakukan secara berjemaah, begitu juga dengan makan, mereka kena baca doa sama2 (termasuk ler si Anis). Walaupun pelajar2ku hanya 5 orang sahaja tapi keseronokan mengajar tetap terasa, dan ia seolah2 membuatkan aku seperti berada di Malaysia...!!


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

40 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Nida..

macam2 pesen pelajar2 cilik Nida tu, ya? Sembahyang sambil tersenyum dan menjeling... hmmm.. namanya pun kanak2. :)

Nurimo said...

Salam Nida,

Memang susah mengajar yang umur 5 hingga 3 tahun.Dari tak tahu apa nak suruh dia tahu.

Tapi perlu kesabaran lebih,ana tak boleh jadi cikgu,lambat2 faham ana rotan he...he..

Nanti bising ibubapa dia he...he.

tengok tu dalam solat pun senyum sinis....

terokai seni said...

ada rotan ke? tak de nak kirim ni tapi nabi kata untuk budak umur 10 ke atas je bley kena rotan

Maiyah said...

sronok bebudak ni, ngajar pun nk kene sbr

Unknown said...

Selamat petang cikgu!!!
La ni kat Malaysia kul 4.38pm..
Kojap lagi balik..
Nasib baik maksu tak ajar budak2 sekolah rendah kat sekolah (38~45 orang sekelas) yg ramai2 tu..
nanti tentu ada yg ..fobia..dgn cikgu ni...hee

Anonymous said...

owh akak cikgu ke dulu ngaja skolah mana?

Unknown said...

salam Nida...
boleh tahan gak yer garang nye,tapi rasanya garang2 manja tu.....
Alhamdulillah , walau di mana anak2 tu berada , kewajiban agama tetap terlaksana ..TAHNIAH adikku nida.

Imanisa riana @ sarimah said...

Salam..
Memang susah nak ajar budak sek ren berbanding sek men bila kita memang dari mula dok ajar sek men. Nk ubah style pun susah.. tambah2 ajar anak sendiri.. terautomatik jadi garang (akak pun mcm tu)
Ada kawan akak yg dpt naik pangkat ke sek ren, dia pi sekejap tp lepas tu balik ke sek men semula sbb tak dpt sesuai diri.
Tapi ada 2/3 org kawan akak biasa ajar sek ren bila ke sek men, cikgu tu mudah sesuaikan diri pula.

Nurul Izza said...

anisssss tomeynye..xkhusyuk dia solat.ibu nak amik gmbr.nak juga mata anis yg bulat tu masuk kamera..ehehhe..bgsla maksu leh ngaja.sini keluarga melayu nye ada 2-3 satu tu anak dia dh besou.dua tu bby lg..

mcm mak kt UK, mak ngaja anak2 melayu kt sana..

Chik Na said...

Chik Na pun rasanya tak leh jadi cikgu..kurang sabar ngan budak-budak nih...

Unknown said...

Salam Nida. Sama ada Nida setuju atau tidak apa saya katakan, lebih senang mengajar anak orang daripada anak sendiri. Apa-apapun, daripada raut wajah di blog, saya percaya Nida sememangnya berbakat untuk mengajar. Saya lama menjadi nujum dan selalu membuat tekaan yang tepat. Namun saya tetap cemburu dgn guru-guru kerana saban hari mereka melabur amal jariah yang keuntungannya akan diraih di akhirat. Syaratnya, ikhlas. Selamat Tahun Baharu Nida, suami dan anak-anak.

Syuhada Kamal said...

samala kita kak nida, sy ni berdarah pendidik gak tp bezanya sy takde bakat langsung jd pendidik..huhu..didik anak2 blehla kot.:)

Ayu Cute said...

Salam Nida...
Mmg kekalutan tengah melanda segenap pelusuk Malaysia sekarangni..tak terlepas Ayu juga!heheheh...mmg btl,kita dah biasa mengajar pljr menengah atas,tetiba ngajar pljr2 yg lbh kecil,payah n kekok rasanya!tu psl anak Ayu kureeenng nak bljr dgn Ayu sebab dia kata mama garang sgt!Bkn garang,tp suara ni yg dah mmg kuat bila ngajar,maklum dlm kelas kan ramai...so terbawak2le smpi ke umah kekuatan suara tu....heheheh...

Apapun,selamat tahun baru buat Nida dan family..semoga dirahmati Allah dan bahagia diperantauan...

Nadiah Sidek said...

respect la sape2 yg jd cikgu ni. nadiah tak reti jd cikgu..silap2, nadiah yg kena buli ngn anak murid..ahaha..

Ain said...

susah kan mengajar budak kecik nie, kalau takde kesabaran yang tinggi memang kena sureender...

salute sesangat dengan mereka yang bergelar pendidik....

Asmida said...

dok sana pon jadik cikgu yerrr..?? x der cuti kah???? atau dapat gaji kah??? he he heeee..

Ummu Mishkah said...

Alhamdulillah.. dapat meneruskan khidmat. Keep it up sis! :)

Ummu Ammar said...

Nida..
Saya pun tabik dgn guru kt primary n kindie ni..ank2 saya sendiri susahnya nk ajar + garang + geram..tp ble kt sek diaorg ok plak..kt umah cuma bg pengukuhan jer..

Apa2pun..smg yg kecil itu mberi erti yg besar pd anak2 Nida, K Asna dlln....mesti dah gian kan sbb dah lama x ngajar..

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam nida...bestkan tengok perangai budak2....macam2 hal...

Unknown said...

huhuhhu.. memang darah pendidik sejati.. menurun arwah abah nieee

Nida n' Hanafi said...

Kak Cik Seroja:

hehehe... tulah dia, saya mengajar pun tersengih jer memanjang melihat telatah budak ni..

Nida n' Hanafi said...

Nurimo:

Nasib baiklah tuan hamba tak jadi cikgu.. kalau tak kosong ler kelas tuan hamba sebab budak2 trauma kena rotan... :-)

Nida n' Hanafi said...

Cemomoi:

Alangkah bagusnya klu rotan tu benar2 diposkan ke sini.. boleh diperkenalkan pada guru2 di NZ ni.. haha

Nida n' Hanafi said...

Kak Maiyah:

tepat sekali... kena banyak bersabar.. tapi kadang2 hilang juga sabarnya.. :-)

Nida n' Hanafi said...

LanaBulu:

Silap tu.. hamba ni mengajar penuh kasih sayang... silap haribulan bebudak sekolah tu taknak balik sebab terlalu sayangkan cikgunya yg sorang ni..hehe

Nida n' Hanafi said...

Nana:

yup akak cikgu.. dulu ngajar Tok Sera pastu tukar ke Pandan, Kuantan

Nida n' Hanafi said...

Kak Chaq@ Kak Ummi:

Buat sekadar yg termampu. Risau juga takut mereka culture shock bila balik Malaysia nanti.. tu yg kena ajar juga sikit syllabus Malaysia ni

Nida n' Hanafi said...

Kak Niza:

Pada pendapat saya, ngajar sekolah rendah ni stamina kena tinggi sebab letih nak ajar budak2 yg tengah aktif bermain ni... tapi klu ajar sekolah menengah ni emosi kena kuat.. maklumlah mereka ni dah pandai menjawab bila kena marah

Nida n' Hanafi said...

Izza:

Mak Su ni pun suka2 je Izza... nak hilangkan kerinduan mengajar... Dulu Alang (mak Hafiz) ada juga cerita masa dia kat UK dulu.. tu yg Mak Su dapat idea tu..

Nida n' Hanafi said...

Chik Na:

Tapikan Chik Na.. dulu saya pun macam gitu, tapi bila dah lama mengajar secara automatik emosi kita ni bolehlah sedikit dikawal.. (tapi tidak pada anak... bila saya ajar mereka, temperature ni asyik tinggi jer..heeh)

Nida n' Hanafi said...

Mybabah:

Saya setuju sangat dengan pendapat Babah tu...

Aminnn.. mudah2an keikhlasan mengajar mendapat barakah dariNya. Selamat tahun baru juga buat Babah dan keluarga.

Nida n' Hanafi said...

Syuhada:

Alhamdulillah, sekurang2nya kita masih mampu mendidik anak2... semoga anak2 kita mendapat yg terbaik dari kita

Nida n' Hanafi said...

Ayu:

Samalah kita.. dulu masa kat Malaysia bila balik sekolah jer mesti hubby tegur kenapa suara Nida volumenya sangat tinggi.. maklumlah kita kat sekolah dah biasa cakap kuat2 tu yg terbawa2 ke rumah..
Selamat tahun baru juga buat Ayu.. semoga tercapai segala yg diazamkan

Nida n' Hanafi said...

Nadiah:

Pengalaman akaklah Nadiah, bila cikgu muda + lawa + lembut pastu kena pulak ajar menengah atas.. hmmm memanglah akan dibuli oleh pelajar2 lelaki, terutama yg kelas hujung2 tu...

Nida n' Hanafi said...

Ain:

Ajar budak2 kecik ni ok lagi Ain sebab mereka masih takutkan kita.. cuma kita kena banyak bersabar untuk fahamkan mereka..

Ajar yg menengah ni yg payah sikit.. sebab masa ni mereka dan ada ego..

Nida n' Hanafi said...

As:

Kak Long suka2 je As.. mengisi masa lapang.. mana ada bayaran, saja je nak seronok2..hehe

Nida n' Hanafi said...

UmmuMishkah:

Alhamdulillah.. kecil yg membawa erti :-)

Nida n' Hanafi said...

AmmuAmmar:

Kadang2 kita yg terlebih risau takut anak2 kat sekolah buat hal.. tapi bila tanya kat cikgunya, ok pulak kata cikgunya.

Mudah2an... saya memang rindu sangat suasana alam pekerjaan

Nida n' Hanafi said...

Alimaz:

Naik geli hati dibuatnya "Cikgu saya laparlah".. tu je yg mereka tahu..hehe.. Maklumlah study kat rumah, dekat dengan dapur pulak tu.. tu yg lapar memanjang..hehe

Nida n' Hanafi said...

Yu:

Kadang2 rindu sangat kat arwah abah... terima kasih sangat kat abah sebab beri pendidikan yg sempurna buat kita... Al-Fatihah