Periuk Yang Berbakti

Tajuk entri ni macam cerita kanak-kanak punya tajuk ler pulak.,hehe, yang penting tajuk mesti kena gempak, tu yang kadang2 ntah apa2 tajuk aku buat.

Sebenarnya nak cerita mengenai antara aktiviti aku kat sini dimasa tak tahu nak buat apa terutama apabila darjah kebosanan aku sudah mencapai tahap tepu dan tiada zarah2 yang mampu terlarut lagi, maka inilah hasilnya.... bercucuk tanam dan berkebun...

Inilah pokok kesum aku.. banyak sungguh jasanya kepada kami, puaslah aku buat masak asam pedas and laksa. (Unikkan pasu pokok kesum aku.. dalam periuk lagi..hehe)

Jangan tak tahu, pokok bawang ni anak2 aku yang tanam... diaorang biasa ler, tengok ibu tanam pokok diaorang pun nak tanam juga.. habis bawang aku nak buat masak jadi korban..
Ni namanya "Silverbeet" rasanya macam ala2 bayam... Pokok ni baru kami dapat, so tak sempat lagi nak beli tanah untuk tanam (thanks ye Bejau atas pokoknya :-) )
Pokok lada kami.. harap2nya sempatlah berbuah dan membesar dengan suburnya..

Berbalik pada tajuk bercucuk tanam ni tadi, rindu ler pulak pada rumahku di Kuantan. Dulu masa sebelum pindah masuk ke rumah tu, puas jugaklah bergaduh dengan hubby (gaduh-gaduh manja gitu). Hubbyku ni minat menanam pokok2 bunga, aku pulak minat tanam sayur. Rumah kami tu dahlah tanah 4 kangkang kera jer, nak tanam macam2.., jadi nak adil bagi dua, kat kawasan belakang rumah aku punya, kat tepi n depan rumah hubby punya (ngelat..hubby punya tanah luas, aku punya ciput je...tapi sebab nak jadi isteri mithali so ikut je ler faraid hubbyku itu :-)).

Nak tahu apa yang aku tanam... aku tanam pokok lada (hasilnya siap boleh bagi jiran n kawan2 kat sekolah aku lagi), pokok bendi, pokok serai, pokok pandan, pokok selasih, pokok lengkuas dan ulam-ulaman. Tapi hasil kerja hubby lagi dahsyat, siap beli sarang burung tempua n batang kayu lagi sebab nak cantikkan Taman Inderalukanya (nama taman tu hubby yg bagi sendiri)..

Jadi itulah kisahnya... disebabkan kat sini aku duk apartment dan takde tanah kat belakang atau tepi rumah, maka periuk bocor pun dijadikanlah pasu untuk aku tanam pokok kat sini sempena mengisi masa senggang. Oleh itu, bagi sesiapa yang ada periuk yg dah bocor tu.. kalau agak2 nak buang, meh ler poskan pada aku kat sini., ada juga gunanya..(kos penghantaran sendirian berhad ye.. hehe). Akhir sekali sebelum tirai entri ini dilabuhkan buat seketika (mula dah ayat mengarut aku keluar), ingatlah tak rugi berbakti pada tanah dan periuk bocor....adiossssss..

(Bila menyentuh bab tanah ini teringat aku pada sesuatu "dari tanah kita datang...dan dari tanah kita kembali")

Salam bersambut, Ukhuwah bertaut:

18 comments:

Unknown said...

salam Nida..
kalu ummi lak , minat tu ada , tp hangat2 taik ayam,ku tanam bunga tumbuhnya lalang ,tu yg asyik kena perli dgn hubby jer.
kalu ummi pos periuk tu , Nida pos ler sayurnya ya , @ pos masakan nya skali, he he he
....tanah gak boleh wat samak najis berat ... hiiiiiii anjing dan bab*... he he he

Nida n' Hanafi said...

Nasib baik ada juga yang boleh tumbuh..lalang. Tu maknanya tangan akak masih sejuk..hehe.

Saya takut nnt bila saya pos sayur + masakan bertukar menjadi ternakan kulat dan lauk cendawan +fungus.. naye lak kang...

Betul tu...sekarng dunia pun dah moden, tanah buat sabun, boleh digunakan buat mandi + samak

Ummu Ammar said...

Salam Nida..

Saya boleh rasa tahap kebosanan Nida tu sbb kita dh biasa busy dgn keje..skurang2nya ada gak hobi yg bleh mengurangkan tension tu..
Bab tanam menanam ni biasanya hubby saya yg expert sbb tgn dia lbh sejuk n mmg hobi dia..saya tolong makan je..hihihi..

Nida n' Hanafi said...

Ummu Ammar

Antara perkara yang paling saya rindu sekali ialah nak pegang rotan...jangan salah faham ye, bukannya nak merotan murid, nak buat tunjuk kat whiteboard... rindunya nak mengajar + membebel...

Saya ni masa sebelum khwin tak minat juga bercucuk tanam, tapi disebabkan dapat hubby yg memang orang kebun, jadi terminat lak..hehe

Nurimo said...

Salam Nida,

Pagi ni terkejut pula tengok periuk bebakti.Rupanya minat menanam juga.
Baguslah tu hasil tangan sendiri,makan pun terasa lain.

Saya pun menanam juga,pokok bunga yang saya tanam pokok bunga raya ,bunga kertas sebab bunga2 tu berbunga sepajang musim.Satu lgi bunga melor sebab mahu keharuman.

Yang satu tu pokok pandan,tapi sayang pokok tu tak sempat nak besar,jiran2 ambil daun untuk buat kuih.Pagi2 dah"Assalamulaikum,minta daun padan sikit"biasa hidup berjiran....sedekah.

Ok lah ,nanti Nida balik beli tanah kebun dah minat sangat ,bercucuk tanamlah sampai malam pon..he...he

Nida pokok Silverbreet awak cepat2 gi beli tanah nanti mati kan...

Nida n' Hanafi said...

Wah...baguslah Nurimo ni, suka menanam juga...pasni bolehlah tanam pokok pisang, pokok mempelam, pokok limau, pokok rambutan... ada jugak hasilnya... boleh juga bersedekah.

Kat malaysia dulu puas menanam pokok kesum dan kari, tapi tak sempat nak besar dah kena petik buat masak.. jiran pun tak sempat nak mintak.. kesian pokok tu..

Insya Allah, klu ada rezeki ada juga hajat di hati nak beli berkangkang-kangkang kera tanah.. doakan jelah...(bukan setakat tanam sampai malam..siap bermalam dalam khemah lagi..hehe)

Petang ni juga akan ku beli tanah :-)

nsazwa said...

salam akak...
syok kan bila ada minat menanam..sygnya sy ni tanah luas kat belakg, depan.kiri kanan umah...tp sy n hubby sama2 takde minat menanam..last2 tanah kat belakang tu hubby buat kandang lembu Brahman dia....kakkaka...

Nida n' Hanafi said...

Akak ni pun banyak hubby yg membantu.. kalau akak sorang memang tak jadi...

Bestnya dapat tanah luas... berangan juga kalau ada tanah luas nak buat wakaf ler, kolam ler... tapi ntahlah takut bila dah dapat nanti, wakaf ntah ke mana..kolam jadi kolam berudu je .. :-)

Ummu Mishkah said...

rajinnya menanam yer. memang bagus bercucuk tanam ni.. ada kepuasan yang tersendiri... dapat makan hasil lagi tu!

Anonymous said...

best kan kalo rajin berbudi pada tanah ni..Tak rugi sebenornyeeee...

saya plak, asal tanam ape2..slalu mati...nape tah...heheheh

Asmida said...

mmm bagus tu.. berbudi pada tanah dapat hasilnye... berbudi pada periuk pun dapat hasilnye.... pape pun kenalah banyak bebudi!....

bakhtiarazi said...

Hmmm...pernah juga cuba2 bercucuk tanam. Sudahnya, semua pokok mati. Mmg dasar tangan bangku la ni. So, drpd pokok2 tidak mendapat nafkah zahir dan batin secukupnya, biarlah saya takyah jadi penanam pokok :p

Nida n' Hanafi said...

Ummumishkah:
Nak kata rajin tu tak juga.. cuma kadang2 rasa puas bila lihat tanaman sendiri...

Arryani:
Tangan panas tu..hehe. Tak pun guna tanah yg tak sesuai + tak letak baja + tak siram... hehe (cehh..pandai nasihatkan orang...:-) )

Asmida:
Kak Long lagi geram tengok hasil tanaman yang korang tanam.. terutama buah mempelam tu.. Bestnye le kalau ada tanah luas kat sini... nak juga try semai durian..hehe

Cik Bakh:
Hahahahaha.... betul tu, baik takyah tanam.. kang bila semua menanam, kesian lak petani2 kat Auckland ni hilang punca pendapatan.. :-)

Nurul Izza said...

maksu: paknep seperti mak la..suke bebenor budi kt tanah..part ayah pula depan umah..iza sini tanam daun kesum tp kejap je hidup..last mati..skg tanam kunyit..summer lepas xpulak naik..autumn naik pula..skg bw masuk dlm umah alhamdulillah tumbuh dgn eloknya..yeehaaa..ekeke.

mak ckp..abgfiz xsuke kebun..asyik dgn komputer je..za suka jugak tp ikut mood..heheh.balik nnt cita2 buka kebun belakang umah..mg2 tercapai..jgn hangat2 tahi itik plak.. ekeke

Nida n' Hanafi said...

Pak Nep tu ikut Arwah Tok Mad, suka berkebun... Dulu ingat lagi, masa tu baru masuk rumah yg kami beli... so Pak Nep ni selalulah berkebun kat keliling rumah.. tanam rumput ler, tanam pokok bunga ntah apa2 ntah.. pastu ada ler satu kereta ni berhenti, dia ingatkan Pak Nep ni kerja buat lansdskap..jadi mereka nak tanya ler berapa kos buat landskap.. ketawa besar masa tu Pak Nep... hahahaah

terokai seni said...

hoh! ingatkan aku sorang je recycle pinggan dan piring plastik (apa ke nama yg dulu glamer beno org dok bli)yg ni lgik dasat, periuk. kalu kat sini dah lama kena sebat dek doktor tak bertauliah tu.. tang tips anak saintis tu tq byk. sgt berguna cuma nak tau experience empunya diri plak sblum jdik saintis

Nurul Izza said...

oo eh?? maksudnye pak nep tu ada gaya jd lanskapla..berenti je jd lecturer.wahahah..;0

Nida n' Hanafi said...

Cemomoi
Barang yang lama usah dibuang, kelak berguna disuatu masa (befalsafah le konon2 ni)... Kat sini doktor bertauliah pun dapat elaun... kayooo dah mereka, tak pandang dah periuk2 bocor ni..ahaks

Dulu arwah abah juga pernah jd cikgu sains..selalu bawa saya ke lab... tu yg sy duk selalu main mikroskop, bunsen Burner dan macam alat yg ntah apa2.

Izza:
Nanti projek lepas pencen.. boleh mak su minta bersara awal jadi pengurus pemasaran syarikat Pak Nep..hehe