Tak lama lagi Syawal akan menjelma.... dan setiap kali itulah kenangan menyambut Hari Raya bersama arwah abah akan terimbas kembali... sudah empat hari detik 22 Ramadan berlalu, suatu tarikh yang tidak akan kulupakan dalam hidupku, perginya insan yang amat ku sayangi....ABAH...
Abah....kau pergi secara tiba2, masih terngiang2 lagi suaramu ditelingaku ketika aku menelefonmu pada malam sebelum kau dijemput Ilahi... suaramu ceria ketika itu, masih jelas lagi butir2 bicaramu "Alhamdulillah abah dah tak sakit dada lagi"... ketika itu, aku rasa amat gembira kerana kekerapanmu sakit dada menyebabkan kami sekeluarga amat risau. Tapi kau tidak pernah menyusahkan, kau menanggung sakitmu sendirian, pernah kami ingin membawamu ke hospital, tapi kau menolak, katamu "Takpe nanti letak minyak baiklah...". Rupa2nya, kau memang tidak akan sakit dada lagi, kerana keesokan harinya kau rebah... malah ketika ajal semakin hampir denganmu, kau masih boleh berpesan kepada emak agar jangan memberitahuku, tidak mahu menyusahkanku dan membuat aku sedih...
Kini 5 tahun telah berlalu, namun ku rasa seolah-olah baru semalam pemergianmu... Abah, Along rindu sangat pada abah... kadang2 bila Along ada masalah dalam pekerjaan, dirimu tempat rujukanku kerana kau juga seorang guru...Abahlah tempatku meluahkan segala masalah dalam pekerjaan, tempat aku berkongsi kejayaan...kini aku sunyi.. ku rindukan nasihatmu, ku perlukan pandanganmu..Abah, damailah kau di sana...ku sentiasa mendoakan agar kau ditempatkan dalam kalangan orang2 yang dikasihi olehNya..aminnnn. Abah walau kau hilang dimata, namun kau sentiasa berada dihatiku.....
12 comments:
5 Ramadhan tahun lepas, ayahanda Ahmad Endut juga dijemput Ilahi. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan para solihin.
p/s - al Fatihah buat mereka.
Moga Arwah tenang di sana...
aminnnnnnnn....
Ummumishkah : Selamat menyambut Hari Lebaran :-)
MAksu,
Atuk Mad pergi semasa Fizah hampir bersalin di bulan Ramadhan juga. Sedih saya hanya dua kali sahaja sempat berjumpa. Fizah kata atuk suka bercerita pasal sejarah.
Selamat Hari Raya Paknep, Maksu sekeluarga daripada Miq, Fizah & Nor Rahadatul 'Aish.
Betul tu....Tok Mad memang suka pasal sejarah, Mak Su ingat lg, atuk paling tak suka tengok cerita Bersamamu TV3, sebab kata atuk dulu kehidupan lagi susah, tapi boleh hadapi, tak payah masuk tv pun.. atuk suka cerita mengenai kehidupannya masa jadi polis...Mak Su dengar pun terharu sebab kehidupan mereka bukanlah senang mana tapi boleh mendidik anak2 sehingga berjaya semuanya...
Ramadhan bulan mulia, kehilangan mereka pasti dirasai terutama kian menjelang Hari raya.... pengalaman dan kenangan lalu hanya tinggal diingatan, kini menjemput pengalaman baru terutama Kak Long sekeluarga dirantauan.... Semoga pengalaman ini akan mematangkan fikiran kita untuk menjadi insan yg berjaya.... Pastinya, kita akan merindui mereka yg kita sayangi....Doa dihulur bagi yg telah pergi....ampun dan maaf diminta sempena Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin dari Asmida sekeluarga.......
yu teringat pada pagi arwah abah meninggal.. yu boleh bertukar baju melayu utk ke kerja dari warna biru ke warna putih .. tak sangka rupanya ada sesuatu berlaku di sebalik peristiwa itu... mudahan allah merahmati roh arwah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman ... amin
p/s:' al-fatihah untuk arwah .. amin
Terima kasih As...
Kadang kita terlalu rindu pada sesuatu yg telah pergi..apatah lagi perkara itu terlalu berharga buat kita...
Kirim salam buat semua, terima kasih kerana menjaga merangkap menjadi kawan pada emak selama ini..
Maksu,
lepas ni balik johor nak cuba ikan bakar johor kat pontian. Di pontian nanti ketupat pulut ker ketupat nasi?
Cubalah pekena ikan bakar kat Kukup.
Kat Johor sangat2 jarang ketupat pulut, biasanya tradisi kami ketupat nasi.
time kasih kad raya tu yer .. selamat menyambut 'idul fitri ..
semoga arwah ditempat kan bersama orang2 yg mendapat keampunan , para solihiin .
Sama2 kak... :-)
Aminnn....
Post a Comment