Bagaimana entri ni tercipta? Sebabnya aku dah gian nak berpantun, bila tengok gambar-gambar pantun, rindu lak nak berpantun..hehe. Siapa yang mengenali aku sure confuse, aik! ajar Biologi n Sains, macammana leh terjebak dalam dunia art ni...hehe, aku pun takde jawapan, cuma boleh aku katakan minat dari dulu.
Dulu masa sekolah, habis je exam penuh ler kertas exam tu aku conteng buat sajak..hehe. Pastu masa form two Cikgu Mohamad paksa aku masuk pantun (aku memang anti berpantun dulu), pastu dengan hati yang berat aku pun involve ler (adikku pun satu team ngn aku). Nak dijadikan cerita aku pun layan ler pantun ni dari sekolah bawa ke universiti sehinggalah sekarang...latih budak2 sekolah + wakil jabatan.. Terima kasih aku ucapkan buat rakan-rakan yang banyak membantu aku Cik Razali, Cik Saruchi, Kak Ida Rizyani,Kak Rosliah, Cik Kamal Bahry..ramailah lagi.
Buat anak-anak didik pantun ku, semoga kalian terus sukses (macam amanat hari raya ler pulak), maaf hanya gambar ni yang ada dalam komputer cikgu, mana yang takde jangan terasa hati ek...
Masa ni aku jadi peserta.. Bersama Sasterawan Rahman Shaari, belajar cara-cara penulisan sajak
Sempat menimba ilmu dengan Sasterawan Pok Pin (Ariffin Said), pejuang tradisi Melayu..
Ketika berguru dengan Sasterawan Lim Swee Tin
Bersama dengan insan yang memperjuangkan lagu-lagu rakyat Roslan Madun
Bersama Novelis Samsiah Mohd. Nor di Perkampungan Penulis Muda Kebangsaan 2008
Namun, di mana jua aku berada...jasa guru-guruku yang mengajar aku seni bersastera dan semua guru-guru yang pernah mengajar ku baik di sekolah rendah (tadika tak pergi..pergi sehari cabut balik rumah menangis..hehe), agama, menengah, mrsm, matrikulasi, universiti, maktab perguruan dan lain-lain (secara formal atau tak formal) ni tetap akan ku kenang (panjangnya le mukaddimahnya), terima kasih kerana sudi mengajar saya, semoga Allah memberi kesejahteraan dan keberkatan buat guru-guru semua..aminnnn
Tak lama hari Hari Guru akan menjelang...jadi aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru-guru buat semua guru-guruku dan semua insan yang bernama guru (awalnya dah wish..hehe, biar cepat asal selamat)
Tak lama hari Hari Guru akan menjelang...jadi aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru-guru buat semua guru-guruku dan semua insan yang bernama guru (awalnya dah wish..hehe, biar cepat asal selamat)
10 comments:
ada satu persoalan di sini..adakah peserta2 pantun di malaysia perlu memakai pakaian seperti nak naik pelamin semasa terlibat di dalam pertandingan pantun...?...ngeh..ngeh..ngeh...soalan tersebut dipersoalkan sebab tak pernah tau dunia pantun ni dan ada kemusykilan sikit bila tengok gambo kak ida tu...hehehehe...sila jawab..sila..sila...
bila lagi nak melaram Ada...dah nama pun tradisi Melayu, so tu yang habis ngn baju Tradisional pun nak ditonjolkan... Adakah saya menjawab soalan anda...huhuhu
hahahha...menjawab...tapi...masih di dalam ke-pelik-kan...hahahaha...
ok ler tu dalam ke'pelik'kan..nasib baik bukan ke'bengong'an...hehe
hengat lagi tak pantun nie
MERIAK OMBAK DI SELAT BERBATU
PULAU TAJA DILINGKUNGI KARANG
PUKUL ANAK SIUNDIR MENANTU
LUNTURKAH KASIH SEBELUM SENJAAA
wei....karang ngn senja tak sama hujung daaa...tolak 2 markah rima hujung tu (hakim bahasa)..hehe
Sungguh beronak hidup piatu
walau tersisih hatinya waja
pukul anak sindir menantu
lunturkah kasih sebelum senja...
HENDAK GUGUR GUGURLAH NANGKA,
JANGAN MENIMPA SIDAHAN PAUH,
HENDAK TIDUR TIDURLAH MATA,
KIRIMKAN BERITA UTK YANG JAUH,
Mak Su,
Saya tahu kenapa peserta pantun melaram sebegitu, ini jelas terpancar di wajah mereka nak sangat nak kahwin tu...ingat pantun ingat kahwin.
Ada benar kah?
Bentayan: pantun tu ok, rima tengah ada, pertautan pembayang ngn maksud ada (hakim isi), cuma nangka dan mata tak sama suku kata, cuma huruf yang sama so tolak satu markah rima hujung (hakim bahasa)
Muqay : mmm, pendapat tu boleh diterima, tapi terbayang gak kalau mak-mak orang yang masuk pertandingan pantun, takkan ingat nak kahwin lagi kot..hehe. (tapi kalau bapak-bapak orang yang masuk pantun tak tahu le pulak,huhu)
haah...bapak orang masuk berpantun...kuang3
Post a Comment