Plastik Oh Plastik



Setelah ku renung-renung blog aku ni....ku belek-belek, ku rasa macam perlu kita berkongsi ilmu tentang sesuatu yang selalu kita guna tapi kita tak sedar bahayanya...PLASTIK. Kat rumah aku ni pun banyak barang-barang dari plastik, senang tak pecah, tapi quiet not quiet (pinjam jap ayat member) barang-barang plastik ni banyak bahayanya kalau kita tak ambil cakna....kat bawah ni aku perturunkanlah ilmu tahap jurus kelapan yang aku cedok dari majalah rapi bln Februari..


>>>>sebelum tu, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah ambil apa-apa sahaja barang plastik di rumah kalian, contohnya mangkuk (bukan mangkuk ayun tau), lihat di bawah mangkuk tersebut, pastikan ada simbol kitar semula (anak panah yang membentuk tiga segi) yang bertulis nombor di dalamnya...lihat nombor tersebut>>>>>>>>>

1) Nombor 1
~ disarankan hanya sekali pakai
~penggunaan yang kerap sebabkan lapisan polimer bocor dan keluarkan karsinogenik yang boleh sebabkan kanser

2) Nombor 2
~disarankan untuk sekali pakai
~pembebasan antimoni trioksida akan meningkat dari semasa ke semasa

3)Nombor 3
~biasanya digunakan sebagai pembalut makanan, mengandungi DEHA yang boleh bertindakbalas dengan makanan yang dibalut dengan plastik (daripada bhn PVC).
~tindakbalas di atas boleh menyebabkan bahaya pada ginjal, hati dan berat badan.

4) Nombor 4
~plastik berwarna coklat
~sangat tahan kepada tindak balas kimia dan mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air
~kurang elok bg gas-gas lain seperti oksigen

5) Nombor 5
~pilihan terbaik bagi barangan plasti terutama untuk simpan makanan
~stabil pd suhu yang tinggi, lebih kuat, ringan dan kedap udara

6) Nombor 6
~biasanya digunakan sebagai bekas makanan jenis pakai buang
~plastik jenis ini perlu diELAKkan kerana berbahaya pada otak, menganggu sistem hormon wanita.

7) Nombor 7
~jika suhu meningkat ekoran pemanasan, bahan kimia dalam plastik ini mampu meresap ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah sistem imunisasi
~sangat elok digunakan pada barang-barang mainan dan paip.

SO TEPUK DADA TANYA SELERA, JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK (kalau saya tepuk dada teringin nak makan nasi kandar)

6 comments:

Azwan said...

terima kasih berkongsi ilmu.. bahaya ek plastik nie, getah pun bahaya tau.... tapi chewing gum arr.... huakhuakhuak

Bro Adnan said...

Ni gambo kat umah di Auckland ke? Sodap nampak nasi goreng tuh.. hu hu!

Nida n' Hanafi said...

Ni ler gambar dapur kami kat Auckland..tapi atas meja tu bknnya nasi goreng tapi mi goreng...takpe cuba lagi untuk meneka, jgn berputus asa....hehe

Asmida said...

he he he.. nak join teka teki... rasanya kak long pun salah.. "Mee hoon goreng dan teh o" betul tak?...

Nida n' Hanafi said...

Mi goreng tu adik beradik mi ler.... hehe

Asmida said...

he he eh...