Cuaca sudah mula berubah, kalau kat Malaysia ala-ala macam musim tengkujuh. Kesian juga anak-anak pergi sekolah dengan pakai skort (skirt + seluar pendek), sure sejuk. Tapi aku bukanlah nak cerita mengenai musim di sini, cuma untuk berkongsi pengalaman kehidupan anak-anak di sini, manalah tahu boleh dijadikan panduan bagi mereka yang akan merantau ke sini macam aku.
(Gambar Azi dan Mizah berlatarbelakangkan sekolah)
## Pertama mengenai sekolah anak-anak, musim summer ni mereka boleh pakai sandals je ke sekolah, tapi anak-anak aku pakai kasut (save budget, takyah beli dua kali). Jangan terkejut, mereka juga boleh berkaki ayam ke sekolah, di kelas Mizah terdapat lebih kurang 2 atau 3 orang tak pakai kasut (weird kan?).
## Kedua, masyarakat kat sini kita dah sedia maklum, makan nasi n mi bukanlah makanan ruji mereka. Aku selalu masak yang agak heavy untuk waktu lunch mereka di sekolah, tapi makanan tersebut tak pernah habis. Rupa-rupanya anak-anak aku malu makan nasi pun tersorok-sorok di sekolah sebab kawan-kawannya hanya makan roti, carrot mentah dan buah-buahan sahaja....so, senanglah sedikit kerja aku...hehe
## Ketiga, masalah bahasa.....rasanya pembaca pun dah dapat bayangkan, macam ayam dengan itik ler mereka. Tapi ku lihat Alhamdulillah dalam masa tak sampai dua minggu ini, anak-anak aku adalah peningkatan sedikit dalam english ni (budak-budak cepat belajar), Insya Allah mudah-mudahan dipermudahkan urusan mereka...aminnnn
## Keempat, kawan-kawan mereka kat sini very friendly, apa sahaja makanan yang mereka bawa pasti mereka akan lawa anak aku sama, risau juga. Aku beberapa kali pesan kepada mereka jangan ambil just say no, thank you...nasib baik anak-anak aku faham, "takut makanan tu tak halal ye ibu'.
## Kelima, beg sekolah yang mereka bawa tidak boleh di bawa masuk ke kelas, mereka perlu menyangkutnya di luar kelas, jadi pada minggu pertama persekolahan mereka, anak aku ni selalu merungut asyik keluar masuk kelas je nak ambil barang..(tapi macam dah takde bunyi tak puas hati je sekarang ni, dah serasi agaknya).
## Anak kedua ku masih belum pandai membaca english lagi (baru 5 tahun 3 bulan). Masuk je darjah satu dah terus kena baca, kesian juga melihatnya...jadi secara rasminya, akulah cikgu tak bertauliah (mengajar budak-budak) yang mengajarnya di rumah....susah juga nak ajar budak-budak ni rupanya (dah biasa ajar budak-budak tingkatan 4 & 5). Insya Allah ku cuba sedaya upaya untuk membantu mereka...
Kalau nak dicerita dugaan anak-anak ni memang banyak, nantilah kita akan berkongsi lagi, mengenai anak ketigaku, tiada masalah sangat sebab asyik berkepit je dengan ibu dia (tak sekolah lagi).
3 comments:
hai Mizah.. 'Awat hang tak try speaking english'kat sini.. Mak Ngah nak dengar gak akak cakap org puteh...
Nantilah tunggu gigi Mizah penuh bru leh Mizah speaking mat salleh...
hehehhe... bila nak penuh tuh
Post a Comment