Rezeki dari Allah dNur Homestay, Pantai Sepat Kuantan. Homestay di Kuantan

Salam buat semua,

Alhamdulilah, berkat rezeki kurniaan Allah, kami telah membeli sebuah rumah berhampiran di Pantai Sepat, Kuantan. Kami merancang untuk berpindah ke sini satu hari nanti. Namun, disebabkan faktor persekolahan anak-anak, kami tangguhkan dahulu dan akan menjadikan rumah ini sebagai homestay.

Buat masa ini segalanya masih dalam peringkat akhir dan akan kami maklumkan nanti bila ianya akan mula beroperasi. Mungkin sebulan dua, mungkin lebih. Al maklumlah... rumah baru serba kosong, pastinya ambil masa sedikit :) . Kami akan wujudkan satu page khas untuk homestay ini

Doakan moga perancangan kami ini berjalan lancar.

Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut.

Keadaan rumah masa baru beli bulan Mac 2014.

Gambar bulan Jun. Tindakan cerdik MPK dengan menanam pokok pelam berbanding pokok-pokok biasa. Ada tiga pokok keliling rumah ni.

DariNYA Kita Datang KepadaNYA Kita Kembali

Salam buat semua

Sudah lamanya kiranya jari ini tidak mengetuk papan kekunci, mencoret sesuatu di sini. Sesuatu yang berkaitan dengan perasaan. Hari ini, hari Jumaat yang mulia hatiku terpanggil untuk meluahkan perasan yang membungkam dalam jiwa tatkala ini.

Bertimpa-timpa berita sedih yang kita terima kebelakangan ini, dari isu Syria membawa kepada kehilangan MH370, kemudian pembunuhan saudara kita di Gaza dan yang terbaru berita terhempasnya MH17.

Pagi tadi, sekitar jam 3.30 pagi aku menerima berita yang menyayat hati ini. Kemudian terlihat olehku satu video dimana mayat bergelimpangan, cebisan-cebisan anggota di sana sini... ya Allah airmata terus berjurai. Bukan seorang bukan sepuluh orang yang mati, tetapi 298 orang!!! Innanillahiwainnailaihirajiun. Aku tidak mengenali mangsa, namun empatiku pada keluarga mangsa menyebabkan rasa sedih yang amat sangat kini terpahat dalam hati, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. 

Pagi tadi selepas membaca surah Yasin, airmata menitis, mengenangkan wajah-wajah orang awam yang terkorban di Syria, di Gaza dan penumpang-penumpang MH17. Wajah mulus anak-anak kecil yang masih belum kenal erti kehidupan diragut nyawanya oleh puak yang tidak berperikemanusiaan. Binasalah kamu wahai musuh Islam. Wahai anak-anak yang tidak berdosa, sesungguhnya syurga buatmu sayang... damailah dan tenanglah dikau di'sana'.

Kini setiap kali berita peperangan yang melibatkan Gaza mahupun Syria terpapar di media massa, mataku pasti tertumpu ke arah lain.. bukan tak mahu ambil tahu cuma tak sanggup melihat seorang demi seorang syahid di hujung senjata, tak mampu melihat orang awam berlumuran darah dan yang paling membuatkan aku lemah ialah apabila insan-insan kecil mati dengan diiringi linangan airmata insan-insan yang menyayanginya.. Ya Allah hatiku ibarat dirobek-robek... :'(.

Buat pembaca-pembaca sekelian, kita tak mampu untuk menyertai mereka memerangi musuh, kita tak mampu untuk menjalankan misi penyelamat, kita tak mampu menjadi benteng pertahanan dikala mereka memerlukannya... namun kita mampu untuk mengirimkan doa dan sedekah buat mereka. Kita mampu untuk memboikot produk mereka. Maaf kalau aku kata, aku tak faham dan tak boleh terima mengapa masih ramai Melayu di Starbucks sedangkan melihatkan pada logonya sahaja kita sudah tahu. Kalau tak mampu untuk boikot semua, sekadar yang terdaya sudah memadai.

Al-Fatihah buat yang terkorban.

# Lagi dua hari (22 Ramadan) genaplah 10 tahun pemergian ayahanda tercinta... Along sayang abah.

Dikala kita bergembira, ingatlah pada mereka yang menderita.

Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut