Bila Anak Bertanya

Salam buat semua,

Ini adalah top three soalan dari anak-anak pada minggu pertama menjejakkan kaki ke bumi Malaya. Pening jugak nak menjawabnya...

  1. Kenapa kat Malaysia perlu ada iklan "Jagalah kebersihan"?

  2. Bendera apa tu? Kenapa kat mana-mana ada, macam-macam pulak tu? (merujuk kepada bendera parti politik)

  3. Soalan tanpa suara - Ketika mereka menemankan kami mengambil gambar sunrise di Teluk Cempedak, ada seorang photographer (mungkin pro sebab tengok peralatan yang digunakan). Beliau membersihkan lens dengan tisu mungkin sebab kotor, lalu terus mencampakkan ke tepi. Lalu si anak memandang kami, tiada apa yang terpacul dari mulutnya, namun diwajahnya ada seribu satu pertanyaan....


Bila kita yang dewasa ni bertanya, mungkin timbul persoalan, nak provoke ke?, soalan ikhlas ke?, nak perkenakan orang ke? dll. Namun bila anak-anak yang bertanya, mereka memang jujur inginkan jawapan. Namun sejujur manakah jawapan kita?

 

Jom layan gambar sunrise di Pantai Sepat..

 



Sekian.

Bila anak bersuara: "Akak lebih pandai masa di NZ banding di Malaysia"

Salam buat semua,

Fuhhh... terlalu lama berhenti dari berblog. Nak pikir tajuk pun naik berpintal otak dibuatnya.

OK, jom berbalik semula pada tajuk entri di atas.... Itulah ayat yang terpacul dari mulut si anak sulung ku, Akak Mizah semalam. Tersentak juga kami dibuatnya bila dia bersuara begitu. Memang kami akui, prestasi dia buat masa ini agak ketinggalan dari sahabat-sahabat dia yang lain. Iyelah..nak buat macam mana, dah tiga tahun lebih mengikut sistem pendidikan yang berbeza. Pastinya memberi kesa pada mereka. Tapi aku tak rasa dia sesuka hati keluarkan statement begitu. Lalu kami pun bertanya (macam buku cerita pulak...hehehe):
Kenapa kak?

First akak penat... tapi tu ok lagi... yang paling penting akak kurang sangat makan brain food dan makan macam-macam.

Bila mendengar jawapan dia, kami rasa lega. Iyelah, kami begitu risau jika dia tidak dapat menerima sistem pendidikan kita. Bila berlaku penolakkan dalam diri, pastinya dia tidak mahu belajar dan lebih banyak ler masalah kami nanti.

Berbalik isu makanan. Kami rasakan memang ada benarnya kalau makanan mempengaruhi perkembangan minda mereka. Ni rutin kebiasaan mereka (dan juga kawan-kawan mereka)...

9.00 - Kelas mula


9.30 - Rehat 10 minit untuk brain food. Biasanya kismis, buah-buahan, yogurt dll. Makan dalam kelas secara santai. Pelajar tidak boleh keluar kelas.


10.30 - Rehat untuk morning tea. Biasanya biskut-biskut yang ada bijirin, atau biskut biasa. Makan depan atau tepi kelas.


12.30 - Rehat tengahari. Biasanya makan roti dengan sausage, jem, dll. Makan depan atau tepi kelas.


3.00 - Pulang


 Apa yang pasti...tiada kantin, makanan ringan tidak dibenarkan, brain food wajib ada (kalau tidak parents dapat surat cinta), menu memang simple. Jadi kenapa kami tidak amalkan pula cara begitu di Malaysia. Ni antara jawapan/alasan:

  1. Malu dengan kawan-kawan (kes bawa bekal ke sekolah)

  2. Buah tak segar

  3. Kami sendiri pun tak sempat


Tapi bila anak sendiri dah menyuarakan, kami berazam untuk buat apa yang boleh. Sekurang-kurangnya, brain food tu akan kami pastikan ada. Pisang dan kismis mungkin paling sesuai. Air kosong memang hari-hari mereka bawa. Selama ini memang kami dah larang  dari beli air berwarna-warni kat sekolah tu. Moga usaha sedikit ini dapat membantu perkembangan minda mereka.

Ini sekadar perkongsian kami, jauh sekali dari mengatakan cara kita tidak bagus. Namun, pastinya ada yang baik dari mereka yang boleh kita pelajari.

Sekian.