Kegopohan Yang Memakan Diri

Salam buat semua,

Pernah tak tersalah bayar di kedai??? Atau pernah tak terdengar, terkena, atau tersilap ala-ala macam ni...
Dua puluh ringgit kak, bukan dua ringgit..

Uiiii murah tu bang (bila nampak tanya harga 50¢) bila pergi dekat baru perasan rupa-rupanya ada $2 kat pangkal yang ditulis kecillllll jer.

Banyak lagi contoh-contoh lain. OK, apa yang nak dikongsi kali ni... Pertamanya, biasa tak dengan pembelian online? Pastinya biasa kan, tapi biasa tak membeli secara online? Macam mana pula kalau kita tersilap semasa pembelian online?

Kalau di NZ ni, urusan pembelian online sangat tinggi terutamanya melalui laman web trade me. Sebut jer apa nak...rasanya hampir semua ada.

Pada dasarnya bila beli secara online ni, kita terikat dengan terma dan syarat dan kemungkinan untuk kita akur dengannya adalah lebih tinggi disebabkan kita bukan berdepan secara langsung dengan penjual.  Kita perlu buat kajian dan perbandingan terlebih dahulu untuk pastikan kesilapan diminimumkan.

Namun yang lebih menarik ialah dihujung-hujung tempoh penjualan dibuat. Sebelum masa penjualan hampir tamat, pembeli akan bersaing-saing meletakkan harga (bidding), dan dikala itulah kita perlu bertenang dan tidak gopoh. Tersilap klik, abis kita....

Semalam kami berhasrat untuk beli "cokin filter" untuk kamera kami secara online. Untuk faham apa itu cokin filter, jom layan ni...

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=DrtJ4d7rg3s[/youtube]

Kat trade me ada juga orang jual second hand. OK, ni barang yang dijual tu...



Set lengkap Cokin P Series dengan dua filter. Harga pasaran second hand sepatutnya tidak lebih dari $100NZD.



Kami tidak beli sebab sebahagian dari set ni kami dah ada. Kami cuma nak filter yang dalam kotak tu je. Bila masa penjualan online dah tamat, kami buka semula, saja nak tengok harga akhir berapa... sekali tu... mak aiiiii.....



 Tu dia.... $6,500 tuuuuu



Terkedu kejap kami dibuatnya...


Cuba tengok dari jam 8.40 pm  hingga 8.42 pm, dalam masa dua minit harga mendadak naik. Harga asal yang ditawarkan cuma $45 je, tapi harga akhir $6,500 ... Fuhhhh untung betul penjual tersebut... :)


Kalau nak tengok tranksaksi kat trade me tu secara live, klik sini. Tapi tak pasti kalau dah diremove.


Rasanya mungkin pembeli terakhir tu kalut masa tu atau terlalu nak sangat barang tu. Hanya dia jer yang tahu.... ;-). Tak tahulah apa akhirnya urusan jual beli barang ni, yang pasti...moga kami dijauhkan dari kesilapan begini.

Kenapa Tidak Diragut Si Tua Itu...

Saban hari kita di Malaysia mendengar kes ragut, malah yang lebih menyedihkan ada melibatkan kes kematian. Aku (Along@Nida) pernah mengalami pengalaman diragut ketika belajar di UKM dahulu. Pada masa itu aku menunggang motosikal ke Kajang bersama kawanku. Masa tu takdelah banyak sangat isu ragut ni, jadi dengan selambanya aku boleh  letak beg duit aku dalam bakul motor dan kawan aku pula letak organisernya.


Aku perasan ketika itu ada orang sedang mengekori kami dari belakang, tapi taklah terfikir yang buruk-buruk.. andaian aku, depa ni nak mengurat agaknya. Sehinggalah ke persimpangan jalan dan secara kebetulan traffic light tengah merah, dengan sepantas kilat orang yang mengekori kami tadi meluncur laju ke depan kami dan sempat mereka mengambil sesuatu dalam bakul aku... Ya Allah, Tuhan sahaja yang tahu kepanikan aku ketika itu, nak kejar apalah daya motor Honda C70 aku tu ditambah pula lampu traffic light masih lagi merah. Alhamdulillah, nasib baik yang diambil bukannya beg duit aku tu, tapi organiser kawan aku yang bentuknya seakan-akan macam beg duit, nak tergelak pun ada sebab peragut tu telah tertipu. Tapi kesian juga kawan aku tu sebab segala maklumat peribadi tertulis dalam buku organisernya.


Kita tinggalkan kisah yang dah jadi sejarah pun. sekarang ni aku nak kongsi satu lagi pengalaman hidup di perantauan ni. Semalam sewaktu menunggu suami dan anak-anak ke perpustakaan Browns Bay untuk meminjam buku, aku sempat snap beberapa keping gambar yang aku nak kongsi dengan pembaca sekelian. Sebenarnya situasi ini selalu aku lihat di NZ ni, cuma tak terfikir nak mencoretkannya di dalam blog. Sebelum aku kupas isu ini lebih lanjut, jom layan dulu beberapa keping gambar yang sempat aku snap semalam...




 



 



 

Aku tak tahu nama alat yang selalu orang tua di sini gunakan untuk membantu mereka bergerak, rupanya seperti troli supermarket tapi ia lebih kecil.  Yang bagusnya, alat ini mempunyai brek. Ianya seolah barangan dan keperluan yang sangat berguna bagi orang-orang tua di sini. Rasanya setakat ini aku belum pernah jumpa di Malaysia, kalau tongkat tu biasalah.


Bila diamati gambar-gambar di atas, mereka adalah insan yang tak lagi punya kudrat segagah kita. Namun mereka masih mampu keluar rumah dengan rasa selesa dan selamat tanpa memikirkan bahaya menimpa seperti diragut atau sebagainya. Lihatlah cara mereka, tanpa khuatir meletakkan handbag atau barangan berharga di dalam bakul, ketika itu aku terfikir, andailah di Malaysia buat cara begini mahu dah lama diragut atau masuk hospital nenek-nenek ni sebab terjatuh akibat ditolak peragut, takpun sebab usaha nak mengejar peragut tersebut.


Bilalah Malaysia nak bersih dari peragut ye. Sedih bila memikirkan insan yang tak bersalah menjadi korban ragut :-(. Aku selitkan kisah kejadian benar kes ragut suatu masa dahulu di Malaysia...


 

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=uBS6WK6Ij5s&feature=related[/youtube]

 

 

 

Cerita Hujung Minggu di Tengah Minggu

Salam buat semua,

Cuaca minggu ini begitu cantik. Baru betul-betul dapat menikmati musim summer. Sebelum ini, hampir sebulan Auckland ini dituruni dengan hujan rahmat hampir sepanjang hari.

Hari sabtu lepas, sehari sebelum kami berlelong di Browns Bay, kami melayan kehendak anak-anak bermain softball & baseball di sekolah mereka yang terletak sekitar 50 meter dari rumah. Sebenarnya dah lama kami belikan set peralatan softball & baseball untuk mereka. Tapi sebelum ini kami hanya bermain di sekitar rumah.

Persoalannya kenapa permainan itu yang kami pilih? Ini justifikasi kami...


    1. Kalau kami pilih bola jaring, atau permainan perempuan yang lain...rasanya semua orang pandai main, maka persaingan akan jadi lebih tinggi.

    2. Di sini tidak ada yang percuma untuk aktiviti ko-kurikulum. Nak main semua berbayar, manalah kami mampu. Jadi biarlah kami ajar permainan yang kami pandai.

    3. Bila kami pulang nanti, akak Mizah sudah darjah 5, dan kami cuma ada setengah tahun sahaja untuk mengasah bakat dia dalam sukan, kami tak banyak pilihan. Itu pun dengan andaian sekolah yang akan dia masuk ada pasukan softball.

    4. Ucu berpengalaman selaku pemain Softball, pernah mewakili negeri dan MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia) ke perlawanan antarabangsa di Thailand.

    5. Kami pernah bersama-sama membimbing pasukan SMK Pandan, Kuantan dari tanpa peralatan sehingga berjaya menjadi juara daerah Kuantan.



Jom layan kerenah mereka....



 "Be Scared" pada anak dara kami ye... depa ni kaki pukul...hehehe





 Ready Mizah....





 Ini "glove" Anis yang punya....





"Sampai ker tak nak baling ni"...kata Anis dalam hati.





 Aiyooo.... bila bola nak datang ni...





 Guna bola training yang sebenar, tapi guna "bat" mainan untuk dia, ringan sikit.





Fokus...fokus...





 Ready....





Hit!!!!!





 Pejam mata mana nak kena Anis...hehe ;-)





 Puas cakap jangan dipikul "bat" tu, dipikul juga.... Rasanya akak Azi tak faham, apa maksud "pikul"...kena ajar subjek BM pulak di padang..hehe.





 Dengan muka-muka tu.





 Satu-satunya mangsa kejadian...bola kena perut Akak Azi, kesian dia...tapi tak serik pun. Good girl...





 Sampai mengetap bibir tu...





 Here it comes... ready...





 Jauh juga minah ni pukul, nasib takde orang lain.





Gaya badan masih keras lagi.





Good catch!





 Gaya jurulatih tak bertauliah.



Abah dan Ibu doakan moga kalian semua berjaya dalam apa juga yang dibuat dalam kehidupan ini. Insya'Allah, Abah dan Ibu tidak akan berputus asa memberi yang terbaik buat Nur Hamizah, Nur Hazirah, dan Nur Hanisah...Insya Allah