BUAH HATI KU

Inilah puteri sulungku, anakanda Nur Hamizah atau kami panggil Kakak Mizah. Lahir pada 1 Jun 2000 di Muar. Dia seorang yang sangat penyayang terhadap adik-adiknya. Walaupun dia masih kecil tetapi dia sangat pandai memujuk ibu dan abahnya. Ada masanya dia juga seorang yang garang terhadap adik-adiknya, habis semua adik-adiknya kena marah. Disebabkan selalu mengikut ibunya ke pertandingan Pesta Pantun dan selalu mendengar kakak-kakak angkatnya berlatih pantun di rumah, maka secara tak langsung kini dia boleh berpantun dengan baik. Semasa usianya baru mencecah seminggu, doktor pakar di Hospital Muar mengesyaki jantung Kakak Mizah berlubang... Alhamdulillah masuk bulan keempat, jantungnya yang berlubang telah tertutup dengan sendirinya....


Nur Hazirah, puteri kedua ku, lahir pada 22 Disember 2003 di Kota Tinggi.
Kami memanggilnya Kakak Azie. Kakak Azie seorang yang keletah, ada sahaja lawak spontan yang dibuat olehnya, sampai pecah perut dibuatnya. Kalau merajuk boleh tahan juga... Namun begitu Kakak Azie juga seorang yang penyayang terhadap kakak dan adiknya. Bab menyakat adiknya pun sama naik juga...kadangkala pening kepala ibu dan abahnya bila mereka semua bergaduh. Kenangan yang tidak boleh dilupakan apabila Kakak Azie dimasukkan ke wad selama 3 hari pada hari raya keempat, semasa itu umurnya baru mencecah 2 tahun. Kekuatan Kakak Azie terletak kepada kejujurannya kerana Kakak Azie ni tidak pandai menipu, jadi kalau nak minta pendapat atau komen tanyalah kepadanya.


Inilah si bongsu yang comel dan ligat sekali. Namanya Nur Hanisah dan kami memanggilnya Anis. Hobinya tidak lain dan tidak bukan ialah membuli kakak-kakaknya. Lahir pada 16 oktober 2006 di Kuantan. Hanis suka bermain dengan Teddy Bear dan pondok-pondok, jadi kakak-kakaknyalah yang akan menjadi mangsa. Kalau pergi ke mana-mana tidak suka didukung, asyik nak berlari sahaja,agak penat juga nak mengawasi dia..tapi kami terhibur melihat keletah dan keligatannya. Anis ni agak peramah dan mudah dirapati, tapi bila dia tiada mood dengan semua orang dia akan 'angin'.




Anak-anakku, kau umpama mutiara, terlalu berharga buat ibu. Amanah dan tanggungjawab yang perlu ibu dan abah pikul bagi mendewasakan kalian agar menjadi anak-anak yang solehah, bijaksana dan anak-anak yang mampu mengharumkan nama bangsa agama dan negara. Semoga doa ibu dan abah menjadi kenyataan dan dimakbulkan oleh-Nya....Amin......

No comments: