Semaikanlah Nilai Positif

Salam buat semua.

Seperti kebiasaan, setiap hari Isnin pelajar-pelajar dan guru-guru perlu menghadiri perhimpunan sekolah. Apa yang aku perasan dulu masa kami di NZ, perhimpunan diadakan pada waktu petang tapi berbeza di sini. Walaupun ada juga beberapa sekolah di Malaysia yang mengadakan perhimpunan diwaktu petang, namun majoritinya diadakan pada waktu pagi.

Secara umumnya, mungkin 60% isi kandungan perhimpunan sekolah adalah lebih kepada nasihat dan menegur (ertikata lain membebel) kpd pelajar. Kadangkala perlu juga mengingatkan pelajar2 tentang nilai2 murni ni... cuma pandangan peribadi aku agak kurang sesuai diadakan pada waktu pagi memandangkan ianya boleh mempengaruhi mood pelajar... mana taknya sebab pada waktu pagi dah kena bebel.. :).

Sekadar pendapat peribadi aku secara umum.


Santai dan sempoi je perhimpunan mereka. Setiap minggu pelajar akan buat persembahan. Secara tak langsung boleh develop their confident and skill.


  • Macam mana aku boleh dapat gambar ni??? Sebab salah seorang di atas pentas adalah anak kami. 
  • Macam mana ibu bapa boleh masuk ke sekolah??? waktu perhimpunan lagi... Itulah realiti, ketelusan, keterbukaan yang diamalkan. 
  • Jadi bila ada ibu bapa takdelah guru-guru nak marah... Sapa kata, marah tetap marah... tapi sungguh berhikmah.
p/s... aku rindukan kehidupan kami di NZ.



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Selamat Pagi Dunia...

Seawal jam 6.45 saya dah bangun temankan akak-akak saya ke sekolah.  Lepas hantar akak-akak saya pula terus ke sekolah saya berhampiran rumah.

Saya sungguh jealous bila dapat tahu akak-akak saya bangun jam 7 pagi masa di New Zealand. Dapat bersarapan dengan masakan ibu. Malah sempat bermain sebelum pergi ke sekolah. Ini tidak adillll..... waaaaa

Catatan merapu ini adalah luahan perasaan anakanda Nur Harizah... hehehe...

Jemput-Jemput Ibu...

Salam buat semua...

Esok hari Isnin.... maka kembalilah kami ke rutin bekerja seperti biasa dan tamatlah sudah masa santai bersama anak-anak dihujung minggu ini.

Petang tadi kami sajikan anak-anak dengan jemput-jemput udang dengan homemade sambal cecah. Sebenarnya... menu sebegini sering kami sajikan bila kami rindukan kampung halaman. Baik aku mahupun suami... kami berdua sangat merindui sambal sebegini yang sering dibuat oleh ibu. Apatah lagi buat suami ku yang sudah kehilangan kedua ibu bapanya.

Kami gembira bila melihat anak-anak makan hingga habis. Namun, jauh dibenak fikiran, aku terfikir...adakah satu masa nanti anak-anak akan turut merindui masakan kami...?

Selamat datang 2014...

Salam buat semua...

Huhhh 11 Februari baru nak cakap selamat datang 2014. So??? takde masalah apa-apa kan. Hehehe, takde bezanya dengan hari-hari yang lain. Yang pening kita tingkatkan keimanan dan produktiviti kita.

OK... kini insya'Allah kami akan kembali ber"blogging". Walaupun hakikatnya kami sibuk dengan tugas harian dan tanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak, kami rasakan blog ini perlu diteruskan. Doakan hasrat kami ini tidak terbantut..hehehe. Kami juga ingin mohon maaf pada sahabat maya sekelian kerana lama tak blogwalking dan meninggalkan komen di blog-blog kalian. Jika ada kesempatan pastinya kami akan berbuat demikian.

Sebelum mengundur diri... tepek sekeping family besar kami.

Dimanakah kami???? 




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut