Wordless Wednesday: Kabus Pagi

~Kabus Pagi~

Gambar yang pernah dirakam satu ketika dahulu di New Zealand.



Kerana politik, banyak soalan tak bermanafaat ditanya....

Salam buat semua,

Bahang pilihanraya kini semakin panas. Segalanya makin jelas dimata, bendera sana bendera sini, poster sana, poster sini, provoke sana provoke sini dan lain-lain.

Apa kesannya pada anak-anak kami... mereka kini semakin kerap bertanya soalan yang tidak sepatutnya. Kami dengan rela hati akan menerangkan seberapa details kalau mereka bertanya, tapi bila bertanya pasal politik.... adusssss... letih. Pastinya mereka tidak mengharapkan jawapan... "jangan tanya, tengok jer...." kerana itu bukan kebiasaan jawapan bagi setiap soalan yang mereka aju.

Kami pernah lalui pilihanraya di NZ. (Coretannya di sini )Tiada satu pun soalan tentang pilihanraya keluar dari mulut anak-anak. Mereka hanya sibuk belajar dan bermain. Kerana apa.... kerana mereka tidak dimomokkan dengan kesibukkan poster-poster, dll berkaitan pilihanraya. Segalanya bersih dan aman.

Adakah masyarakat NZ tidak pandai berpolitik??? Realitinya, mereka lebih hebat dari kita. Lihat sahaja video debat terbuka antara parti yang dibuat secara langsung kat bawah ni.... Tiada masalah, tetap bersih, pilihanraya tetap berjalan lancar, pemimpin berkaliber tetap dapat dipilih juga akhirnya.

The leaders of Act, United Future, Mana Party, Green Party, NZ First and the Maori Party went head to head in the LIVE debate of the 2011 election campaign hosted by ONE News.

Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Biar putih tulang

Biar putih tulang...jangan putih tali pinggang....hehehe.
Good luck akak Azi untuk first grading. Moga dapat naik ke tali pinggang kuning.

Kurang ajar punya orangggg

Grrrr.... aku dan suami memang geram betul kali ini. Kelmarin kami singgah untuk keluarkan duit kat mesin atm BSN. Sekali tu security tutup pintu sebab diaorang nak masukkan duit dalam mesin.

Masa tu kami depan sekali. Sekali datang ler pakcik ni.. dia begitu uzur. So, kami pun bagi laluan kat dia. Sekali tu..bila pintu dibuka jer, boleh datang dua orang, lelaki melayu muda dan juga perempuan india, terus potong kami dan pakcik tu. Menyirap terus darah kami. Untuk anda berdua.. cubalah ubah perangai tu. Untuk pembaca sekelian dan juga diri kami sendiri.... kita mampu merubah.

Sekian.

p/s - entri kontot ni ditulis dengan handphone, tu yang maaf bahasa tunggang langang sikit  :)

Kisah anak dan sahabat baiknya Avalon...

Salam buat semua....

Subuh tadi Nur Hazirah (anak no 2) bangun menagis teresak2. Terkejut kami, bila tanya kenapa rupa2nya dia rindu kat Avalon kawan baik dia masa di NZ. Kami pulak takde contact no dia. Maka cik abg pun cuba menggeledah kat FB. Alhamdulilah jumpa... tapi yang mengejutkan kami ialah kami jumpa page ni. Rupa2nya dia buat khidmat komuniti... mengutip sampah disekitar Browns Bay. Terus rasa kagum dan malu yang amat sangat kerana kesedarannya begitu tinggi berbanding kami....

p/s - hujung minggu ni plan nak ke Pantai Sepat, bawak plastik hitam dan kutip sampah. Kita mampu merubah....


Jemput jengah apa yang Avalon buat di page dia.... Avalon, we are so proud of you!!!!

http://www.facebook.com/AvalonTakingOutTheTrash