Kes Dera dan Paras Rupa

Salam buat semua,

Jarang benar kami buat sampai dua entri dalam sehari. Namun bila menyaksikan semula video kes dera terkini di Kuantan (berdekatan tempat kami), terasa rasa ngeri yang amat sangat dalam diri.



Kami cuba fikir apa sebabnya jadi begini, dan dimana boleh kami peroleh jawapannya. Maksudnya kami kajian secara ilmiah berkaitan perkara ini. Carian google membawa kami ke salah satu jawapan pada isu ini iaitu disebabkan PARAS RUPA!!!! 

Memang mengejutkan kami, tak tahulah bagaimana pandangan anda semua....

Walau apa pun, kami doakan moga adik Mohamed Hareez, dalam keadaan baik dan moga Puan Nina Suraya dan suami reda dari trauma yang dihadapi.

Untuk kisah lanjut, jemput klik link di bawah...


Hujan lagi....

Hari ni hujan lagi di bumi Kuantan. Planning nak bersantai di pantai dengan keluarga terbantut lagi....
Bila hujan reda, ku jengah ke luar sebentar. Eh...cantik pulak reflection kereta kat takungan air di jalan. Terus capai handphone, snap & share di blog.
Sebenarnya nak kabor entri ni dibuat guna handphone...hehehe.

Satu Malaysia kerrrr Dua Malaysia

Entri ringan di hujung minggu.... orang lain 1Malaysia ada pulak yang buat 2Malaysia...hehe.

p/s... sekadar suka2 tiada niat berpolitik :)

Terkilan Dan Terkedu

Salam buat semua...

Sejak dua tiga hari ni aku rasa macam tak sihat.. mudah penat, rasa macam nak pitam.. kemudian jantung ni berdegup laju je. Nak dijadikan cerita semalam aku pergilah ke klinik dan selepas check tekanan darah doktor kata tekanan darah aku rendah 90/55.  Agaknya bila dah banyak bulan ni, macam-macam penyakit yang datang.. biasalah kalau tak tak mengandung namanya..hehe.

Sekarang ni aku agak sedikit tertekan kerana sekolah kami akan jadi tuan rumah Pesta Pantun. Aku dilantik sebagai jurulatih.. tapi yang buat aku terkilan dan sedih ialah bayangkan pelajar-pelajar sekolah aku ni balik pukul 5 petang (maklumlah sebab sekolah kluster dan terbaik di Pahang), Sabtu ada kelas tambahan, pastu jarak rumah aku dan sekolah agak jauh untuk aku berulang melatih mereka. Jadi persoalannya sekarang ialah bila masa aku nak latih mereka!.

Memang tak dapat dinafikan sekolah aku ni memang amat mementingkan kecemerlangan akademik berbanding yang lain-lain, kerap kali bila nak masuk pertandingan last minute baru cari peserta + berlatih. Tapi terus terang aku kata bahawa aku bukan begitu, bagi aku kalau nak hantar peserta kenalah buat bersungguh-sungguh.. ni kalau nak hantar sekadar melepas batuk ditangga baik tak payah hantar. Entahlah lain orang lain caranya. Kalau dulu semasa aku jadi jurulatih di sekolah lamaku aku punya masa yang mencukupi untuk berlatih dan sebab itu sekolah kami setiap tahun jadi johan. Tapi bila pindah ke sekolah kluster ni semua itu bukan keutamaan... yg jadi keutamaan adalah belajar dan belajar.. kadang-kadang ada juga mereka mengadu yang mereka terlalu penat, tapi apa yang aku boleh buat sekadar menjadi pendengar setia yang tak mampu mengubah sistem yang sedia ada.

Jadi untuk menyejukkan hati.. jom layan gambar yang kami snap ni... :)




reVISIT: Bersihkan Politik Negara?

Salam buat semua,

Kisah ringkas tapi signifikan tentang senario politik kita dari kacamata anak kecil....

Mungkin sekitar 4 bulan yang lepas.... anakanda kami yang paling kecil (buat masa ini) bertanyakan soalan ini......

Anak: Abah, Ibu... kenapa banyak sangat flags?
Ibu: erkkkk... (sambil tengok abah dengan harapan si abah akan bagi jawapan)
Abah: erkkk... (sambil terus memandu dan terus melihat jalan di hadapan sambil garu kepala)

Tak sempat kami memberi jawapan, si anak bertanya lagi....:

Anak: Which one is bendera Malaysia, blue or green?
Kami: erkkkkkkkk (lebih panjang)

Lalu si abah kemudiannya menjawab dengan panjang lebar, begitu ilmiah jawapannya sambil si ibu turut terkebil-kebil cuba memahamkan. Namun tidak kami sangka si anak memberi jawapan lebih kurang begini.....

Anak: If I ruled this country, Anis taknak kasi sapa-sapa pasang bendera sepah-sepah...
Kami: erkkkkkkkkkkkkkkkk (lagi panjang) 

(sumber gambar: Berita Harian - tak perlu kot kami up gambar sendiri, sama jer rupa dia kat satu Malaysia...hehehe)

Itu kisah 4 bulan lepas, sekarang ni bendera dah makin banyak... rasanya tunggu masa jer akan ditanya lagi soalan yang sama... apa pulak ler kami nak menjawabnya.

Nota kaki: Politik gaya Malaysia vs Barat...jengah entri lama kami di sini


Kembali ke blogspot :)

Salam buat semua...

Jika anda yang follow blog kami... mungkin anda terkejut dengan tindakan kami ini. Bagi yg baru first time baca, mungkin anda blur apa yang berlaku...hehehe


OK sahabat sekelian, setelah kami berbincang anak beranak, maka kami mengambil keputusan untuk kembali ke blog kami yang pertama iaitu radinsah.blogspot.com. Meh kami share apa yang bermain difikiran kami...

Sebelum ini kami banyak berkongsi pengalaman kami di blog radinsah.blogspot.com ini. Namun, sekitar setahun sebulan yang lepas... kami beralih ke blog berbayar ucualong.com yang menggunakan enjin wordpress. Blog tersebut kami gunakan setelah mendapat tempat pertama dalam salah satu pertandingan kontest yang menyediakan hadian domain dan hosting. Entri kami di ucualong.com tetap rancak ketika itu, namun setelah pulang ke tanah air, terlalu banyak batasan alasan yang ada. Kami teragak-agak dengan apa hala tuju ucualong.com tersebut.

Namun hari ini kami membuat keputusan untuk kembali semula ke radinsah untuk penceritaan harian kami atas alasan yang simple. Sekiranya kami mati... maka blog ucualong juga akan mati :) Itulah realitinya bila menggunakan blog berbayar ni. Bila kita tak renew domain & hosting tersebut dalam tempoh tertentu, maka ianya akan menyebabkan blog tersebut akan ditamatkan dan pembaca langsung tidak dapat membaca catatan silam. Saya tidak begitu pasti dengan blogger, tapi sangat yakin blog ini akan tetap wujud (sebab free) walaupun sekian lama tidak di "update".

OK, apa akan jadi dengan ucualong.com? Semua entri di ucualong.com telah berjaya kami transfer ke blog ini. cuma masalah yang timbul hanya satu, iaitu komen bagi setiap entri tak mahu ikut sama...huhuhu.... Tapi oklah, kami rasa dapat import entri pun dah cukup baik. Nak transfer pun tak lah susah mana, kami follow instruction dari youtube jer.

Blog ucualong.com akan kami fokuskan untuk portfolio photography kami. Selepas ini kami akan remove semua entri yang ada dan entri di ucualong nanti akan hanya fokus pada entri berkaitan dengan hobi kami...mengambil gambar. Harap-harap dapat dilaksanakan dalam masa terdekat ni :)

Akhirkata, terima kasih pada sahabat yang sudi membaca coretan kami ini. Moga persahabatan maya akan terus berkekalan...