Selamat Tinggal Bumi NZ

Salam buat semua,

Pertamanya maaf kepada semua atas kehilangan kami dari alam maya. Dua minggu terakhir di bumi NZ sangat memenatkan dengan pelbagai urusan yang perlu kami selesaikan.

Insya Allah lagi 15 minit kami akan berangkat ke Auckland International Airport untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Kami akan berlepas ke Malaysia pada jam 12.15 pagi (waktu NZ, Jumaat tengah malam), sampai di KLIA sekitar jam 7.30 pagi (waktu Malaysia). Kemudiannya akan terus ke Kuantan sekitar jam 9 pagi dan sampai jam 10 pagi.

Mohon doa semua agar kami semua selamat sampai ke Malaysia dan dipermudahkan segala urusan.

Sekali lai, terima kasih buat sahabat sekelian atas hubungan maya kita selama ini. Moga kita dipertemukan di Malaysia, Amin.

Kisah Guru Dan Muridnya

Salam buat semua....

Entri pendek untuk hari ini, maaf tak dapat upload lagi gambar-gambar di Queenstown, tak sempat nak resizekan lagi.

Beberapa hari lepas, sebelum anak-anak tidur kami bersama-sama menceritakan bagaimana hormatnya murid kepada guru-guru satu ketika dulu. Tapi sekarang ni agak payah untuk jumpa situasi seperti kita dulu-dulu. Kalau dulu bertembung dengan cikgu di luar sekolah punyalah rasa takut, siap cari port untuk menyorok.. tapi sekarang pelajar berlaga bahu dengan cikgu pun buat tak tahu jer (tak semua anak murid begitu.. ramai juga yang bagus pekertinya).

Di sini aku nak kongsi satu cerita untuk renungan bersama. Jom layan kisah benar ini...
KUALA TERENGGANU: Seorang guru sebuah sekolah menengah di Chalok, Setiu, menerima lima jahitan di kepalanya apabila dibelasah seorang pelajar tingkatan lima yang berselisih faham dengannya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, guru berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan menegur pelajar berkenaan, menyebabkan remaja berkenaan berang dan bergegas pulang ke rumahnya sebelum mengambil sebatang cota.

Tidak lama kemudian, pelajar berusia 17 tahun terbabit kembali ke sekolah yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumahnya bersama abangnya berusia 21 tahun dan seorang rakan abangnya berusia lingkungan 20-an.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani, berkata pelajar itu kemudian terus memukul gurunya di bahagian kepala dengan cota berkenaan menyebabkan guru lelaki terbabit rebah dalam keadaan kepalanya berlumuran darah.

Beliau berkata, orang ramai termasuk pengawal keselamatan sekolah yang menyedari kejadian kemudian membantu meleraikan pergaduhan itu dan guru berkenaan dikejarkan ke Hospital Setiu.

“Akibat kecederaan itu, guru berkenaan menerima lima jahitan di kepala. Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu pada petang kejadian.

“Susulan laporan itu, polis menahan pelajar bersama dua lelaki terbabit. Siasatan kita juga mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah atau rekod jenayah lampau,” katanya.
Rohaizat berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ketiga-tiga suspek direman tiga hari bermula semalam.


p/s: Teringat kisah aku diugut oleh pelajar sendiri dulu sebabnya beliau takut aku melaporkan kisahnya yg memakai anting-anting di bibir ketika waktu sekolah (pelajar lelaki), dan seorang pelajar lain yang mengajak aku berkahwin dengannya... adeiiiiiii aku pun tak faham budak-budak zaman sekarang... menakutkan!