Di Bawah Sayap

Salam buat semua,

Alhamdulilah, semalam kami selamat kembali ke bumi Auckland. Percutian tiga hari ke Queenstown begitu menyeronokkan. Walaupun tidak semua yang dirancang tercapai, namun ianya tetap mengembirakan. Insya'Allah akan diupdate dalam entri lain.

Terima kasih juga pada rakan-rakan maya yang memberi komen. Maaf tidak sempat untuk blogwalking dan juga membalas semua komen. Buat masa ini, tumpuan terpaksa diberikan kepada urusan mengemas rumah. Insya'Allah kami akan kembali pada 27 Julai ini. Pastinya selepas itu perlu berjuang pula dengan urusan mengemas rumah di Kuantan nanti.

Untuk entri ringkas ini, kami kongsi beberapa keping gambar yang sempat dirakam dari jendela kapal terbang.






God Defend New Zealand

Salam buat semua,


Hanya tinggal lagi sebulan kami akan meninggalkan bumi NZ dan kembali ke tanah air. Jika Malaysia adalah tanah air tercinta yang teramat kami sayangi, NZ pula adalah negara yang pastinya akan sangat kami rindui. Kehidupan kami di sini tidak lama, hanya tiga tahun setengah. Namun terlalu banyak yang kami pelajari tentang apa yang dikatakan negara yang aman, negara yang bersih, negara yang cantik, negara yang beretika. Ada yang mampu kami kongsi, ada yang hanya kami mampu simpan dalam diri. Khuatir ditutur nanti mungkin disalah erti.


Esok, insya'Allah kami akan menjejakan kaki ke Queenstown, salah satu tempat tercantik di dunia. Sepertimana yang kami coretkan dicatatan yang lepas, kami sangat teruja namun sedikit khuatir dengan percutian kali ini. Teruja kerana tempat yang sangat cantik, khuatir kerana kami akan menaiki campervan dan suhu akan dibawah tahap beku. Mohon para pembaca mendoakan segalanya dipermudahkan.


Sekali lagi, maaf tidak dapat mencoret panjang, begitu banyak yang perlu diuruskan. Akhir sekali, kami sangat mengesyorkan rakan sekelian menontot video ini. Sebagaimana tajuk entri kali ini "God Defend New Zealand", ianya adalah lagu kebangsaan NZ, dan video ini memaparkan kecantikan dan keindahan negara ini. Apa yang anda lihat di video tersebut itulah realitinya keindahan pemandangan yang kami saksikan di sini.


[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=j6qmdqvItkM&feature=related[/youtube]

 

Salah Siapa Mereka Jadi Begini?

Salam buat semua.


Kalau kita imbas zaman kanak-kanak dulu pasti syok.. dan terasa ingin kembali ke zaman itu semula. Kalau dulu, sebut je parit mana yang aku dan adik-adik tak harung untuk tangkap ikan, bukit mana yang kami tak panjat... dan paling best  bila hujung minggu kami adik beradik banyak menghabiskan masa di atas pokok berbanding di dalam rumah..hehe.


Bukan setakat parit, bukit dan pokok malah dalam semak pun kami jadikan port main pondok-pondok, selalunya aku dan kawan-kawan adikku selalu main perang-perang ala-ala combat ler konon (kawan adikku adalah kawan rapat aku masa di kampung sebab tu aku tak ramai kawanperempuan dulu) . Tapi yang paling aku tak boleh lupa setiap kali itu juga akan ada jeritan panggil nama aku suruh balik "Along!!! Balik!!!!" dan dah dapat aku agak mesti balik kena rotan dengan abah sebab ajar adik-adik main dalam parit dengan semak...hehe. Bukannya apa, arwah abah risau kalau kami duk main dalam semak, takut kena patuk dengan ular kata arwah abah..  tapi masa tu manalah aku tahu takut, tahu nak main je.


Tapi kini bila aku ada anak dan bergelar ibu, aku dapat lihat perbezaan anak-anak zaman sekarang. Mereka tidak selincah waktu kita kecil dahulu. Dunia mereka banyak dihabiskan di depan televisyen ataupun komputer. Social skill mereka terbatas, setiap hujung minggu pasti ada sahaja kelas tambahan atau tuition berbayar yang perlu dihadiri. Pelbagai aktiviti yang sudah siap diatur seperti kokurikulum sekolah terpaksa diikuti. Kalau dulu ikut suka hati kita nak main tanpa disuruh kini nak cari masa senggang untuk bermain pun agak sukar dan terhad.


Di sini aku nak kongsi keratan akhbar yang sempat aku potong beberapa minggu lalu, dan apa yang menarik perhatian kami ialah menurut kajian pakar, kanak-kanak yang kurang bermain  menyebabkan mereka kurang cerdik, perkembangan otak mereka terbatas kerana kekurangan kemahiran yang dikutip melalui bermain, mereka lebih cenderung untuk menjadi remaja yang pasif dan pelbagai lagi kesan negatif akibat daripada menjadi kanak-kanak yang tidak aktif ini.





Jadi tidak hairanlah mengapa sistem pendidikan sekolah rendah di New Zealand ini amat santai, tiada peperiksaan bulanan atau tahunan, tiada buku teks yang berat perlu dibawa, pelbagai aktiviti lawatan sambil belajar telah dibuat dan pelbagai kemahiran seperti renang, cara menunggang basikal yang betul, belajar secara hands-on dan macam-macam lagi telah disediakan di dalam kurikulum mereka. Maka sebab itulah anak-anakku terlalu berat nak tinggalkan sekolah di sini untuk kembali ke tanah air, sebabnya mereka enjoy dengan sekolah. Bila pelajar-pelajar suka dengan sekolah maka secara tak langsung masalah disiplin dapat dikurangkan, fokus terhadap pembelajaran dapat ditingkatkan dan yang paling penting mereka akan menyintai  sekolah tanpa dipaksa (belonging).....  dan itulah sebenarnya harapan para ibubapa dan guru.


Ini sekadar pemerhatian dan pendapat aku, lain orang lain pandangannya... :-)




Aku yang bertoncit


Perlukah Begitu?

Salam buat semua.


Serba salah rasanya nak menaip entri ni, takut ada yang tersalah faham. Namun ingin aku nyatakan di sini bahawa entri ini dibuat atas dasar perkongsian kami di bumi rantau. Mana yang elok tu ambillah dan mana yang sebaliknya jadikanlah sempadan. Sebenarnya dah lama aku nak kongsi cerita ni, tapi asyik bertangguh sahaja.. jadi hari ini aku curilah sedikit masa untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca semua.


Mungkin pembaca sekelian pernah menjadi AJK atau menganjurkan pelbagai majlis, dan pasti sudah masak dengan karenah birokrasi dan protokol yang perlu dijaga. Kadangkala perkara yang simple jadi rumit akibat terpaksa mengikut protokol yang entah apa-apa. Aku sendiri pernah kena tegur oleh boss akibat terlupa letak gelas minuman di meja VIP, bila dah letak masih lagi ditegur sebabnya tak letak straw.. alasannya mana ler tahu kot-kot VIP tu nak minum guna straw.. adeiiii, masa tu memang temperature badan aku dah mula nak naik.. dahlah kene berjemur di padang (masa tu acara sukan tahunan sekolah), tapi bila mengenangkan inilah hakikatnya.. VIP kena ditatang bagai minyak yang penuh, maka nak taknak terpaksalah aku akur dan bersabar.


Jadi kali ini aku nak pembaca semua lihat perbezaan yang bagi aku bagai langit dan bumi di bumi yang aku jejak ini (berapa banyak bumi daaaa). Untuk makluman semua perhimpunan sekolah di sini adalah terbuka, ibubapa boleh hadir dan lihat sendiri bagaimana perhimpunan ini berjalan.. setiap minggu mereka akan bagi award pada murid-murid yang terpilih bagi setiap kelas, dan akhir tahun "Prizes Giving" bagi mereka yang selected akan dilakukan. Apa yang mengkagumkan aku ialah majlis mereka amat simple namun berjaya. Guru Besar yang menyampaikan hadiah tak perlu diiringi, beliau berucap di depan tak perlu menggunakan rostrum dan tak perlulah kerusi atau sofa yang empuk perlu disediakan,  cukuplah sekadar ada kerusi untuk diduduki. Kadang-kadang bukannya apa, nak menyediakan tempat tu je dah makan masa... kan senang kalau make it simple, betul tak?.  Tapi ini sekadar pendapat aku ler, lain orang lain persepsinya.


Di sini aku selitkan beberapa keping gambar yang ada dalam koleksi album kami....layannnn



Guru Penolong Kanan sekolah Oteha.. sendiri menyampaikan hadiah dan sijil.



Beliau adalah Guru Besar baru di sekolah Oteha.. juga tidak ada yang mengiringi ketika menyampaikan hadiah dan sijil.



Ini pula Guru Besar Sekolah Pinehill.. segalanya dibuat sendiri, tiada rostrum ketika berucap mahupun pembantu tatkala menyampaikan sijil.



Ketika sukan tahunan, tiada khemah atau kerusi empuk yang disediakan buat VVIP... mungkin cuaca sini sejuk kot jadi  VVIP boleh duduk dimana-mana mereka suka, ketika Cross Country 2010 (Guru Besar yang memakai skirt)



Wajah ceria seorang Guru Besar , ke hulu ke hilir mengawasi pelajarnya.. ketika Cross Country 2011



Ini pula ketika majlis tahunan "Prizes Giving" yang dilakukan di luar sekolah. Ketika ini anak-anakku bersekolah di Pinehill School dan Mizah berjaya menjadi salah seorang penerima hadiah. Di atas pentas  adalah VVIP... dan lihatlah kerusi yang mereka duduk, sama seperti kerusi yang pelajar-pelajar duduk.. tiada meja, tiada bunga di hadapan.. yang penting majlis berjalan seperti yang dirancang. Guru pun tak pening kepala..hehe.


Bukan setakat ini sahaja, pilihanraya mereka pun amat simple dan berjalan dengan lancar tanpa provokasi yang melampau dari mana-mana parti politik, kalau nak baca kisah yang pernah kami tulis meh klik sini http://ucualong.com/2011/12/01/bersihkan-politik-negara/.


Sebelum aku mengakhiri entri ini, ingin aku tegaskan sekali lagi bahawa tulisan aku ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman yang dilalui di bumi asing, mana yang elok ambillah ye.. dan kalau tak elok campak jauh-jauh. Mana yang terasa hati aku menyusun sepuluh jari atas kekhilafan diri (chewaaah, macam ayat nak raya pulak..hehe). Bak kata omputih Less Is More...  renung-renungkanlah.

Word(not)less Wednesday: Embun Kristal

Salam buat semua…

Word(not)less lagi hari ni. Bila tengok entri yang lepas pun berkisar tajuk yang sama. Maksudnya seminggu sekali jer update blog. Maaf sekali lagi kami pohon, tak sempat nak BW dan juga update seperti dulu-dulu. Tinggal lagi sebulan jer lagi kami akan kembali ke tanah air tercinta. Sedangkan nak pindah rumah dari satu taman ke taman lain lagikan sibuk, apatah lagi bila pindah dari satu negara ke negara lain…hehehe, logikkan alasan tu.

Pagi ini begitu dingin sekali, satu celcius dipagi hari. Mungkin malam tadi di bawah tahap beku. Embun membeku di cermin kereta. Kami panaskan enjin dan perlahan-lahan ianya mencair. Anak-anak terus dihantar ke sekolah. Dalam perjalanan pulang, kami lihat di padang berhampiran rumah kelihatan seperti kristal bertaburan, bersinar-sinar. Embun-embun yang membeku dihamparan rumput menghijau begitu mengasyikkan untuk dipandang bila ianya disirami dengan cahaya mentari pagi.

Kami kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan semua.









Word(not)less Wednesday: Kisah burung

Salam buat semua,

Cuaca kini semakin sejuk di sini. Hampir hari-hari cuaca mendung, itulah lazimnya bila sampai musim sejuk. Takde dah projek ambil gambar sunrise atau sunset. Kali ini kami berkongsi gambar-gambar burung yang pernah disnap sebelum ini. Layan.....



Sedang memerhati jika ada manusia yang mencemarkan pantai...





Opsss....stop kejap, baca signboard dulu...hehehe





Naik terbeliak mata burung ni dapat tengok awek dari Malaya...



Jika Kau Fikirkan Kau Boleh...

Salam buat semua.

Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu. Tajuk dah macam lirik lagu pulak..hehe. Apa yang boleh sebenarnya ni? Alkisahnya pada 25 Mei tempoh hari, sekolah anak-anakku ada pertandingan cross country (merentas desa), pada tahun ini mereka dibahagikan mengikut rumah sukan, anak-anakku semuanya rumah Biru (Batten).


Kesian juga aku lihat budak-budak ni kena berlari dalam kedinginan (suhu sekarang sudah mencapai single digit), tapi bila difikirkan balik baik berlari dalam sejuk dari berlari dalam panas terik.. betul tak? Kalau sebelum ni anak-anakku tak pernah kena asthma (lelah) dan keluargaku tiada keturunan asthma, tapi bila dah tiga tahun lebih duk NZ ni, setiap kali musim sejuk pasti inhaler menjadi teman mereka... cuma si Anis sahaja yang tiada lagi simptom asthma.


Berbalik pada tajuk di atas, kalau sebelum ini anak sulung kami pernah dapat nombor empat dua tahun lepas dan top ten tahun lepas, tapi Alhamdulillah pada kali ini Mizah berjaya merangkul tempat kedua dan secara  automatik terpilih mewakili sekolah ke peringkat Cross Country Interschool Jumaat depan di Long Bay Primary School. Apa yang aku nak kongsikan di sini ialah kita orang Malaysia sebenarnya hebat, namun keyakinan diri belum cukup kuat untuk bersaing di persada dunia. Kita masih takut-takut untuk meluahkan pendapat sebabnya sistem pendidikan kita sebenarnya agak tertutup.  Guru hanya memberikan kredit pada mereka yang memberikan jawapan@hujah yang betul, maka pelajar yang lemah akan takut atau kurang keyakinan untuk memberikan pendapat mereka, takut diejek rakan atau dimarahi guru, maka lahirlah bangsa yang takut serba serbinya (tapi kadangkala murid pun suka bagi jawapan loyar buruk, mana ler cikgu tak marah..hehe)... wallahualam, sekadar pendapat peribadi aku dan pengalaman aku sebagai seorang guru. Sistem exam oriented juga sebenarnya mengekang kemahiran ekplorasi pelajar-pelajar terhadap dunia luar, mereka terpaksa lebih banyak terikat dengan buku atas alasan untuk menghadapi peperiksaan.


Pagi-pagi dah membebel aku ni, hehe. Oklah, taknak bebel banyak-banyak lagi dah jadi kita layan ler dulu gambar-gambar semasa cross country hari tu....




Mizah akan bertanding ke peringkat seterusnya pada 8 Jun ini.. moga-moga beliau berjaya mengharumkan nama sekolah dan negara Malaysia... Insya Allah.






Cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar bolehlah duduk dengan sopan macam ni sebab cuaca sejuk, cuba kalau di Malaysia tak sampai sepuluh minit dah rentung..hehe





Antara barisan para guru.





Merentas Desa terakhir mereka di Oteha Valley School... :(





Budak ni memang manja..:)





Anak istimewa....





Azi lari pun boleh tahan laju... cuma dia banyak main sikit....hehe





Anis ni memang suka tersenyum.. nak lari pun boleh senyum lagi..



Apa juga ler yang dibisikkan dua beranak tu ye... agak-agak siapa terror buat dialog mereka?



Akhirnya nombor dua dalam genggaman.



Alhamdulillah, tahniah Mizah dan juga anak-anak ibu sebab berjaya menghabiskan larian.. agaknya kalau ibu dengan abah sure dah pancit..hehe

(Lihatlah, ramai pemenang dalam kalangan orang ASIA... )



Orang sibuk berlari aku sibuk duk skodeng...

Kalau nak baca kisah mereka di cross country yang lepas... silalah dengan hormatnya klik:

http://radinsah.blogspot.co.nz/2011/06/sekencang-angin.html dan

http://radinsah.blogspot.co.nz/2010/05/berlari-dalam-kedinginan.html