Jom Merempit Di Sini....

Salam buat semua,

Ni entri khas buat Mat Rempit di Malaysia... Kalau anda rasa dah cukup terror merempit di taman perumahan sambil menganggu jiran tetangga... bolehlah anda try skill anda kat jalan ni....



Best kan jalan ni... boleh lipat baring punya.... baru masyuk!!! Kalau taknak pakai helmet pun OK, polis bukannya ada, takde kerja diaorang nak lepak kat tepi tu nak saman orang.

OK, trek pun tak panjang sangat, cuma beberapa km jer. Mana-mana part jalan lurus tu...sempat ler kalau korang nak drift ker apa2 ker. Nak lagi best takyah guna brek kat motor tu...guna brek kaki ala-ala basikal fixie pun ok...hehehehe.

Cuba tengok map kat bawah... dari mula sampai abis, kan best jalan ni :).



Kalau tak percaa apa yang kitaorang cakap, layan video ni pulak....

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=B_DEvAh0yV8&feature=endscreen&NR=1[/youtube]

Tu diaaaa... tak pasal2 pulak mat rempit jadi mangsa dalam entri ni...hehehe.  Tapi betul lah kan, kalau dah rasa cukup terror, baik try kat sini, dari menganggu ketenteraman awam.

Mungkin ada yang pelik, macam mana ler pula entri ni boleh termuncul dalam blog ni... hehehe. Sebenarnya kami dalam perancangan untuk membuat lawatan ke Queenstown pada bulan depan. Kami pernah ke sini dulu sebagai salah satu destinasi persinggahan semasa percutian ke South Island NZ lebih kurang satu tahun lepas.

Cuma kali ini percutian sangat pendek, hanya tiga hari dan perancangannya trip hanya dari Queenstown-Lake Tekapo-Queenstown.

Bila kami merancang trip ini, fikiran kami tidak lepas dari memikirkan jalan Crown Range Road ni. Rasanya mengigil kepala lutut masa melalui jalan ini setahun yang lalu masih lagi terasa.... Dalam perancangan kami ini, laluan ini adalah salah satu yang terpaksaaaaaa..... dilalui. Ya Allah...semoga segalanya selamat.

Tidak cukup dengan itu, dulu kami gunakan van masa trip yang lepas. Untuk trip kali ini.... insya'Allah kami akan gunakan yang ini....

v


v


v


v


v





Tujuh meter panjang tuuuu.... Inilah "caravan", pengangkutan dan penginapan kami nanti.



 

Bila membayangkan melalui jalan tersebut dengan caravan ni... berpeluh kejap dahi. Mohon doa semua.... agar perjalanan kami lancar dan selamat disamping menghayati keindahaan ciptaan Allah. Kat bawah ni adalah video iklan caravan tersebut...

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=Yqj_VAhSwJI[/youtube]

Jom layan gambar-gambar (pastinya gambar kepunyaan orang lain), menunjukkan kecantikan ciptaan Allah di bumi Queenstown, LakeWanaka, Lake Tekapo and Mt. Cook.







Akhir sekali.... mohon doa pembaca semua agar perjalanan kami lancar dan tiada masalah. Harap-harap waktu winter yang akan ditempuhi ketika percutiaan tersebut tidak membantutkan percutian ini. Buat mat rempit di luar sana, moga anda semua tidak membazirkan kemahiran yang ada. Salurkanlah ke tempat sepatutnya dengan kaedah yang betul. Mungkin anda akan mengharumkan nama negara satu hari nanti.

Entri Sambungan: Teratai Tegak

Salam buat semua,

Aci tak kalau buat entri macam ni... nampak benor mengelatnya... hehehe. Insya'Allah kami akan kembali buat entri yang serius dan berat selepas ni. Sempena entri kontot ni, kami cuma nak sambung entri Wordless Wednesday semalam. Masih lagi tentang teratai. Kalau semalam gambar senget, hari ni gambar tegak pula. Jom layan gambar yang sekeping ni.



p/s; Agen rumah nak datang check rumah minggu depan... tu yang kelam kabut duk kemas rumah... adeiiiiii

Wordless Wednesday: Teratai Senget

Chef Wan Buat Silap di NZ

Salam buat semua,

Pertamanya thanks pada semua atas ucapan hari guru dan juga ulang tahun kami. Maaf dipohon pada semua kerana kesibukan mengemas barang membataskan kami untuk membalas komen dan juga membuat blogwalking. Namun, dikesibukan ini, kami cuba juga untuk update blog ini sebelum ianya bersawang...hehehe

Sekarang ni dah pun penghujung musim luruh, cuaca semakin sejuk dan siang semakin pendek. Hujan pula hampir hari-hari membasahi bumi Albany ni. Musim luruh ni memang cantik kalau ambil gambar pokok. Sebabnya ada sebahagian pokok yang daunnya akan bertukar kepada warna kuning atau merah dan akhirnya daun tersebut akan gugur menandakan musim sejuk kian menghampiri.

Namun hasrat kami untuk mengambil gambar sebegini terbantut dek kerana hujan dan angin kuat berlaku hampir sepanjang masa pada waktu ini. Bila hujan dan ribut reda... maka semakin togel ler pokok tersebut dan dah tak jadi cantik...hehehe.



Gambar ni diambil oleh Akak Mizah, masa dia main snap2 kamera di depan rumah sekitar dua minggu lepas. Sekarang daun yang tinggal boleh dikira dengan jari jer.


OK, balik semula ke tajuk entri... (punyalah panjang mukadimah..hehe). Hari ni seperti biasa kami hantar anak-anak ke sekolah. Sebelum masuk kereta, kami terpandang kesuburan pokok kesum di rumah ni... Tu dia, makin sejuk, makin merimbun dia. Terus kami teringat masa Chef Wan buat show keluar kat TV NZ ni satu masa dulu. Baik jer dia punya kutuk NZ sebab takde pokok kesum.... Masa tu punyalah ramai orang Malaysia yang tak puas hati. Ada ke patut dia kata kat sini takde daun kesum. Kalau dia nak, berpasu-pasu kami boleh hantar...hehehehe. Ni bukti pokok kesum di sebelah dan belakang rumah kami....





Buat Chef Wan, next time datang NZ calling2 kami dulu ek...hehehe


Apa-apa hal pun, kami tetap berbangga dengan Chef Wan yang terus mengharumkan nama negara di merata dunia. Untuk yang rajin melayan program Chef Wan, boleh meluncurrrr di sini untuk saksikan program beliau di NZ (kes daun kesum takde di NZ ada kat minit 13.10). Seronok jugak tengok Chef Wan mengenakan orang-orang NZ kat show dia tu...heheh.

Gambar kaki....



Akak Mizah dan Anis berlawan, siapa banyak keluar asap dari mulut... nasib baik dua-dua dah gosok gigi, kalau tak boleh pengsan tukang ambil gambar :)

Sekadar Merancang

Salam buat semua.


Dulu, semasa tahun pertama aku tinggal di bumi New Zealand ni, masa tu cik hubby belum beli kamera DSLR. Jadi kerjaku pada masa itu ialah duk layan puisi. Aku memang minat berpuisi sedari dulu, malah aku masih ingat kata-kata arwah abah  semasa aku di tingkatan tiga"Along lepas ni pergi aliran sastera je, tak payah pergi aliran Sains sebab abah nampak bakat Along boleh pergi jauh kalau Along masuk aliran Sastera". Tapi biasalah masa tu mudah terpengaruh dengan kawan-kawan, bila kawan-kawan dapat masuk asrama penuh aku pun naklah juga ikut jejak mereka.. jadi abah pun terpaksalah akur dengan kehendak aku untuk masuk MRSM Jasin.


Bila aku dah besar dan berkerjaya, kadang-kadang terfikir juga, andailah aku ikut kata arwah abah dulu.. apalah kerjaya aku sekarang ye, mungkin penulis tersohor kot (sesekali berangan)..hehe. Bila kami dah ada kamera DSLR ni, masalah lain pulak timbul, kalau dulu aku suka mengarang tapi sekarang nak menulis serangkap pantun@sajak pun susah. Masa senggang aku habiskan duk layan gambar-gambar di internet, kadang-kadang rasa tertekan juga sebabnya otakku dah berkarat nak mengarang sajak... adeiiiiii.


Ada juga rasa macam nak bersara dalam dunia fotografi ni (biarpun tak mahir mana), biar cik hubby sahaja yang fokus so aku bolehlah fokus untuk berpuisi, tapi bila mengenangkan sudah beribu-ribu ringgit kami habiskan untuk gadget kamera rasa rugi pula kalau tak digunakan sepenuhnya. Kemudian ada juga niat macam nak sambung belajar lepas ni... adoiiiiiii, macam-macam yang aku rancang... nanti jadi cikgu ke mana, fotografi ke mana, sajak ke mana, keluarga ke mana.. hahahaha. Apa pendapat anda?


Entahlah, apa-apapun perkara pertama yang perlu aku fikirkan ialah nak bina balik skil mengajar aku. Maklumlah bila dah lama sangat bercuti, nak bercakap depan anak murid pun ketor lutut ni...hahaha. Sebelum aku berhenti membebel, jom layan gambar yang sempat kami rakam di Muriwai.... layannnnnnnnn.










 

 

Setitis Keringat Selautan Jasa

Salam buat semua.

Hari ini merupakan hari yang paling bermakna buat guru-guru di Malaysia. Mereka diraikan dan pasti tak menang tangan menerima hadiah daripada anak murid. Namun jauh di sudut hatiku, hati ini tersentuh... lantaran guru yang paling banyak berjasa buatku telah lama dijemput Ilahi. Al-Fatihah buat Cikgu Muhammadon bin Juhari, andai dirimu masih hidup pasti kaulah insan pertama yang akan aku hubungi untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buatmu,  pasti kaulah insan pertama yang menjadi sumber rujukan yang yang utama buatku dalam menempuh cabaran dalam dunia pendidikan, dan pasti kaulah insan yang paling bahagia pada hari ini kerana pelbagai acara telah dirancang untuk meraikanmu di sekolah. Moga abah damai di 'sana'.




Abah duduk di tengah.



Buat semua guru-guruku yang pernah mengajarku tak kira secara formal atau tak formal, terima kasih seikhlas hati atas budi yang kalian taburi. Buat rakan seangkatan, Selamat Hari Guru diucapkan.. moga perjuangan dan semangat kita dalam mendidik anak bangsa terus membara dan tidak pernah padam.. Insya Allah. Ku tulis madah yang bernama puisi buat semua guru-guru di luar sana...




Antara rakan-rakan seperjuanganku dalam dunia pendidikan.



 

Mungkinkah Setaraf Antarabangsa...

Salam buat semua,

Syabas anak Malaysia... akhirnya Proton melancarkan kereta keluaran terbarunya, "Proton Preve - Kereta Global Pertama". Kami di sini turut bangga dengan pelancaran kereta tersebut. Lawa juga designnya dan juga ramai anak muda yang teruja untuk memiliki kereta ini.

Mulanya kami agak keliru sedikit dengan maksud "Kereta Global Pertama" tu. Namun, bila baca tentang pelancaran kereta ni di Berita Harian, kenyataan ini menjelaskan maksud "Kereta Global Pertama" tu....
Najib berkata, keupayaan untuk mengeluarkan sebuah kereta yang global adalah suatu mercu tanda kejayaan yang amat penting kepada Proton kerana untuk mencapai tahap piawaian dan standard antarabangsa terbabit, ketelitian dan fokus kepada aspek kualiti tidak boleh dipandang ringan.

Kami harap ianya menjawab kritikan samada dari masyarakat tempatan ataupun antarabangsa tentang kemampuan Proton. Terutama komen dari Mat Salleh hidung tinggi yang bongkak ni.... (dari web site Top Gear)
We don’t know what Malaysian motorists did to upset the gods, but it must have been something pretty serious, judging by the punishment they seem to be getting. Still, at least the domestic audience thinks this stuff is the norm – what on earth do they think they’re doing bringing it to the UK? Walk away.

OK, kembali kepada topik... Bila dah keluar kereta baru ni, apa lagi jom kita berfikir secara lebih kritikal.... kalau kereta terbaru ini mencapai tahap global, adakah kereta Proton yang kita guna sebelum ini terlalu teruk? Ciri keselamatan kereta dan sebagainya...  Rasanya  mereka yang masih menggunakan Proton @ pernah menggunakan  (termasuk kami) tahu kualiti kereta Proton.

Namun itu sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Manakan mungkin dapat memberi harga yang rendah tetapi mahukan kualiti yang baik....

Gambar terselit...



Rindu sungguh kami kepada kenderaan kami dahulu... banyak sungguh jasanya.



p/s:

Malam kelmarin, sekitar jam 11.45 malam, al-kisahnya cik abang teringat ada barang yang tertinggal di dalam kereta. Dia keluar, tapi kemudian tergesa-gesa masuk ke rumah. Ingatkan kenapa, rupa-rupanya dia kata ada fenomena Halo Moon. Ini adalah kali kedua kami saksikan Halo Moon di NZ. Kali pertama dulu cuma saksikan dengan mata sahaja tanpa dirakam. Sebenarnya waktu tu tak tau pun tu Halo Moon...hehehe, esoknya bila keluar news baru tau.

Nak tahu tentang Halo Moon ni, boleh baca arkib Berita Harian ni.

Inilah hasil tak seberapa yang dapat diambil malam kelmarin. Kami guna mode auto jer, sebab ianya berlaku terlalu cepat dan ditambah lagi awan begitu pantas menutup kembali bulan. Tak sempat nak buat setting-setting yang advance kat kamera tu....



 

 

Astrography? Apa pulak tu....

Salam buat semua,

Tahukah anda (baca ala-ala hari ini dalam sejarah..hehehe) bahawa bulan dikatakan 14% lebih besar and 30% lebih cerah pada hari semalam? Kami pun tak pasti, tapi menurut mereka yang pakar, itulah yang berlaku. Kalau rajin boleh layan youtube dari NASA ni...

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=nk5gQ6zEz4M[/youtube]

Kami sekeluarga pun memang minat melihat bulan serta bintang dilangit. Banyak juga persoalan yang diajukan oleh anak-anak mengenainya, ada yang kami mampu jawab. Tapi bila dah tak mampu nak jawab...kami suruh mereka google dan terangkan kembali pada kami...hehehe.

Semalam juga kami berdua tanpa anak-anak yang ditinggalkan di rumah, mencuba nasib memacak tripod untuk mengambil gambar bulan yang dikatakan lebih besar dan juga lebih cerah ni. Hajatnya hendak mengambil bulan terbit, iaitu sekitar 10 minit sebelum waktu maghrib kat sini. Namun...apakan daya, awan teramat tebal menyebabkan hasrat kami tidak tercapai.

Namun kami tetap bersyukur. Walaupun kami gagal semalam, dua hari sebelumnya kami berjaya merakam gambar bulan walaupun ianya tidak mengembang penuh. Anak-anak sangat gembira kerana dapat mengambil gambar bulan tersebut. Lihatlah aksi Azi dan juga Anis.... gambar Akak Mizah tak diambil sebab lepas dia mengambil gambar, terus kena basuh pinggan..hehehe (kejam betul mak bapak dia).



I want to be an astronaut... kata Azi





Ibu... I want to go to the moon..pleaaaaasssseeeee (adeiiiii)





Inilah hasil dari kamera kami.......



Harap-harap satu hari nanti kami dapat memiliki teleskop untuk menikmati keindahan alam di luar sana, dan mana tau ada rezeki dapat ambil gambar di luar jangkauan mata kasar....


sumber: http://soldersmoke.blogspot.co.nz/2011/11/backyard-solar-astronomy.html


Horsehead Ha LLRGB450 120 120 120 110 120


Sumber: http://www.pbase.com/gregbradley/image/108303578


p/s - untuk mereka yang minat dengan astrography, mungkin website ini berguna untuk bantu setting camera anda.

Word(not)less Wednesday: Mari Meramal Cuaca

Salam buat semua,

Cuaca dah semakin sejuk... malam tadi 6 celsius, musim luruh dah mula menghampiri pertengahan musim dan tak lama lagi hadirlah musim dingin...

Bertemakan cuaca, jom lihat batu yang boleh meramal cuaca (beserta model batu..hehehe)


STONE IS WET – raining


(BATU BASAH - hujan)


STONE IS DRY - not raining


(BATU KERING – tidak hujan)


STONE CASTS SHADOW – sunny


(BATU MENGHASILKAN BAYANG-BAYANG  - cuaca cerah)


WHITE ON TOP - frosty


(PUTIH DI ATAS BATU – ais)


CAN'T SEE STONE - foggy


(BATU TIDAK KELIHATAN - berkabus)


SWINGING STONE - very windy


(BATU BERHAYUN – sangat berangin)


BOTTOM OF STONE WET - very high tide


(BAWAH BATU BASAH – air pasang besar)


STONE SPINNING OR GONE - tornado


(BATU BERPUSING-PUSING ATAU HILANG – ribut taufan)



p/s - macam tak betul jer translation ni..hehehe

Di Luar Sana

Salam buat semua.

Malam tadi disebabkan terlalu penat, maka selepas solat Isyak (pukul 7 petang) aku terus terlena, sepanjang hari aku mengemas rumah jadi tak sempat nak menonton tv. Pagi tadi rakanku ada menyatakan bahawa berita TV1 NZ  malam semalam ada mengeluarkan kisah tentang demonstrasi BERSIH di KL,  dan orang yang di'interview' oleh pemberita menyatakan perkara yg boleh menyebabkan interpretasi buruk tentang negara... wallahualam.

Aku tidak ingin mencoretkan tentang dunia politik di sini, sebab bagi aku masing-masing ada hujah sendiri, tapi aku nak tepek sajak yang pernah aku tulis dahulu untuk dihayati oleh semua, dan sebenarnya apa yg aku nak cakap "Bersyukurlah kita bukan seperti insan yang aku gambarkan dalam sajak ini, masih boleh makan dengan aman, tiada bunyi mortar yang menakutkan dan masih boleh menunaikan kewajipan sebagai umat Islam tanpa gangguan".




Disaat malam mula menjengah



sendirian aku melihat ke luar jendela


ku lihat derita di luar sana


ku dengar tangisan disebalik ketakutan


Termenung aku sejenak mencari erti


Pada sebuah hakikat kehidupan


Pada sebuah hakikat kedamaian


Hatiku diruntun sebak


Ku lihat kesengsaraan saudara di sana


Ku lihat kesakitan meraung hiba


Lantaran rakusnya zionis merentap nyawa


Ibarat malaikat maut lagaknya


Di hujung bazooka bagaikan mainan



Lihatlah dunia!


Bangsa mati kebuluran


Tanah bermandi darah dan sengketa


Ke mana keamanan!


Ke mana keabadian!


Ke mana kemanusiaan!


Ke mana keinsafan!


Ke mana keprihatinan!


Ke mana kesedihan!


Ke mana semuanya!


Hanya Dia yang tahu



Mengapa...


Nyawa ibarat berharga tiada


Tangisan si kecil tiada diendah


Meratap sepi simpati dicari


Andai ada sekelumit belas


Andai ada secebis harapan


Pada insan bernama MANUSIA



Namun...


Terkulai si anak di pangkuan keluarga


Menangis si suami kehilangan isteri


Retorik kosong PBB janjikan...


Senyuman sinis kau lemparkan


Sengsara umat mengerti tiada


Hanya si anak menanggung pasti..


Sakit derita nyanyian abadi


Andai ada ruang harapan


Moga damai menjengah tiba.



Ya Allah,


Sujud kami penuh sesalan


Sujud kami mohon keampunan


Sujud kami mohon diperkenan


Sujud kami penuh impian


"Kau selamatkanlah saudara kami di Palestin sana...aminnn."



~nida~