Apa?? Piala Dunia Rugbi!!!!!

Amboi... amboi... amboi, ni sejak bila pandai berugbi pulak ni???? Hahahaha, ye aku sedang kemaruk tengok rugbi laaa ni. Bukan sebab nak tengok badan sasa mereka (macam superman gitu, ada 6 packs lagi) tapi sebab aku dah terduduk di negara New Zealand ni maka nak tak nak terpaksa minat (tapi aku minat dengan ikhlas tau.. ngehngehngeh).

Kalau nak tahu sekarang ni di New Zealand sedang berlangsungnya Piala Dunia Rugbi (dunia ye bukan peringkat daerah ataupun mukim), jadi sempena piala dunia ni kami anak beranak tak mahu lepaskan peluang untuk menyaksikan secara live permainan ini (ini kali kedua aku menonton rugbi secara live). Hajat di hati mestilah nak tengok All Blacks beraksi, namun apakan daya tiket terlalu mahal yang amat.. so tengoklah perlawanan antara South Africa atau dikenali sebagai Springboks (antara pasukan terkuat dunia) menentang team dari Namibia. Tapi yang memusykilkan aku, bukankah negara Afrika dan Namibia tu ramai yang berkulit hitam? Tapi awat pemain-pemainnya 99% berkulit putih? (berapa banyak tanda soal daaaa).

Memang syok bangat ler jadi penonton dalam acara dunia begini, penyokong semuanya sporting paling syok bila part buat Mexican Waving... fuhhhhhh, memang gamatlah stadium tu. Kemudian, dah macam-macam rupa orang pun dapat ku lihat... ada yang berconteng muka, ada yang guna baldi sebagai helmet, ada yang berambut palsu ala-ala warna bendera yang disokong dan macam-macam lagilah.... nak tergelak pun ada tengok rupa mereka (macam joker...kahkahkah).

Apa-apapun jom layan gambar yang sempat kami snap ni, ops! Lupa nak habaq, South Africa menang menentang Namibia.


Anak-anak yang tak sabar-sabar nak pi stadium (dekat je dengan rumah.. jalan kaki pun boleh)

Depan stadium.

Salah satu budaya di sini, tarian dan tiupan (ntah apa benda nama alat tu) oleh orang Moari... Auwwww seksi gitewwwww.

Pasukan South Africa dan Namibia


Tu dia..

Mexican Waving.

Syok tengok rugbi ni.. sebenarnya taklah ganas mana.

Akak Azi dengan penyokong Namibia.

Saat mencemaskan, South Africa cuba buat try.

Syoknya kalau dapat kamera macam depa...:)

Kami yang tak sokong mana-mana (All Blacks je dalam hati...hehe)


Jom layan video HAKA oleh All Blacks pulak...




p/s: Kalau ditanya siapa pemain rugbi yang aku minat... jawapannya ialah Richie Mccaw dan Sonny Bill William.. gantang you...hahahahahahaha.

Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Warna Warni Kehidupan - Spring Time!!!!

Pada saat orang-orang di Malaysia sedang sibuk menghadiri rumah terbuka, kami pula sibuk duk tengok bunga-bunga yang sedang mekar.. yesss!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! akhirnya musim bunga sudah tiba.

Kejadian berlaku di Auckland Botanic Garden (10 September 2011), tapikan ada satu insiden tu yang buat aku geram sesangat (geram sokmo aku ni... hehe), ye ler mana tak geramnya, ada ler seorang minah salleh tu (dalam 40an kot) bawa tiga ekor anjing bersamanya... pastu kami ni punyalah baik hati bagi laluan pada dia (sebenarnya takut anjing pun ye), pastu yang buat aku hot boleh ke dia kata dengan nada ala-ala perli "Oh! My god, these stupid people afraid of dog.. ". Nasib baik aku dengar sipi-sipi, anak aku yang di belakang ler duk ngadu apa yang minah tu cakap sepenuhnya. Kata cik hubby "Nasib baik abah tak berapa dengar, kalau tak nak juga patah balik"..... hahaha, garang juga laki aku ni ek.

Kadang-kadang duduk negara asing ni memang sangat-sangat menguji kesabaran, maklumlah dunia yang asing bagi kita... so segalanya kalau boleh terpaksa akur walaupun kadangkala hati memberontak, contohnya baru-baru ni sedang aku memandu kereta sendirian ada ler remaja ni nak menyelit depan aku, tapi aku tak perasan.. pastu boleh dia buka tingkap dan jerit "You fucking bitch!"... mak oiii, masa tu rasa nak je keluar tampar muka seorang-seorang, dah ler masa tu jalan tengah sesak, mesti ramai yang dengar. 

Tarik nafas panjang aku dengan insiden tu. Satu lagi kejadian pada tahun lepas, ketika traffic light sedang merah, ada ler satu kereta ni pecut dengan laju untuk belok ke kanan dan semasa mereka nak membelok sempat lagi orang-orang yang otaknya letak di lutut ni baling telur kat kereta kami, rasanya ada dalam tiga biji kot, nasib baik telur kalau bom tak ke naya. Memang ler kalau ikut hati rasa macam nak kejar jer kereta tu, tapi bila difikirkan semula, hati terus berkata "takpelah kami ni hanya menumpang di negara orang"... mood sedih ler pulok... :).

Aik.. apa daaaaaa aku membebel ni, tajuk lain isi karangan lain....hahaha... Oklah berbalik pada tajuk di atas, meh ler layan gambar kami di taman bunga ni.... zassssssssssssssss.

Daunnya takde.. bunga semata-mata.


Kelopak bunga yang berguguran, wangi sangat kat sini (ada macam aksi hindustan tak..ahakssss)

Ni bukan bunga BERSIH ye.


Sama warna dengan tudung aku :)


Kami (cik hubby ni payah sikit nak bergambar dengan bunga, taknak jadi Mat Bunga katanya... hahaha)

Baunya macam bunga kemboja

Pink kaler.

Poyos... wakakakaka



Inilah coretan anak rantau untuk dikongsi bersama, tentang warna-warni kehidupan yang dilalui di sini. Tidak semuanya indah dan tidak semuanya sedih.... apa-apapun kehidupan perlu diteruskan.. Insya Allah.




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Dalam Dingin Subuh Hatiku Terusik

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis airmata
Terbayang suasana permai desa


Aduh, sungguh menikam jiwa lagu ini. Bila mendengarnya pasti rasa macam nak jerit atas bukit je "Wahai orang kampung, aku rindu nak balik Malaysia ler oiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!". Tapi kalau sekadar jerit kemudian tekak aku yang sakit nak buat apa? Jadi kesimpulannya baik ler aku tak jerit dan terima je ler nasib beraya di perantauan dan Insya Allah kalau segalanya lancar Insya Allah tahun ini tahun terakhir kami beraya di sini.... doa-doakanlah segalanya lancar di sini  ye kawan-kawan.

Kalau nak tahu pada tahun ini bermacam-macam perasaan yang aku rasa tatkala 1 Syawal tiba, perasaan yang belum pernah aku rasa sebelum ini (hahahaha... poyos sungguh ayat aku), perasaan pertama ialah aku sedih dan geram sebab dikala kami semua masih berpuasa, adik-adik aku boleh makan depan aku dalam skype sebabnya Malaysia raya awal sehari dari kami, perasaan kedua aku kesian melihat anak-anak sebab pakai baju recycle tahun lepas dan tak dapat kumpul duit raya (Alhamdulillah Mizah puasa penuh buat kesekian kalinya dan Azi buang sehari juga buat kesekian kalinya seperti tahun lepas), 


Perasaan ketiga ialah gembira sebab dah dua kali beraya di perantauan dan aku rasa tahun ni paling best sebab raya sakan jugalah kami di sini, dan perasaan terakhir ialah sedih sebab lepas ni tak tahu lagi mungkinkan kami semua akan bersua lagi dengan adik beradik lain mak dan ayah kami yang sama-sama jauh di perantauan ini kerana ramai diantara kami yang masuk tahun terakhir di perantauan ini dan Insya Allah pada tahun depan masing-masing akan balik ke negeri masing-masing. Jadi kemungkinan untuk berjumpa adalah sangat tipis (hendak seribu daya taknak seribu dalih betul tak?).

Jeles juga aku tengok orang tepek gambar raya dalam blog masing-masing, so aku pun nak ler tepek juga... layan je ler ye...

Kami...♥♥♥

Wajah-wajah ceria di perantauan

Dah macam kat Malaysia juga... mat dan minah Salleh semua duk mengintai dari tingkap sebab pelik tengok kami..hahahah

Tengoklah wajah anak-anakku.. ceria sokmo.

Ala-ala open house di rumahku.

Inilah gambar keluarga tersayangku di tanah air pada 1 Syawal baru-baru ini..

(copy paste dari blog adikku FairullahGambar nie pada hari raya pertama lepas sembahyang raya... tak cukup korum tanpa ketiadaan keluarga Faizzuan yang balik ke rumah mertua di Selangor, Kak Long Sekeluarga yang berada di New Zealand dan Fazdli yang sedang belayar.. masa nie dia di Vietnam .. ermm harap2 tahun depan kita dapat kumpul complete semua....)





Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut