Buat Semua Rakan Alam Nyata Mahupun Maya.. Terimalah

Sudilah kiranya pembaca sekelian mengambil kad ini dari kami... semoga ukhuwah yang dibina ini terus harum kekal berpanjangan.. Insya Allah




Buat bonda Rohani binti Ibrahim... ku susun madah yang bernama puisi khas buatmu yang tersayang...



(.....hayatilah bait yang ku tinta ini.....)

Tertinta madah bernama puisi
Khas ku tujukan buat bonda yang dicintai
Dengarlah bonda suara hati ini
Dalam tulisan ku coret kini.



Koleksi Kad Raya Dari Teman Bloggers:










Seribu Kali Maaf

Dalam keadaan internet sudah semakin lambat dan internet ni agak "mengong" dua tiga hari ni, dah macam biskut kejap ada kejap takde... (nasib baik bulan puasa. kalau tak habis dah modem tu aku makan), aku nak mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata sama ada secara sengaja atau pun tidak buat semua rakan-rakan sama ada di alam nyata atau maya ini.

Buat rakan-rakan di Malaysia, andai makan lemang atau ketupat atau lepat atau burasak atau lontong atau segala jenis makanan (yang tiada di NZ ni) yang agak-agak boleh membuatkan aku rasa nak terbang balik ke Malaysia tu, ingat-ingatlah kami di Albany, Auckland ni ye..... :(.

Buat saudara-maraku dengarlah ucapan khas dari kami untuk kalian....

"uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... nak balik! nak balik! takde ke yg nak sponsor ke sedekah ke kat kami tambang flight?..... uwaaaaaaa"

Terkenang semasa dulu...


Persiapan Menyambut Syawal


Ingatan Buat Yang Tiada


Riang Ria Di AidilFitri


Keluarga Bahagia Di Hari Raya


Kemaafan Dendam Yang Terindah


One Big Family





Kad ini ku tujukan khas buat semua rakan-rakan blogger sekelian alam semesta..:)






Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Kontest Menang Duit Raya



STICKY POST UNTIL 25 OGOS 2011

Klik header di atas untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://puanbee.com/

 

Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Buat Bee ku ingin berkenalan
Meramaikan lagi sahabat dan teman
Bertukar pendapat dan juga pandangan.

Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Hadiahnya banyak yang Bee pertaruhkan.

Entriku ku gubah madah selingan
Harap-harap buat Bee tertawan
Doaku moga beroleh kemenangan
Buat keluarga rezeki ku perjuangkan.


http://puanbee.com/ url blognya
Pelbagai kisah turut dikongsinya
Bisnes, contest, kehidupan dan pelbagai lagi yang ada.

KSRS misi utamanya
Kelab Suri Rumah Sedunia nama panjangnya
Peramah dan suka berkawan sifat dan sikapnya
Anak dan suami penyeri hidupnya.


Bila sudah kenal dengan penganjurnya
Kita beralih pada peraturannya
Ikut sahaja garis panduannya
Tidaklah sukar untuk laksanakannya.


Bermacam-macam jenis hadiahnya 
Ramai pula bilangan penajanya
Kita lihat bagaimana penentuan pemenangnya
Pelbagai cara untuk memilihnya.


Produk VCO terhangat di pasaran
Banyak kelebihan dan juga kegunaannya
Makanan tambahan yang perlu didapatkan
Diiktiraf sebagai minyak yang paling sihat di dunia. 









Lihatlah sahaja kelebihan VCO yang ada
100% menggunakan bahan semulajadi
Sesuai untuk lelaki dan wanita
Kebaikan dan khasiatnya kini terbukti.


 Ku sertakan sekali harga pasaran
Dalam bentuk kapsul ia dipasarkan
Di http://puanbee.com/ boleh didapatkan
Ayuh ke sana sila-silakan.


Andai semua ingin menghubunginya
Zaman sekarang senang sahaja
Tempahan boleh dibuat dimana jua
Dengan SMS mudah tentunya.


Carian Hangat :

Post Lain Yang Berkaitan :


Sekian sahaja entriku ini
Buat Bee ikhlas di hati
Doa ku titip dari lubuk hati
Moga Bee dilimpahkan rezeki..

Rajin berusaha tangga kejayaan
Tabah dan sabar hadapi cabaran
Jangan mengalah dalam perjuangan
Teruslah melangkah maju ke depan..

Andai ujian datang bertamu
Dan kepayahan datang menganggu
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Jangan gelabah dan sedih dikalbu..

Doa kami sahabat mayamu
Agar terus maju selalu
Keluarga pemangkin pembakar semangatmu
Susah dan senang sentiasa bersatu...:)