Sepuluh Hari Bagaikan Sesaat

uwaaaaaaa... kenapa masa berjalan begitu pantas, rasa sekejap sangat mak datang sini...tuptup dah balik Malaysia. Tak puas rasanya nak beronggeng dan bergossip bersama.

Perjalanan ibuku dan adikku sekeluarga ke bumi New Zealand ini penuh dengan dugaan. Sepatutnya ketibaan mereka ke Christchurch pada 12 Jun (sebab naik Air Asia tu yg kena ke Chch dulu) disambut oleh cik hubby, namun takdir telah menentukan segala, penerbangan Jetstar dari Auckland ke Chch (singkatan Christchurch) yang sepatutnya dinaiki oleh cik hubby dibatalkan atas sebab debu gunung berapi... ayoyo... 

Sesampai sahaja mereka di Chch, keluargaku itu terus menelefon cik hubby bertanyakan dimana cik hubby sebab puas mereka cari tak jumpa... adeiiiii, kasihan sungguh mereka.. Alhamdulillah nasib baik keluarga Sabariah dan Hanef (pelajar PhD di Chch) sudah sedia menanti menyambut kehadiran mereka di airport Chch... terima kasih Saba dan Hanef keluarga.

Keesokan harinya Hanef sempat membawa ibu dan adikku sekeluarga berjalan di sekitar Chch, ketika mereka berada di bandar Chch satu gempa bumi telah melanda (6.0 scala Richter)... ya Allah apabila berita ini sampai ke pengetahuan kami, betapa risaunya aku akan keadaan mereka di sana... namun apabila Sabariah menyatakan bahawa mereka selamat, aku sedikit menarik nafas lega. Menurut ibuku mereka berpelukan sesama sendiri kerana ketakutan dan menurut mereka lagi, kereta di atas jalan ibarat bola yang sedang melantun.... Ya Allah, betapa besarnya kuasaMu.

Kami diuji lagi dengan dugaan, sepatutnya penerbangan ibuku dijadualkan pukul 6.30 petang (menaiki Jetstar), namun pada pukul 3.30 petang, kami dimaklumkan bahawa penerbangan Jetstar pada hari tersebut semuanya batal.... hmmmmm, terkedu kami sebentar.

Alhamdulillah, kerana aku ada sedikit simpanan (hasil menjadi babysitter di sini), kami gunakan duit itu untuk membeli tiket Air New Zealand yang berkali-kali ganda mahalnya berbanding tambang Jetstar, bayangkan harga tiket Jetstar bagi 3 dewasa + 1 kanak-kanak baru $250 tapi harga bagi Air New Zealand ialah $1500 sehala!!!!!!. Bagiku duit boleh dicari, tapi usaha mereka untuk sampai ke New Zealand ini adalah lebih utama, biarlah percutian mereka dipenuhi dengan kenangan-kenangan manis di sini.

Alhamdulillah, mereka selamat sampai ke Auckland pada 14 Jun, dan hanya beberapa jam mereka sempat berehat kami terus membawa mereka berjalan ke Hamilton (terpaksa mengikut perancangan yang telah diatur). Terima kasih buat Azila dan Jamli sekeluarga kerana sudi menumpangkan kami tidur. Alhamdulillah cuaca sangat elok ketika mereka berada di sini, dan perjalanan mereka kembali ke tanah air juga berjalan dengan lancar....

Inilah hikmah di sebalik semua yang berlaku...Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. " ALLAH berikan kita kesusahan dan rintangan sebab DIA nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha....

Kami di Waitomo Caves

 Kami di Kiwi 360

Kami di Hamilton Garden 

Kami di Huka Falls 

Kami di Lake Taupo 

Kami di Wai O Tapu

Kami di Blue Lake

Kami di Redwood Forest

Kami di Skyline Rotorua

Kami di Shakespear Regional Park

Kami di Sartors

Kami di Auckland Museum

Kami di Hot Water Beach

Kami di Huntly

Kami di Karangahake

Kami di Paeroa

p/s: Khas buat Nisa'Azman@ Nisa' Ijal.. terima kasih kerana sudi memenuhi ruang persahabatan dalam hati ini... semoga ikatan ukhuwah yang terjalin ini akan kekal dan terus harum subur mewangi..


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Keputusan Giveaway Dan Kehadiran Yang Dinanti

Maaf tak dapat menulis panjang... ini pun mata dah tak boleh nak buka, dah terlalu mengantuk. Baru balik dari bercuti bersama keluarga..... kini mak dan adikku sudah lima hari berada di bumi NZ. Esok kami akan menyambung perjalanan lagi...  nanti bila ada ruang dan peluang Insya Allah aku akan menjenguk rakan-rakan dan update cerita percutian kami..:)


Tahniah buat Kak Azie sebab berjaya menjawab soalan Nida... nanti Nida poskan hadiahnya ye.... :)

Bagi peserta yang menyertai giveaway aku, keputusannya ada di sini... 


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Sekencang Angin

Apa yang kencangnya tu.. haaaa, meh sini nak habaq, macam-macam yang kencang laaa ni.  Pertama pada 1 Jun hari tu merupakan hari ulang tahun kelahiran anak sulungku Nur Hamizah, kedua pada hari itu juga ada pertandingan merentas desa sekolahnya, dan ketiganya sekarang musim angin bertiup kencang..:)

Apa yang memusykilkan aku, awatlah tak buat acara tu masa time summer atau spring, dahlah sekarang cuaca sejuk (dah masuk winter pun) kesian aku tengok budak-budak tu, kemudian tak pasal-pasal ramai yang kena athma. Kalau tak percaya jom layan gambar di bawah.

Budak yang pakai baju merah tu menangis-nangis sambil memegang dadanya..
Seorang lagi menangis sebab susah nak bernafas
..dan lagi sambil ditenangkan oleh guru-guru.
Ni lah rupa guru besarnya, sentiasa tersenyum dan bertepuk tangan untuk memberi sokongan pada anak-anak muridnya.. 
Cantiknya kasut boot cikgu ni :)
Ini pula kerusi yang bakal diduduki oleh pemenang-pemenang (nombor 1-5)

Bila musim sejuk ni yang paling tak tahan bila part angin bertiup ler. Peliknya cuaca di sini, bila hujan suhu biasanya lebih tinggi berbanding bila hari berangin, sebabnya bila hujan kebiasaannya angin tidak bertiup kencang. 

Jangan tak tahu, orang-orang di sini jakun bila ada petir, aku ingat lagi ketika tahun pertama aku tinggal di NZ ni dan ketika itu aku join kelas English di sini, malam tu ada petir, keesokannya harinya dalam kelas kecoh cerita pasal petir malam tadi..hehe, siap instruktor tu kata dia buka pintu sebab nak tengok petir.. (kita di Malaysia paling takut bila ada petir).

Berbalik pada cerita cross country, kalau tahun lepas Nur Hamizah berjaya dapat nombor 4, tapi tahun ini disebabkan Nur Hamizah bergabung kelas dengan year 6 maka dia hanya berjaya dapat nombor 10.. tapi kalau diikutkan senarai year 5, dia berada ditangga pertama... tahniah buat anak ibu..:)

Nur Hamizah sebelum memulakan larian
Hah! sapa sebelah tu????? hehe
Lihatlah saiz badan anakku ini... maklumlah orang Asia :)
 Nur Hamizah dengan aksinya
Pelajar ni dapat nombor satu.. tengoklah dah sama tinggi dengan cikgunya.

Kalau anak kedua aku pula, si Nur Hazirah tersengih memanjang jer bila lari..hehe. Apa-apapun tahniah juga buat Nur Hazirah sebab berjaya menghabiskan larian dan berada di tangga ke 14.

Nur Hazirah dengan wajah cerianya... 
Anakku ni memang suka berkawan...
Tengoklah Nur Hazirah ni (baju pink belakang), siap boleh main pondok-pondok lagi belakang tu..:)
Ramai ibu bapa yang datang memberikan sokongan...

Selepas acara tamat, aku pun pulang berjalan kaki ke rumah (dekat je sekolah dengan rumah), tapi ada sebuah kereta asyik mengekori aku dari belakang, yang peliknya sampai depan rumah kereta tu ikut aku.. naik seram dan takut aku tengok muka pemandunya memang macam muka penjenayah (perasaan aku je kot). Bila sampai je depan rumah, aku tak terus buka pintu sebaliknya aku lari ke kereta dan menyorok... aku lihat pemandu kereta tu macam mencari-cari, pastu dia beredar... berdegup kencang jantung aku ketika tu..

Ini laluan semasa aku pulang ke rumah, memang sunyi sebab ketika ini semua orang dah pergi kerja..

p/s: Tiada seorang pun yg dapat jawab dengan tepat soalan aku sebelum ini.. jawapannya ialah anak kelima dari sepuluh..hehe

(Gambar terbaru perkahwinan adikku itu.. uwaaaaaaaa, hanya aku dan anak-anak yang tiada dalam pic ni)

Soalan cepu emas untuk kali ini, sebutkan nama panggilan buat Nur Hamizah, Nur Hazirah dan Nur Hanisah serta dimana suamiku bekerja (di Malaysia)... cluenya, universiti baru di Pahang..:)



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut