Bertambah Lagi Ahli Keluargaku...

Wah suspennya tajuk.... hehe, agak-agaknya apalah dalam pemikiran pembaca ye. Oklah baik aku cepat jelaskan, kang ada pula yang fikir aku ni dah berisi (memang pun, hari-hari isi nasi..hehe).

Hari ini genaplah sebelas tahun aku naik pelamin bersama cik hubby, tapi nikahnya pada 21 Mei cuma naik pelamin je pada tarikh 28 Mei. Hari ini juga adik aku akan melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Azri b. Adnan dari Kluang, Johor.

Hari ini aku sangat jeles kerana cik hubby dapat makan nasi minyak pengantin sebab beliau masih di Malaysia, dan hari ini aku nak buat mogok lapar maka maggi menjadi menu aku tengahari ini (alkisahnya sebab aku malas nak masak..hehe).

Buat adikku yang bernama Hasniza bt. Muhammadon, Along doakan moga kalian berbahagia sehingga ke hujung nyawa, moga rumahtangga yang dibina diberkati dan dirahmati oleh Allah, dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..ameeeeeennnnn.

Tak lupa juga pesanan buat cik Hanafiah, kalau makan nasi minyak tu ingatlah kami di sini ye... makan tu berpada-pada ler sebab takut diameter seluar bertambah... diameter hidung bertambah ok lagi.....hahahaha (gurau je ek kanda)..:)

Adikku, Hasniza@Jaja bersama bonda tercinta kami, Rohani bt. Hj Ibrahim di hari konvokesyennya

Semoga jodoh berpanjangan selagi nasi berdenyut, ameeeennnn..:)

Tiba-tiba hari ni datang idea nak buat soalan cepu emas, soalannya berbunyi begini (chewaaaah.. macam kuiz Bahasa Melayu pulak)..

1. Cuba teka adik aku yang ke berapa yang berkahwin pada hari ini
2. Siapa tahu aku ada berapa adik beradik (hentam je kalau tak tahu)....



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan.

Ya Allah kuatkanlah semangatku, tabahkan hatiku dalam menempuhi dugaan perpisahan ini. Walaupun sebentar cuma, namun ia sarat dengan kerinduan yang tidak tertahan dek badan.

Sudah seminggu lebih suamiku berada di tanah air, beliau terpaksa pulang ke Malaysia selama tiga minggu atas tujuan researchnya. Bukanlah aku tidak biasa menguruskan anak-anak sendirian, namun sejak akhir-akhir ini terlalu banyak perpisahan yang berlaku dalam diri ini, menyebabkan airmata ini terlalu murah harganya.

15 Mei, suamiku pulang ke tanah air, diikuti dengan salah seorang keluarga (Dina) yang balik ke Malaysia for good pada 20 Mei, dan yang terbaru pada 25 Mei satu lagi keluarga (Kak Jun) balik ke Malaysia for good. Kini Albany semakin sunyi... sunyi sepertimana kami mula-mula sampai dahulu, bertambah dengan keadaan cuaca yang semakin sejuk, membataskan pergerakanku untuk keluar maka terperaplah aku di dalam rumah. Bila keseorangan mulalah kerinduan menjengah.

Dulu semasa keluarga Kak Asna dan Cik Adnan pulang ke tanah air, aku masih terasa kehilangannya sehingga kini, kerana anak-anaknya begitu rapat dengan anak-anakku, kemudian apabila keluarga Dina pulang aku mula teringat keletah anaknya Ziqr kerana sejak dari baby aku mengasuh Ziqr sehingga umurnya setahun lebih, dan pada Selasa lepas, apabila keluarga Kak Jun dan suaminya abang Shukor pula pulang aku mula rasa terlalu sunyi kerana keluarganya terlalu rapat dengan anak-anakku malah mereka menganggap anak-anakku seperti anak-anak mereka sendiri.

Minggu pertama semasa suami tiada, setiap malam si Anis menangis rindu pada abahnya, setiap pagi mula anak keduaku menangis.... kadang-kadang tak sampai hati aku lihat mereka yang sedang rindu pada abahnya, namun apakan daya.......


Keluarga Kak Asna yang kami anggap seperti adik beradik kami sendiri. 

Ziqr dengan telatah dan kecomelannya yang menyebabkan aku sentiasa mengingatinya.

Kak Jun dan abang Shukor yang terlalu banyak berkorban demi anak-anakku...kau ku anggap seperti kakakku sendiri ..


Pesanan buat mereka di luar sana, hargailah persahatan yang tertinta selagi mereka masih ada kerana apabila perpisahan tiba kita tidak tahu bilakah pertemuan semula akan berlaku, adakah tidak akan bertemu semula????






Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Bikin Ana Fenin lahhhh


Mana tak peningnya, aku ni cikgu.. rasanya setakat yang aku ajar budak-budak mesti ada jawapan bagi setiap persoalan.. tapi kali ini, aku terpaksa menyerah kalah... nak tahu awat jadi lagu tue.. meh aku cerita..



Kes Pertama:
Siang malam si Anis selalu duk mengadap cerita Dora tanpa bosan dan jemu, akhirnya terungkap bicara yang begini bunyinya....

(sambil merengek)
"Ibu... Anis taknak jadi orang, Anis nak masuk tv jadi kartun macam Dora...best.... please ibu..please". Aku pun jawab ler "Ish mana boleh, Dora tu kartun mana hidup", Anis pun membalas balik "Anis tak nak hidup, Anis nak jadi kartun"......hmmmmmmmm, ada jawapan??????

Kes Kedua:
Sejak akhir-akhir ni Anis kerap tengok video lama semasa dia baby lagi, lepas habis, diulangnya semula.. maka inilah hasilnya..

"Anis taknak besar! Anis nak jadi baby semula... ibu bila Anis boleh jadi baby semula macam dalam video tu.. bila bu? Bila?".. pastu setiap kali bangun mesti dia akan merengek bila melihat badannya masih tak berubah jadi baby... adussssssss... ibu naik fenin daaaaaaa.....

Kes Ketiga:
Sekarang ni aku sudah menjadi seorang wanita yang paling bersopan santun dan lemah lembut dalam dunia, mana taknya bila aku marah atau naik suara sikit (sikit jer pun) , Anis mulalah bersuara "Anis tak suka suara ibu macam tu, macam tak happy jer. Anis nak suara ibu lembut baru nampak happy".. ayoyoyo... terpaksa ler aku hipokkrit, padahal dalam hati Tuhan sahaja yang tahu aku teramat marah yang amat sangat padanya.. (ini kes selalu buat sepah ler).

Haiiii anak, dikaulah madu dikaulah racun.. telatahmu kadangkala buat ibumu ni pening nak menjawab... ada idea tak bagi persoalan diatas?????


Inilah mutiara hati kesayanganku
Pengikat kasih ibu dan abah
Semoga kebahagiaan mengiringi selalu
Cabaran dan ujian dihadapi tabah...

Dikaulah penawar dikala duka
Penglipur lara pengubat hati
Rajinlah belajar janganlah leka
Tingkatkan usaha kejayaan menanti..


alam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Ia Sudah Terlalu Hampir...

Kalau dulu aku pernah mengalami suasana gegaran gempa bumi susulan di Christchurch, kini pada 3 Mei lepas kami sekeluarga terlalu hampir dengan tornado.

Sebelum tornado@puting beliung menyerang kawasan kami, sudah tiga hari sebelum itu ribut kuat melanda. hati ini amat risau apabila mendengar bunyi angin yang sangat kuat. Dahan pokok di sebelah rumah aku sampai patah, nasib baik kereta kami tidak ada di situ ketika itu.

Ketika pada hari kejadian, aku di dalam rumah, manakala suami pergi mengambil anak-anak dari sekolah. Sesampai di rumah (3.30 petang waktu NZ), tornado telah melanda dan jarak kawasan yang terlibat dengan rumah kami lebih kurang 1 kilometer sahaja (berdekatan tempat universiti suami)... syukur kami selamat.

Malamnya anak-anak dah mula takut nak tidur di bilik mereka, so tidurlah kami berlima dalam satu bilik. Esoknya aku call mak, ingatkan malas nak cerita pasal tornado tu sebab taknak buat mak risau, tapi rupa-rupanya mak aku dah tahu sebab cerita kawasan aku dilanda tornado keluar dalam  berita tv Malaysia. Punyalah risau mak aku ketika itu...Alhamdulillah nasib baik kami dan rumah selamat... dan dilaporkan ada berlaku dua kematian akibat tornado tersebut.....

Antara kawasan yang paling teruk terjejas ialah kawasan tempat kami selalu membeli belah dan tempat kerja suami.... :(

Lihatlah youtube bagaimana tornado yang menyerang Albany..


Ini gambar dari area universiti suami..

(Sumber gambar dari Puan Bejau)




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

♥♥Autumn In My Heart♥♥

Summer mula berlabuh, kini autumn mula menjengah.. kedinginan mula mencengkam.....
Duan-daun mula kekuningan dan gugur...







Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut