Semoga Islam Terus Berkembang..Insya Allah

Dah lama tak mengupdate, blog pun dah penuh sawang. Hari ini aku nak buat upacara pembersihan blog, lepas ni nak pi jalan-jalan blog rakan-rakan... rindu rasanya. 

Cerita ni pun dah lama, tapi nak juga aku kongsi dengan pembaca sekelian (ada ke yang nak baca...hehe). Alhamdulillah, kita telah mendapat seorang lagi saudara baru di muka bumi ini. Penghijrahan saudara Logan yang kini bertukar nama kepada Faris dari agama nenek moyangnya kepada agama Islam. Ketika aku mengupload gambar-gambar perkahwinannya dengan Puteri, hati rasa tersentuh, semoga ramai lagi yang akan diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk agama Islam...ameeeeeeeeennnnn.

Inilah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana sehari sebelum majlis pernikahan, aku dan beberapa orang rakan bertungkus lumus menyediakan bunga telur. Sini bukan macam Malaysia, banyak kedai yang jual bunga telur... so apa yang ada je ler di depan mata kami gubah.. maklumlah sumber sangat terhad.

 Kami bersama pasangan mempelai.

Upacara membuat bunga telur.

Nur yang terpancar di wajah Faris

  Kebahagiaan terpancar di wajah mereka..


Upacara menyarungkan cincin

Keluarga sebelah pengantin perempuan

Keluarga sebelah pengantin lelaki

Sini tiada nasi minyak atau beriani pengantin... cuma makanan Barat menjadi santapan..:)


Antara tetamu yang hadir.


Cerita seterusnya ialah mengenai aktiviti anak-anak Malaysia di Albany ini. Alhamdulillah Ahad yang lepas kami sempat mengadakan Kem Solat buat anak-anak di sini. Terima kasih buat Saudara Anas kerana sudi menjadi fasilitator pada hari tersebut. Seronok sungguh aku lihat anak-anakku kerana selepas pulang dari kem tersebut, si Anislah orang pertama yang mengambil wuduk di rumah walaupun waktu solat belum masuk lagi..hehe... :)

Anak-anak yang tekun mendengar...:)

Bakal pejuang agama..

Saudara Anas menerangkan cara mengambil wuduk yang betul

Amali mengambil wuduk



p/s: Namun satu berita sedih telah kami dengar daripada Puteri melalui FBnya. Sekembalinya mereka ke tanah air setelah selesai majlis pernikahan di sini (NZ), alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati rumah mereka di Malaysia telah dimasuki pencuri. Diberitakan banyak juga barang berharga yang hilang. Semoga puteri dan keluarga tabah menerima ujian ini....:(



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Salam Takziah Dari Kejauhan



Berita kehilangan ibu saudara tercinta sebelah suami (arwah Mak Ngah) masih lagi sukar diterima.. kini pada petang tadi meyusul pula satu berita yang menyayat hati, pemergian kakak ipar sulung suamiku, arwah Normah binti Ngah. Berita ini sangat memeranjatkan kami kerana pemergiannya secara tiba-tiba. Menurut berita yang kami terima, arwah terjatuh dan berlaku pendarahan dalam kepala. Setelah dibedah, beliau telah koma selama beberapa hari, dan akhirnya Allah lebih menyayangi dirinya... pada hari semalam, Allah telah meminta balik apa yang menjadi miliknya.... Sesungguhnya tiada yang kekal di atas muka bumi ini, segalanya adalah pinjaman.

Buat kekanda Rahmad (suami arwah) dan anak-anaknya, kami ucapkan takziah atas kehilangan isteri dan ummi tercinta.... semoga tabah kerana setiap yang bernyawa akan pergi kepada penciptaNya... dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...ameeeeeennnn


"Dalam diari pejuang, tiada masalah yang merumitkan.. Ujian yang melemahkan.. Dugaan yang menyusahkan.... Bahkan semua itu dijadikan batu loncatan untuk lebih menyintai Allah.. Mereka tepu dengan dugaan.. Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba berdepan dengan 'Belaian Pencipta' sebagai tanda ingatannya.."

Di sini aku selitkan video kenangan....  ada diantaranya yang telah lama meninggalkan kami..
 Al-Fatihah buat mereka...

Ku rindukan apa yang telah ditinggalkan.. 
namun masa terus berlalu, 
meninggalkan musim-musim yang lalu, 
yang pernah ku lewati suatu masa dahulu....

Kenangan ini tidak akan aku lupakan 
selagi nyawa dikandung badan, 
selagi nadi masih berdenyut..
Kerana ku yakin
kita pasti bersua
apabila masanya tiba....
Insya Allah..
-nida-




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Dia Buat Hal Lagi @&%$@&

Nak marah salah tak marah salah, jadi semua serba salah... adeiiiiii, Anis-Anis, macam-macam hal ye nak... Atau ibukah yang bersalah????

Kalau dulu kes dia gunting rambut senyap-senyap, yang kelakar siap disorokkannya bahan bukti.. kalau nak tahu apa kisah yang berlaku dulu, meh klik sini.

Kali ini dah advance, dah tak main nak gunting rambut sendiri lagi... kini dia duk gunting kening pulak.... adeeeiiii.  Pastu bila aku tanya "Siapa buat kening Anis tu", dengan selamba dia jawab tanpa ada perasaan takut atau bersalah "Anis buat, Anis pakai pisau dengan gunting"... dari nak marah jadi terkedu pulak aku, dari panas hati terus jadi sejuk hati sebab dia mengaku...  

Tengoklah kening kanan si Anis, nasib baik tak digondolkan semua...:/

Ok... habis dah kisah si Anis, ni masih lagi berkisarkan tema panas... bukan panas hati tapi belon panas. Sabtu malam Ahad lepas aku dan anak-anak (suami tak ikut... kije daaaa), tumpang Kak Jun dan Abang Syukor pi meronggeng ke Hamilton untuk menyaksikan pertunjukan belon panas dan bunga api. Punyalah ramai manusia yang menyaksikan.. penuh satu padang yang luas. Memang happeninglah, anak-anak ler paling seronok.... Kira ni first time dalam hidup aku tengok hot balloon live depan mata.

 Pertunjukannya di buat di dalam universiti ini.

 Siap berpiknik lagi.... orang belakang kami tu siap dinner lagi anak beranak..haha

Sebuah pelayaran...










Apa-apapun terima kasih yang tidak terhingga buat Kak Jun dan suami kerana sudi tumpangkan kami. Tiada yang lebih menggembirakan hati kedua ibubapa selain melihat anak-anaknya gembira. Insya Allah ibu dan abah cuba buat yang terbaik untuk anak-anak ibu dan abah.. (sayu ler pulokkkkk..hehe)


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut