Selamat Sudah....

Berita ini sangat mengejutkan aku, dan aku percaya mesti ramai yang di luar sana turut terkejut dan terkilan. Mana taknya, bukan perkara main-main, ini berkaitan dengan hukum agama.


Aku bukanlah peminat tegar air kopi ni, sebabnya bila aku minum secawan mulalah perut meragam (angin), lepas tu puaslah mencari minyak angin sebab nak hilanglah sakit yang dialami. Tapi disebabkan nak sangat rasa kopi Kluang Railway Station yang glamour yang amat tu, alkisahnya masa balik 3 bulan ke Malaysia tempohari sempatlah aku, cik hubby dan si kecil kami pi pekena secawan kopi kat sana. Kemudian siap beli berbungkus-bungkus kopi untuk dibawa pulang ke NZ + bagi sedara mara. Adeiiiiiiii, ni buktinya kopi yang masih ada berbaki..  sekilo kami beli, 500 gm dah selamat masuk dalam perut...


Apa-apapun, kita tunggu dan lihat perkara yang sebenar. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang laporan dari JAIJ, klik sini.



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Bila hati........




Bila hati gundah
Hidup pasti resah


Bila hati berkecai
Hidup pasti bercerai

Bila hati sedih
Hidup asyik menagih

Bila hati sayu
Hidup jadi pilu

Bila hati gersang
Hidup pasti kecundang

Bila hati kacau
Hidup pasti meracau

Bila hati tak tenteram
Hidup pasti suram

Bila hati kotor
Hidup pasti bersiur

Bila hati jahat
Hidup pasti tak berkat

Bila hati dengki
Hidup tak punya rezeki

Bila hati bersatu
Hidup pasti berpadu


Bila hati tenang
Hidup pasti girang


Bila hati jernih
Hidup pasti bersih

Bila hati aman
Hidup pasti nyaman

Bila hati bahagia
Hidup pasti berbunga-bunga

Jadi kesimpulannya... jom layan aksi kami di taman bunga di Invercargill...hehe
p/s: entri di atas tidak ada kena mengena dengan gambar-gambar di bawah...


Andai ku punya masa
ingin ku lewati hari semalam
ingin ku perbetulkan segala kesilapan
ingin ku ulang sejarah lama
yang manisnya masih terasa...
namun semalam adalah semalam
detik terus berlalu
usia juga terus menapak..

Esok bagaimana pula
adakah lebih baik dari hari ini
atau sebaliknya.....
penuh persoalan
moga yang dirancang
tidak pincang
yang diidam
tidak tenggelam
yang dicita
kan menjadi nyata....
Insya Allah

Isilah kekosongan ini atas bijaksananya akal yang diberi,
atas namanya khalifah di muka bumi..




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Indahnya Milford Sound

Indahnya bumi NZ...itulah yang sering dikatakan dan itulah yang kami rasakan. Indahnya bukan sahaja kerana keindahan alam ciptaan Allah, tapi juga dengan sikap masyarakat mereka yang begitu menjaga kebersihan sekitar rumah, taman-taman bunga (dan juga permainan), jalan raya, dan lain-lain.

Indahnya NZ juga kerana sikap mereka ketika berbicara dengan kita. Walaupun ada kes-kes terpencil seperti perkauman, tapi ianya terlalu sedikit. Bukan aku sahaja yang rasa begitu, tetapi juga rakan-rakan dari Malaysia yang datang melawat kami.

Indahnya bumi New Zealand, lantaran itu ia digelar "Gifted Land". Semasa cuti-cuti NZ musim summer yang lepas, sempat kami melawat salah satu kawasan yang menjadi tempat pengambaran Lord Of The Ring, Milford Sound. Sangat indah...seolah-olah, ianya merumuskan segala keindahan NZ yang kami hayati selama ini. Kawasan fiord ini dikelilingi bukit-bukau yang memang memukau mata dengan air terjun dikelilingnya, serta dolphin yang berlumba-lumba..dan sea lion beristirehat... owh.... ibarat syurga dunia..

Jom kita layan pemandangan di sekitar Milford Sound...

Salji yang masih melitupi puncak walaupun ketika musim summer.

Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah di tepi jalan untuk mengambil gambar.. terpegun melihat kebiruan airnya...

Kami bersama kenangan... :)

Labah-labah dan sarangnya....

olorrrr... tomelnya dia tidoooo

Anak-anakku bukan main teruja tengok dolphin ni...

Inilah kapal yang kami naiki..

Ketika di dalam kapal... sarapan pagi turut disediakan

Bergambar bersama nakhoda kapal....

Masa ni habis baju basah kena percikan air terjun... syok bangat dong

Kenangan indah yang tetap lestari dalam ingatan sampai bila-bila..



Dunia Yang Unik Dan Pening

As-salam buat pembaca yang dihormati sekelian, berdirinya saya pada ketika ini adalah untuk menyampaikan sebuah cerita seperti tajuk di atas... (lama tak bersyarah... tu yang meracau di pagi hari waktu Malaysia, hehe)...

Sebelum kata terlajak lebih jauh, ni ada sedikit pesanan buat cik hubby tercinta.. psssst, bang, Ida dah update ye... pasni kena tolong masak ek..hahahaha.

Ok, berbalik kita pada tajuk di atas, izinkan saya untuk mengupas isi karangan satu demi satu, adeiiiiii sudah-sudah ler tu meracaunya cik Nida oiiii (Cik?????? ahaksssss). Ok ni serius punya, alkisahnya aku nak berkongsi pengalaman dan cerita ketika kami berada di Puzzling World, Wanaka, NZ. Tempatnya jauh juga ler dari kawasan aku sebab berada di pulau yang lain so kenalah naik flight untuk sampai ke sana.

Paling tak tahan tu seawal pagi kami dah tercegat di pintu pagar masuk, kalau nak tahu pintu pagar pun belum dibuka lagi..hahaha (punyalah bersemangat). Jadi kiranya kamilah orang yang paling awal masuk ketika itu, syok juga jadi first person ni, bolehlah buat gaya yang entah apa-apa ketika bergambar, kalau ramai orang malu juga nak beraksi 18SG..hehe.

Setelah beberapa minit menunggu akhirnya impian menjadi kenyataan!!!! Pintu pagar telah dibuka..yeeeehhhhaaaaaa :)

Nilah rupa bangunan depan Puzzling World... cantikkan??

Main ler anakku sayang... takpe kamera DSLR tu murah jer, pasni boleh masuk toy box ye... (huwaaaaaaaaaa...... mahal tu nak oiiiii!!!!!! Ni kalau dah besar tak minat bidang fotografi saja je ler...)

Anda lulus dalam ujian menipu ini.... (siap dengan memek muka tu.... hahaha)

Di Puzzling World ni macam-macam benda ada, dan kebanyakannya perkara yang memerlukan kita berfikir dan mentafsir. Kadang-kadang macam tak logik pun ada, tapi sebenarnya ia sememangnya berlaku. Sekiranya berminat nak tahu lebih lanjut tentang kepelikan dan keunikan Puzzling World, jom klik sini... macam-macam ada tau, rugi kalau tak klik.. :) (sebenarnya aku malas nak copy paste..hehe)

Akulah mak gergasi.. aku nak makan daging manusia..kahkahkah (gelak tak senonoh)

Mana lagi hensem, di kirikah? di kanankah? atau di tengahkah?... :)

Aksi model-model dari negara Guatemala.

Huahuahua... entah gaya apa ler kami anak beranak. Dalam kawasan ini, kita akan melihat memek wajah yang berbeza dari pelbagai sudut... memang menghairankan..

Ini pula potret 3 dimensi... macam real punya... (jangan pandang belakang.. ada Hantu Mak Limah)

Bila tengok benda ni teringat kat Petrosains...

Awat ni senget kakak??? Masuk kawasan ni paling pening.. rasa berat sangat badan sebab tarikan graviti dalam bilik ni sangat kuat. Dah ler tu, bilik ni pulak senget, tu yang badan macam 100 kilo + naik bukit... adeiiiiiii, tak larat mak ni nyah...

Ayoyo.... aku tak boleh tengok lama-lama gambau ni.. pening daaaa, pinar mataku.

Confuse???? Takpe, aku pun confuse..hahahaha

Uikssss..... nampak montot ler... tak malu!!!!!!!!! Nilah bilik air gaya Roman

Last sekali aktiviti terakhir kami ialah masuk ke kawasan Great Maze, ingatkan tempat tanam jagung rupa-rupanya macam ala-ala kota sesat... puas kami cari jalan keluar, rasanya ada setengah jam kot.. last-last kami main mengelat.. nak tahu apa dia.. layannn

Merah di pipi tu bukan jerawat ek, orang cop di tangan, aku cop di pipi, pastu jenuh nak hilangkan..hahahah (padan mukaku)

Konon-konon study dulu sebelum masuk ke arena kesesatan...

Ni baru satu per enam dari keluasan kawasan

Puas cari jalan keluar.. di depan salah, di belakang salah..semua buntu.. (Anis buat lawak tunjuk arah langit)

Last-last inilah jalan terakhir..... masuk celah bawah... (bergeliga tak otak kami????)

Menyerah kalah......

Masyukkan tempatnya, apalagi, Air Asia kan ada, jom ramai-ramai pi New Zealand .... (cehhhh sejak bila aku ada saham dengan Air Asia ni)



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut