Kembali Berbakti Kepada Pasu .

Sejak dua tiga menjak ni cuaca semakin perit (dah masuk musim summer), kalau nak diikutkan memanglah tidak sepanas Malaysia kerana suhu di sini sekitar 24-23 degrees je tapi memandangkan langit NZ ni lebih dekat dengan permukaan bumi maka sinar uv amatlah tingginya. Kalau tak pakai sunscreen alamatnya bersisiklah kulit ni... lama-lama mungkin dah macam ikan kot kalau asyik terdedah je.

Tapi yang aku suka bila masuk musim panas ni maka banyaklah aktiviti-aktiviti outdoor yang dapat dilakukan, contohnya bercucuk tanam. Sudah lama aku menyepikan diri dalam arena pertanian ni, tapi bila lihat pokok-pokok yang dijual di warehouse geram pula nak menanam semula (sebabnya setelah tiga bulan balik Malaysia tempoh hari, banyak pokok-pokok aku telah mati :( ). Maka inilah projek aku yang terbaru.. tadaaaaaa


Aku paling suka tanam pokok lada, sebabnya benih lada senang nak cari... pakai biji lada kering pun boleh hidup.. kedua lada di sini mahal nian@sangat, ketiga pokok lada juga boleh merangkap pokok bunga sebab bunga pokok lada pun cantik, kempat aku suka makan pedas-pedas (baru ada kick), keempat pokok lada senang nak jaga (ye ker???), kelima pokok tu je yg aku paling pandai tanam sebab main pakai campak je benihnya,hehe.
Inilah baby-baby pokok lada aku... :)

psssttt: nasib baik cik hubby sibuk dengan study kalau tak mesti berebut lagi nak tanam pokok, dia nak pokok bunga aku pula nak pokok sayur...... kahkahkah (gelak jahat)

Kalau nak tahu kisah kerjaya aku sebagai petani di sini... jom layan link di bawah....





Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut