Antara Dua Benua

Penuh sawang dan habuk bula buka blog aku ni. Tak sempat nak update + blogwalking. Dulu masa di Auckland aku punya PC sendiri, tu yang banyak masa mengadap depan komputer, tapi kat sini aku terpaksa menumpang kasih laptop cik hubby. Dah ler cik hubby selalu outstation, tapi bila ada kesempatan terpaksa pula berebut dengan anak nak guna.. hmmmmmm, sabau jer ler... :)

Kini sudah lebih sebulan setengah kami berada di bumi kelahiran, rasanya baru semalam sampai.. tup tup dah sebulan lebih rupanya.. uwaaaaaaa cepatnya masa berlalu, rasa rindu pada tanah air + keluarga di sini masih tebal lagi, tak puas lagi nak memanjakan diri dengan bonda tercinta... (tua2 pun ada hati nak bermanja). Bila melihat kesibukan suami tercinta yang sekejap ke hulu sekejap ke hilir, rasa simpati di dalam hati, bab penat tak usah nak cerita ler... tapi demi nak merealisasikan cecita bukannya mudah.. ada harga yang perlu dibayar.

Dulu sebelum pernah menjejakkan kaki ke negara luar, aku tidak berapa ambil kisah tentang kenikmatan hidup di tanah air sendiri kerana bagi aku semua negara hampir sama. Tapi bila sudah berada dan hidup dalam lingkungan budaya, pertuturan dan segalanya berbeza barulah aku nampak akan indahnya kehidupan di negara sendiri.

Di Malaysia kita bebas makan di gerai-gerai tepi jalan, tapi di NZ tiada gerai-gerai seumpama itu, malah untuk mencari makanan halal juga perlu diambil kira. Di sini juga kita bebas serta mudah untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat kerana dimana-mana terdapat surau@masjid malah terdapat juga surau di stesyen pam minyak.... cuma agak terkilan kerana kebanyakan tandas awam di Malaysia agak kotor berbanding tandas awam di NZ (mungkin konsep tandas kering di negara barat memberi impak terhadap nilai kebersihan).

Sepanjang di kampung, kami juga sempat ke dusun buah-buahan memetik pulasan, rambutan, pucuk ubi dan yang paling syok Akak Azie dapat 2 biji durian yang comel.... bab nyamuk tak usah nak cakap ler, habis hancur kaki si Anis ( dia ni alah sikit dengan nyamuk), tapi itulah pengalaman yang mahal buat mereka, masih berpeluang masuk ke dusun..:)

Paling mendebarkan pengalaman aku menyaksikan adegan yang sangat ngeri, macam ala2 cerita thriller gitu.. nak tahu apa dia.... layannnnnnn



Sebenar banyak lagi yang nak dicerita... Insya Allah kalau ada peluang dan ruang aku akan update dan jengah blog kawan2.. :) Gambar bawah...Mizah dan Azi nak ke Sekolah Keb. Api-Api.



p/s: Alhamdulillah setakat ini Mizah berjaya puasa penuh, Azi dah buang sehari dan Anis..hehe dia dikecualikan, kecik lagi.




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Damailah Kau Di "sana"

Alfatihah buat bonda mertuaku Hajah Zauyah bt. Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah pada petang semalam (5.30 pm) semoga rohnya dicucuri rahmat dari yang Esa..aminnnn









Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut
+/- Title of the post link

baki post anda yang hendak disembunyikan