Ku Utus Salam Dari Bumi Tercinta...

Waduh-waduh kok lama bangat diriku tidak ngadap ini blog, rindu bangat aku itu sama kawan-kawan, maafi aku ya tuan-tuan dan puan-puan enggak sempat lewati blog kalian, broadband macam siput + kapasitinya sangat rendah hanya 5 GB sahaja (kalau di NZ 30GB), ini pun berjanggut kok mahu tunggu gambar diupload... bikin pusing dong..... (maklumlah sejak berkawan dengan bibik ni bahasa pun sudah bertukar wajah..hehe).

Alhamdulillah kini sudah masuk minggu ketiga kami bermastautin di bumi tercinta. Rasa macam taknak balik NZ pula..hehe (saja nak buat jeles kat rakan-rakan Albany). Secara kebetulan balik pada musim buah pula, apalagi hampir hari-hari ler duk mengadap@melantak durian, pulasan rambutan, mempelam dan cempedak (yang ni hari-hari sebab cik hubby ada dusun cempedak).

Kini anak-anak pun dah dua minggu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Api-Api, Pontian. Happy memanjang jer mereka ku lihat. Mana taknya dapat duit bekal jadi bolehlah bersuka ria membeli belah di kantin (nikmat yang tidak ada di sekolah NZ). Harap-harap mereka happy memanjang sehingga Oktober ni (sebelum kami berangkat ke NZ semula).... cuma kadang-kadang mereka mengadu mengenai beg yang berat yang terpaksa dipikul setiap hari + homework yang banyak.

Hubby pun dah mula buat field work, ada ler ku nampak sedikit sebanyak keserabutan dimukanya terutama respondent kajiannya yang tinggal dimerata tempat (ada Johor, ada KL dan ada Terengganu), bab duit le paling tak tahan.. macam air je lajunya mengalir... tol tak usah nak kira ler (buat sakit hati je).


Jom layan gambar-gambar sebelum berlepas dan minggu pertama kami di sini....

Tu dia beg-beg kami.... macam nak balik bertahun...hehe


Anis yang tertidur..
Dalam pesawat Royal Brunei (Auckland - Brunei)

Alkisahnya penerbangan kami sepatutnya dijadualkan pada pukul 2.25 pagi (waktu NZ), pada pukul 11 malam kami sudah sampai di airport (terima kasih buat abg. Sukor, kak Jun dan Zakhir sebab bersusah payah hantar kami). Tapi sehingga pukul 3.30 pagi kami masih belum menaiki pesawat. Anak-anak dah start meragam sebab mengantuk. Akhirnya hampir pukul 4 pagi barulah pada pertama kalinya kami dapat duduk di kerusi empuk Royal Brunei Airlines. Kagum aku melihat pramugari2 mereka yang memakai tudung dan sebelum pesawat berlepas doa sebelum memulakan perjalanan turut diperdengarkan... Kami sampai di Brunei pada pukul 11 tengahari (waktu Brunei), dan akan berlepas ke KL pada pukul 2.30 petang. Di lapangan terbang Brunei ayat suci Al-Quran berkumandang diperdengarkan dalam kawasan transit tempat kami menunggu, dan hampir setiap papan tanda pasti ada tulisan jawi di atasnya...

Ada satu peristiwa paling kelakar bila anakku, Akak Azi menjerit di dalam toilet... "Ibu I'm getting confuse with this toilet"... hehe, yang si Anis pulak menangis taknak masuk toilet... agaknya depa masih tak selesa dengan keadaan toilet yang basah kot..

Kami selamat mendarat di Brunei.....
Mengisi masa yang terluang di Lapangan Terbang Brunei.....
Kami juga sempat beli sedikit souvenir di sini. (sikit je sebab fulusnya pun ciput...hehe)
Kebetulan boleh bersaing pulak dengan kontinjen2 sukan menengah Asian dari Brunei.. penuh satu pesawat dengan atilit-atlit Brunei.... :)

Anak-anak yang keletihan dalam pesawat (dari Brunei ke KLIA)

Sesampai di KL kakak iparku sudah menanti (terima kasih buat abang Ngah dan Ngah). Kerinduan untuk kembali ke Malaysia terubat kini.... rasa macam tidak percaya kini aku sudah berada di bumi tercinta.. menghirup udara di sini dan yang paling seronok kini aku dapat melihat dan membandingkan betapa canggihnya KLIA berbanding dengan airport yang pernah kulewati (bangga menjadi rakyat Malaysia)...:)
Here we come!!!!!!! di KLIA ..... yeeehhaaaaa

On the way dari KLIA ke rumah mertua (Pontian), kami sempat singgah di R&R Ayer Keroh... nak tahu apa yang kami makan... tadddddaaaaa..... syoknya....

Di atas highway......
Mi rebus
Mi Soto..
Nasi Lemak..
Minuman Power... (malu aiiiii :p)

Keesokan malamnya pula aku pulang ke rumah keluargaku di Masai, Pasir Gudang.... paling syok bila kami dapat melunaskan apa yang aku dah lama idamkan..... apalagi kalau bukan KFC!!!!! , Thanks Yu (adikku) sebab belanja kami KFC, nanti belanja Pizza Hut, cendol, abc, ayam percik, otak-otak, mi bandung Muar, lontong Johor pulak ye..hahahahha....

Lambatnya tunggu order sampai... tak sabau-sabau ni....
Sedap hingga menjilat kelima-lima jari..
Inilah bukti darjah kebuluran kami...hehe (buat rakan2 Albany ku titipkan gambar ini khas buat kalian dengan ucapan bawak banyak2 bersabau ya, pasrah jelah.....:p)

Mengenai perkembangan terkini ibu mertuaku masih tidak banyak berubah.... kini tiada lagi suara yang keluar dari mulutnya, hanya nafasnya sahaja yang turun naik.. airmataku terus mengalir dipipi apabila kali pertama melihat keadaannya. Andai dulu sebelum kami terbang ke NZ, dia sangat ramah berbual bersamaku..... mudah tersenyum melihat telatah telatah cucu-cucunya dan pasti kisah sejarah lama hidupnya dalam membesarkan anak2nya banyak diceritakan padaku.. kini suara-suara itu tidak kedengaran lagi... aku terlalu rindu untuk berbual dengannya.... aku sangat bangga melihat kejayaan ibu mertuaku, membesarkan 11 orang anak2nya dan kini anak2nya telah berjaya kesemuanya (malah pernah kisah hidup mereka dimasukkan dalam Utusan Melayu mengenai kejayaan ibu dan arwah bapa mertuaku mendidik anak-anaknya)..... dialah idola untuk diteladani.... semoga yang terbaik buat emak Hajah Zauyah bt. Abdullah :(...

Aku bersama sebahagian adikberadik suamiku dan juga bibik (kanan sekali) di majlis kenduri dua hari lepas





Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Yang Lepas dan Yang Belum Lepas... :)

Lagi 2 jam kami akan bertolak ke Auckland Airport, dan Insya Allah kalau tiada aral pukul 2.25 am waktu NZ (11.25 pm waktu Malaysia) kami akan menaiki pesawat Royal Brunei Airlines ke Malaysia (transit di Brunei).. Doakan kami agar segalanya berjalan lancar, dan Insya Allah kalau ada ruang dan peluang hendak juga berjumpa dengan rakan-rakan bloggers di luar sana.. :)

Itu cerita yang belum lepas, ini daku nak cerita yang dah lepas. Sebelum itu aku minta maaf sesangat sebab lama tak jengah blog rakan-rakan, lepas ni pun tak tahulah bila nak jengah, kalau ada kemudahan internet di kampung nanti, Insya Allah aku akan jenguk blog rakan-rakan ye....

Alkisahnya aku nak share gambar-gambar percutian kami haritu.. selain ke Mount Ruapehu, kami juga sempat ke Huka Falls, Taupo Lake dan ke Trout Center (tempat ternak ikan trout), jom layan dulu gambar-gambar di Huka Falls.....zasssss

Inilah adalah gambar model-model yang telah pencen... tapi gaya masih menyengat tauuuu...hehe
Ini pula gambar supir-supir kepada model-model... kahkahkah (gelak jahat)
Inilah anggota rombongan kami....

Bang!!!!!!!! You jump, I jump (macam Titanic ler pulok)

Bunyi deruan air Huka Falls memang sangat kuat.... airnya jernih, alirnya deras.. pendek kata memang gayat ler duk atas jambatan tu. Dari air yang deras kita ke air yang tenang pula.. jom ke Taupo Lake pula (kawasan tasik yang terbesar, bekas dari letupan gunung berapi)

Tengok air deras sudah, air tenang pun sudah... macam tidak lengkap pulak kalau tengok air tapi tak tengok ikan-ikan di dalam air... so aku nak bawa kawan-kawan ke Trout Center pula..


Inilah ikan trout...
Chewaaaahhhh....
Sempat solat di sini....

Selama tiga hari dua malam kami berholiday.... kenangan yang telah dicipta memang sangat indah.... apatah kami sempat berbarbecue pada malam kedua...
Ini adalah lakonan semata-mata.. tiada kaitan dengan yang masih mati tapi ada kaitan dengan yang masih hidup.... pening daaa

Inilah rumah penginapan kami...

Malaysia!!!!!! Tunggu kepulangan kami, mohon jasa baik rakan-rakan mendoakan urusan penyelidikan cik hubby di Malaysia nanti berjalan lancar (sementara je di Malaysia, Insya Allah Oktober nanti pulang semula ke Auckland)



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Sekepal Ais...


Alhamdulillah, ini adalah kali kedua kami sempat menyaksikan panorama indah di Mount Ruapehu, kali pertama adalah pada tahun lepas. Walaupun kali kedua ke sini, tapi kami ke puncak yang berbeza.. kalau puncak pun berbeza sudah pasti ler kenangan pun berbeza.. tak begitu????? hehe.

Kalau tahun lepas keadaan tayar kereta kami yang amat botak amat menduga perasaan, tapi kali ini lain pula halnya, malah lebih mensuspenkan.... keretaku berasap!!!!!!! Dah ler tu, bila membelok pasti mengeluarkan bunyi yang sangat bising... sepanjang perjalanan aku mengucap. Nasib baik on the way pulang bunyi pelik itu hilang... Alhamdulillah (sampai sekarang tak tahu lagi sebab musababnya)..

Pengalaman kedua, kalau tahun lepas anak-anak paling excited, tapi kali ini mereka merengek nak pulang.. "Nak balik, nak balik, tak tahan sejuk", itulah ayat ketiga-tiga orang puteriku. Memang kali ini cuaca sangat, amat, terlalu, nian dan segala yang berkaitan dengan 'over' sejuk. Adeiiiii, pening kepala kami, nasib baik masa selepas makan mereka ok... kemudian barulah mood nak berholiday pun datang.. Moral of the story, bagi makan kenyang-kenyang dulu baru boleh main salji..:)....


Pemandangan sangat cantik.. saujana mata memandang. Untuk naik ke puncak, kami perlu membayar $60 untuk naik skylift. Aku ni dah ler ada keturunan gayat, jadi sepanjang berada di atas udara tu, mata ni hanya memandang ke atas awan dan kamera jer (maklumlah aku ni kan sawan kamera, tak boleh renggang dengan berposing...hehe), kirim salam je ler nak pandang ke bawah.... :)
Aku terjatuh... licin bangat dong....
Posing tetap posing, biar gemuruh dalam hati Tuhan sahaja yang tahu....

Sepanjang perjalanan, keindahan bumi NZ memang mengagumkan.. kehijauan alam, kebiruan laut memukau mata memandang.... Subhanallah....



Kisah kami ke Mount Ruapehu pada tahun lepas di sini dan di sini



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut