Alangkah bagusnya andai.....

Sesekali buat tajuk tergantung best jugak.... mesti macam-macam yang bermain di fikiran...hehe. Alhamdulillah demam kami sudah beransur pulih, cuma batuk je tak hilang-hilang lagi...

Oooo... ye, berbalik pada tajuk di atas, alkisahnya semalam aku ke sekolah anak-anakku sempena hari pelaporan di sekolahnya. Sistem sekolah di sini pihak sekolah akan menetapkan appointment dengan ibu bapa, masa di Pinehill School dulu appointment through internet lagi.. punya ler canggih, tapi di Oteha School ni guna sistem borang.


Apa yang aku nak kongsikan (mungkin dah ada yang tahu), sistem belajar di sini memang tiada peperiksaan yang khusus... dan tiada buku teks. Semasa aku berjumpa dengan cikgu-cikgu mereka aku pun bertanyalah mengenai buku teks, jawapan mereka setelah dialih bahasa oleh pakar bahasa... "Kami tidak menggunakan buku teks dalam pembelajaran kerana kami tidak mahu pelajar-pelajar terlalu terikat dengan ayat buku dan hanya bergantung menghafal ayat buku tanpa mereka faham apa yang sebenarnya dipelajari, kami mahu mereka berfikiran lebih luas dan boleh berfikir secara lebih kreatif "...

Terkedu dan terkesima aku semasa mendengar kata-kata cikgu berkenaan, amat berbeza dengan sistem kita yang menekankan buku teks sebagai sumber utama, maka lahirlah pelajar-pelajar yang kurang kreatif (pendapat peribadi aku). Di sini mereka hanya dibekalkan dengan tema-tema pembelajaran secara umum sebagai rujukan ibu bapa. Malah cikgu Akak Azi memberitahu salah satu kaedah pembelajaran mereka ialah melalui menonton youtube contohnya semasa mereka belajar bagaimana kenderaan bergerak dan bagaimana enjin kenderaan berfungsi.. Aku tidaklah mengatakan sistem di sini lebih baik, setiap sesuatu itu ada buruknya.. cuma kadang-kadang terfikir, alangkah kasihannya melihat pelajar-pelajar di Malaysia yang terpaksa membawa beg yang terlalu berat kerana buku teks yang tebal-tebal wajib dibawa ke sekolah.

Pada pandangan aku, sistem barat lebih menekankan pembelajaran kendiri, murid-murid dilatih untuk berfikir lebih kreatif menggunakan sumber-sumber yang ada, tidak bergantung kepada buku teks semata-mata. Minggu lepas, Kakak Mizah dan rakan-rakan sekelasnya diwajibkan membawa basikal ke sekolah, tujuannya untuk belajar mengenai basikal, bagaimana ia bergerak, bahagian-bahagian yang ada pada basikal, minggu sebelumnya Akak Azi dan rakan-rakan sekelasnya perlu membawa kereta mainan.. juga untuk belajar cara pergerakan kenderaan berkenaan.

Semoga dengan sedikit perkongsian dari aku ini, diharapkan dapat membantu para guru dan ibubapa di luar sana kaedah yang baru dalam merangsang minat anak-anak untuk belajar...Insya Allah..

Sebelum itu.... jom layan gambar-gambar semalam...:)
Ruang menunggu... siap ada mainan
Mizah ala-ala aksi gimrama..hehe
Akak Azi yang dah rongak..hehe
Anis yang ada jerawat di pipi..hehe
Ibu yang vogue tidak bertempat...hahahahahaha

p/s: buat tuan Cemomoi terima kasih kerana bertanya.. Alhamdulillah berkat senaman vokal hari-hari@membebel, kini hamba telah pulih..:)

Kepada sesiapa yang nak sertai contest anjuran adikku tercinta klik sini ye... hadiah menarik tau!!!!!



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Dugaan Kecil...


” Ya Allah ya Tuhan Kami

Hanya engkaulah yang menghilangkan kesedihan

Engkaulah yang Maha Menyembuhkan

Tidak ada yang mampu menyembuhkan

Kecuali hanya Engkau yang menyembuhkan

Sembuh tanpa terasa sakit”


Selasa minggu lepas Kakak Mizah demam dan batuk yang agak teruk, sehinggalah ke hari Isnin demamnya masih tak kebah. Alhamdulillah pada hari Selasa nampaklah kemajuan sedikit dan dia pun dah mula ke sekolah, dan hari ini nampak Kakak Mizah sudah mula bersemangat kembali.

My sleeping beauty.....

Akak Azi pula demamnya bermula pada hari Jumaat, namun sampai sekarang dia masih demam. Tadi dia ke sekolah kerana kami lihat hari ini dia sudah semakin ok, tapi pukul 2.30 petang tadi sekolah mereka telefon mengatakan Akak Azi sakit... jadi hubby terp[aksa bergegas pulang mengambil Akak Azi. Sesampai sahaja dia di rumah, ku lihat matanya sangat layu. Akak Azi terus menangis dan memeluk aku "Ibu, Akak Azi sakit perut"... Ya Allah kasihannya anak ibu, sudahlah demam kini ditambah pula sakit perut..

Tidur pun tak nyenyak ye sayang..:(

Anis pula hari Jumaat lepas demam juga. Tapi dia ni demam macam tak demam jer. Cuma bila tengah malam dia akan merengek, terpaksalah kami brsengkang mata memujuknya.

Mudah-mudahan Anis tidur nyenyak malam ini.

Aku pula hari Isnin hari tu tak boleh bangun langsung kerana demam, keesokan harinya satu badan terasa sakit pada sendi. Kini Alhamdulillah sudah semakin pulih. Harap-harap suami sihat dan tidak demam seperti kami, kalau tidak kasihan melihatnya berjuang menuntut ilmu dalam kesakitan... apa-apapun setiap penyakit datangnya bersama rahmat.. tanda Allah sayangkan kita....


p/s: gambar anak-anak yang ku ambil 15 minit yang lalu...



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Bertemu Kita Di Tanah Air..Insya Allah



Ibarat darah daging sendiri
Berkongsi suka dan duka di sini
Buatmu Abang Hisyam dan Kak Lela sekeluarga...

Hari ini menjual jagung,
Hari esok menjual Jelai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai.

Dari mana hendak kemana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan yang mana
Boleh kita berjumpa lagi.

Setahun lebih kita bersama
Bersatu ibarat keluarga sendiri
Kenangan bersama sejarah lama
Tetap lestari diingatan terpateri.

Abg Hisyam dan juga Kak Lela
Insan yang banyak menabur budi
Moga hidupmu dilindungi Allah Taala
Dipermudahkan segala dilimpahkan rezeki.

Sedih terasa sebak dijiwa
Kuranglah insan yang berjuang di sini
Bersama harungi duka dan tawa
Namun suratan terpisah pergi.

12 Jun tarikh penerbangan
Insya Allah bertemu di suatu hari
Andai terkasar terguris perasaan
Ku susun rapat sepuluh jari.

Akhir kata dari kami adik-adikmu
Terima kasih atas segala
Nasihatmu pasti segar bertamu
Ibarat cahaya marak menyala.

Kami kirimkan ingatan buatmu
Suatu hari Insya Allah bertemu
Buat Kak Lela kekanda tercinta
Kasihmu abadi biar dirimu jauh dimata
Ibarat abang sulung buat kami teladani
Kesungguhanmu amat mengagumi kami
Kami doakan kebahagiaan mengiringi kalian
Selamat segalanya dipermudahkan perjalanan..
aminnnnn...

p/s: Resipi mashed potato buat Ummu Ammar ada di sini.




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Sejarah Yang Mahal..

Inilah antara kenangan terindah bagi Kakak Mizah... berada dalam kalangan rakan-rakan yang berbeza agama, adat, budaya dan bangsa. Kini berkumpul bersama meraikan hari ulang tahun kelahirannya. Kenangan indah yang akan dibawa sampai ke hujung nyawa. Kenangan yang terlalu mahal dan pasti segala-galanya dirindui kelak. Saat berada di luar negara.... saat bersama rakan-rakan yang menceriakan hidupnya, mewarnakan kehidupan yang kini dilalui olehnya...


Alkisahnya pening juga kepala nak memikirkan menu. Maklumlah ini pertama kali nak jemput anak-anak mat salleh makan dalam majlis harijadi (kalau makan nasi rumah aku tu selalu juga depa ni). Setelah meminta pendapat dan pandangan rakan-rakan... maka terhasilkan makanan seperti di atas (terror tak aku masak mushroom soup dan mashed potato.... angkut bakul sendiri ler pulok doh..hahaha)




Ada pula ler tanduk kat belakang.... hehe

p/s: Alhamdulillah sekarang aku dah ada watermark... thanks to Mekchu sebab anjurkan contest yang membolehkan aku menang watermark tajaan http://eybizzonline.blogspot.com/. Bagi sesiapa yang nak watermark yang comel-comel + lawa dan sangat murah pergilah ke blog Eya ye... thanks Eya.




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Teruja dan Terharu

Alhamdulillah hari ni mood rajin sudah mari.. jadi tanpa membuang masa meh aku nak habaq apa yang sebenarnya cerita di sebalik kisah cross country hari tu.

Bagi mereka yang masih belum tahu, aku mempunyai seorang adik Down Syndrome, Nur Hazriena namanya, tapi kami memanggilnya Aishah. Ketika cross country sekolah anakku hari tu, seorang pelajar Down Syndrome turut sama berlari dengan mereka. Berlari bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang normal, dan sudah pasti dapat dijangkakan keputusannya, pelajar istimewa tersebut mendapat tempat terakhir. Apa yang mengharukan kami, sebaik sahaja pelajar tersebut kelihatan, semua pelajar-pelajar yang ada bertepuk tangan secara bahasa isyarat (kerana pelajar tersebut pekak), dan ibu pelajar tersebut terus bergegas mendapatkan anaknya dan memimpin tangan anaknya sehingga ke garisan penamat. Terharu aku melihat ikatan kasih sayang antara ibu dan anak ini..

Semua mata tertumpu ke arah mereka
Walaupun dia tidak sempurna... namun semangat untuk menghabiskan larian amat menyentuh perasaan aku... wajah ceria tetap dilemparkan olehnya walaupun dirinya penat dan letih ketika itu.

Kisah kedua, apabila aku terlihat aksi seorang guru yang terlalu meyayangi pelajar-pelajarnya, dipeluk pelajarnya yang menangis akibat tidak dapat menerima kekalahan, kemudian guru tersebut juga membukakan baju pelajarnya yang lain.. membuatkan aku terlalu merindui zaman yang telah aku tinggalkan sementara.. zaman bergelar insan pendidik...
sabarlah sayang.. jangan menangis...
Kasih antara guru dan murid..

Ketika itu ingatan aku terus teringat pada adik kesayanganku Aisyah. Tak sabar rasanya nak memeluk Aisyah. Dulu semasa aku belajar di Terengganu menyambung KPLI, aku pernah berhari-hari menangis teringatkan dia. Semoga Allah panjangkan usia Aisyah.... kami terlalu menyayangimu dik..
Telatah Aisyah buat kami tidak kering gusi.. ada sahaja aksi yang dibuat olehnya...

p/s: semalam ulang tahun kelahiran Kakak Mizah yang kesembilan tahun.. Alhamdulillah sempatlah juga mengajak anak-anak jiran di sekitar sini untuk meraikannya.. Insya Allah kalau mood rajin mari lagi, nanti aku updatekan gambar2 sekitar majlis tersebut... tunggguuu ye...hehe.



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut