Jom Rempit!!!!!

Teringat masa aku zaman belajar di universiti dulu, bab rempit merempit ni aku memang minat. Kawan-kawan yang naik motor dengan aku pasti cakap "Ada gaya kaki minah rempit ni"...hehe, tapi tu dulu, laa ni dah tua sikit (sikit je tau, muda banyak lagi), nak merempit pun dah tak larat. Namun kepakaran dalam rempit merempit ni dan menurun ke anak-anak aku.

Andai di Malaysia orang merempit dengan cara begini:




Dan budak-budak pula lain caranya:


Anak-anak aku pun ada cara tersendiri untuk merempit tau, silalah lihat aksi-aksi di bawah ini.....hehe
Kenderaan untuk merempit (depan rumah aku dah jadi tempat parking scooter pulak)
Ni belum cukup regu lagi nih...
Bye bye ibu.. kami pergi sekolah dulu ye
Ala-ala gaya amatur gitu..:)
Haaa.. tulah konco-konco rempit kat sini.. tanpa pencemaran asap mahupun pencemaran bunyi... sungguh menjimatkan kerana tak perlu beli minyak petrol atau diesel untuk bergerak..

Kenapa boleh merempit dengan scooter di sini.. sebabnya di kiri dan kanan bahu jalan ada kawasan pejalan kaki.. tu yang keselamatan lebih terjamin... (model yang tidak berbayar, hanya diberi upah cium di dahi..hehe)

Inilah budaya kanak-kanak di sini, scooter menjadi teman rapat mereka. Andai di Malaysia sudah tentulah handset menjadi perkara yang wajib ada, tetapi tidak di sini. Renung-renungkanlah, mana yang baik jadikan teladan, dan yang kurang baik campak jauh2 ye.




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Dulu Rumah Kini Sekolah

Adoiiiiii... peningnya ler kepala ni bila memikirkan perbelanjaan yang kami terpaksa keluar lagi apabila anak2ku bertukar sekolah. Kami dah habis hampir beratus dollar untuk beli stationery anak2 masa bermulanya sesi persekolahan bagi tahun ini.

Apabila berpindah ke rumah sewa baru Januari lalu, sekolah anak2ku (Pinehill School) sudah agak jauh. Namun pada masa itu kami tak terlintas nak pindahkan sekolah mereka, sebabnya aku lihat mereka happy dan sayang sangat kat Pinehill School dan tak sampai hati rasanya nak pisahkan mereka dengan kawan-kawan baik mereka.

Tapi bila study hubby agak terganggu kerana pukul 3 petang dah terpaksa pulang untuk mengambil mereka dari sekolah, tu yang terlintas untuk tukarkan sekolah mereka ke Oteha Valley School. Jarak sekolah baru ni dengan rumah takdelah jauh sangat, dalam 200 meter je.

Kalau nak tahu sistem sekolah NZ tak macam Malaysia. Kalau kat Malaysia senang, pindah ler ke ceruk mana pun uniform sekolah tetap sama, so tak payah ler nak beli baru. Buku-buku dari sekolah lama pun boleh sambung je, di NZ ni banyak cekadak sikit, setiap sekolah punya uniform berbeza dan buku-buku yang digunakan juga berbeza. Bayangkanlah kami telah membelanjakan $500 untuk uniform Pinehill School, dan kini kami terpaksa mengeluarkan belanja lagi untuk beli uniform Oteha Valley School pulak... hmmmmmmmmm.

Alhamdulillah, bila dah lama duk sini, kami sudah semakin maju dalam mencari barang-barang secondhand ni..hehe. Nasib baik ler kali ni kami takde ler sampai mengeluarkan $500 macam dulu, kami cuma melayang $55 sahaja......fuhhhhhh, legaaaaa.

Hari ni hari kedua anak-anakku bersekolah di Oteha Valley, petang semalam kawan sekolah lama Akak Azi ada telefon Akak Azi, dia bagitahu dia rindu sangat pada Akak Azi, lama juga mereka bergayut. Malam tu semalaman Akak Azi menangis sebab rindu pada kawan-kawannya dan cikgu-cikgunya di Pinehill School, dengan linangan airmata Akak Azi tatap wajah kawan-kawannya dalam kamera. Sedih aku melihat Akak Azi, dalam tidur pun airmata masih berlinang di pipi. Hari ni ditatap lagi wajah kawan-kawannya itu....kesian anak ibu :(.
Kakak Mizah dan teachernya, Mrs. Holly
Rakan sekelas Kakak Mizah
Inilah kawan baik Kakak Mizah, Stephanie (bertopi biru)... hari last Kakak Mizah di Pinehill, kawannya ini memeluk Kakak Mizah seerat-eratnya... :(

Akak Azi dan teachernya.. Mrs. Mowat
Akak Azi dan rakan sekelasnya
Keceriaan Akak Azi ketika di dalam kelas...

Kalau di sini pelajar-pelajar lebih selesa berkaki ayam, dan mereka juga dibenarkan untuk tidak memakai kasut ke sekolah, atau dalam ertikata lain BERKAKI AYAM KE SEKOLAH...haaa terkejut tak?????? (NZ ni negara yang bersih,tu yang rakyat di sini lebih selesa berkaki ayam)


SELAMAT TINGGAL PINEHILL SCHOOL
KAMI DATANG OTEHA VALLEY SCHOOL




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Penternak Berjaya

Sudah lama kiranya aku menyepi daripada mencoretkan sesuatu di sini. Nak berblogwalking pun tak sempat, rindu juga pada rakan-rakan semua. Keadaan ibu mertua aku masih tetap sama, tak banyak perubahan.. mohon agar rakan-rakan dapat doakan buat ibu mertuaku. Hubby pun dah balik ke Auckland semula.

Sebenarnya dah lama aku nak tunjuk hasil binatang ternakan aku di sini. Tapi asyik tidak berkesempatan sahaja, jadi hari ni layanlah ye binatang-binatang yang dapat ku ternak dengan jaya dan suksesnya..... hehe..

Tu dia..... baik punya lentok

Haa.... inilah yang dinamakan ulat beluncas.... sihat dan gemuk lagi... (ini baru sikit, sebenarnya banyak lagi yang berselindung di celah-celah daun)

Uwaaaa... habis pokok aku!!!!!!

Pokok selasih pun dia ngap sama

Cili yang menghijau sehijau ulat-ulat beluncas aku.. :)

Pokok strawberry yang turut sama jadi mangsa

Inilah ladang ciputku tempat ulat beluncas mencari makan




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Hidup Seorang Perantau + Terima Kasih Adikku..

Ya Allah, kepadaMu jua tempat hambamu meminta pertolongan ya Allah. Kau berilah kesihatan kepada ibu mertuaku Zauyah binti Abdullah, semoga beliau sihat dan cergas seperti sebelumnya.

Maafkan Ida emak kerana tak mampu berada di sisimu ketika ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa jiwa ini meronta ingin terbang untuk berada di sisimu. Semoga emak pulih dan diberikan kekuatan olehNya...

Kini ibu mertuaku berada di hospital... menurut doktor ada batu karang dalam hempedunya, namun disebabkan usia beliau yang sudah menjangkau 80++ ditambah pula dengan tekanan darahnya yang begitu rendah, pihak hospital tidak mahu menanggung risiko untuk membuat operation terhadap ibu mertuaku..

Begitu berat rasanya dugaan ini... kesedihan atas kehilangan atuk tersayang masih belum pulih kini ditambah pula dengan berita yang menimpa MIL. Pada masa ini suamiku telah berada di bumi Malaysia... mudah-mudahan kehadiran suamiku di sisi bondanya dapat meringankan kesakitan dan beban rindu yang ditanggung oleh ibu mertuaku.. Kami di sini tidak putus memanjangkan doa buat kesejahteraan dan kesihatan emak, cucu2 terlalu rindu pada atuknya, mereka juga sentiasa mendoakan atuk semoga cepat sihat...
Pada hari ketika kami ingin terbang jauh ke New Zealand (Airport Senai).. bersama yang tersayang bonda Hajah Zauyah binti Abdullah (baju biru)

Hidup seorang perantau adakala terlalu perit dan adakala terlalu indah... perit apabila menerima berita yang menyedihkan... hanya doa sahajalah yang mampu dipanjatkan pada Ilahi semoga segala-galanya selamat...

Namun di dalam keperitan, aku juga bersyukur kerana dipertemukan dengan rakan-rakan yang sangat memahami jiwa ini.. yang kini kuanggap seperti saudara kandungku sendiri... rakan2 di alam nyata mahupun di alam maya inilah tempat aku meluah segala, tempat berkongsi suka dan duka. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan perasaan remehku ini...

Buat adik Nurul Hidayah, Kak Nida bersyukur di atas pertemuan dan jalinan ukhuwah ini. Semoga ikatan persahabatan yang dibina akan terus harum subur mewangi. Terima kasih atas pemberian yang terlalu berharga ini. Akak akan sentiasa doakan yang terbaik buat Hidayah. Terima kasih sekali lagi.. semoga Allah melimpahkan rezeki buatmu dan juga rakan-rakan di luar sana..aminnnn
Terima kasih atas pemberianmu.. terharu Kak Nida menerimanya.. terima kasih sekali lagi

p/s: buat emak tercinta.. Rohani bt. Hj. Ibrahim... anakmu sudah tidak tertahan menanggung rindu, semoga Allah panjangkan usia kita untuk bertemu... Along sayang emak.. sayang sangat
:'-(


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Bacalah Dari Sudut Yang Positif

Sejak akhir-akhir aku kerap melayan cerita2 based on true story. Kebanyakan cerita yang aku layan berkisarkan dunia sukan seperti baseball, basketball dan football (Amerika). Kisah bagaimana mereka berjaya walaupun pada awalnya dianggap mustahil untuk berjaya, kisah bagaimana seorang jurulatih terpaksa melatih sebuah pasukan underdog yang tidak diberi harapan langsung untuk menang, kisah bagaimana jurulatih mengajar anak didiknya untuk berdisiplin dan bersedia menghadapi dunia luar dan banyak lagi kisah teladan yang boleh kita ambil dari cerita-cerita begini.... tentang pentingnya 'we as a team'... bekerjasama dalam mengejar kejayaan.

Kisah yang dipaparkan mengingatkan aku pada sejarah kehidupan yang telah aku tinggalkan. Walaupun ianya adalah sejarah, namun kenangan manis itu tetap aku ingat dan akan aku kenang sampai bila-bila.

Maafkan aku andai entry ini agak berat dan panjang, tetapi ianya bukanlah untuk tujuan riak atau bangga diri, sekadar penghormatan pada diri aku sendiri, kerana kita kadangkala sering melihat pada kelemahan diri tanpa kita fikirkan kelebihan dan kekuatan yang ada dalam diri ini. Moga2 cerita aku ini dapat dijadikan iktibar dan semoga aku akan terus bermuhasabah agar tidak mudah berputus asa.

"Aku telah dipostingkan disalah sebuah sekolah menengah di Kuantan, minatku pada dunia pantun telah mendorong aku untuk melatih pasukan pantun sekolah itu. Namun malang bagi aku, setelah beberapa hari berlatih namun nasib tidak menyebelahi kami kerana guru yang bertanggungjawab telah lambat menghantar borang penyertaan. Hanya kekecewaan yang dapat kugambarkan ketika itu.

Setahun kemudian, aku dipindahkan ke sekolah terakhir sebelum aku ke sini (NZ). Niatku untuk membentuk pasukan pantun tak pernah padam, namun tugasku bukan semudah yang disangka kerana sekolah berkenaan tidak pernah menghantar pasukan pantun ke mana-mana pertandingan, dalam ertikata lain aku akan melatih mereka bermula dengan langkah pertama. Pengalamanku sebelum ini hanyalah sebagai pemantun dan tidak pernah mempunyai pengalaman sebagai jurulatih. Ketika itu, aku bekerja keras siang dan malam melatih pelajar2 yang tidak pernah langsung terdedah dalam pertandingan pantun. Setelah tamat sesi persekolahan urusan melatih mereka pun bermula. Berlatih dari pukul 3 sehingga pukul 6 petang di sekolah dan kemudian bersambung di rumahku sehingga larut malam. Aku sangat bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang amat memahami diriku.

Alhamdulillah kami berjaya menjadi johan peringkat daerah dan ketiga peringkat negeri. Ku masih ingat perkataan yang dizahirkan oleh penyampai hadiah ketika aku turut sama naik ke pentas untuk menerima hadiah sebagai jurulatih "Wah, hebat sekolah awak dapat kalahkan sekolah asrama penuh". Ya, memang sekolah aku dari segi akademik tidaklah sebagus sekolah elit mahupun sekolah berasrama penuh.. namun bagiku anak-anak buah pantunku adalah permata bagi sekolah kami. Aku yakin suatu hari nanti, melalui dunia 'pantun', sekolah aku ini akan digeruni dan dipandang tinggi oleh sekolah2 hebat yang lain.

Alhamdulillah, selama 4 tahun aku menjadi jurulatih pantun disekolahku, 3 tahun (2004,2005,2007) kami menjadi johan daerah, naib johan pada 2006. Pada peringkat negeri pula, 2 kali tempat ketiga, sekali ke separuh akhir dan yang paling manis pada tahun terakhir sebelum aku terbang ke sini, aku telah berjaya membawa pasukan pantunku ke pertandingan akhir. Walaupun sekadar meraih naib johan, namun aku puas, puas kerana titik peluh dan pengorbananku telah terbayar. Dua tahun terakhir sebelum aku bertolak ke sini, aku telah menjadikan rumahku seperti asrama... tidur, belajar, berlatih, makan, minum dan segalanya di rumahku. Aku sedar, bukan mudah untuk melatih sebuah pasukan pantun yang bagus kerana aku pernah terlibat sebagai peserta pantun dahulu.. masa berlatih dan ketekunan itulah yang akan menjadi faktor kejayaan.
Aku dan pasukan pantunku (2007)

Untuk pengetahuan semua, aku juga telah mengheret suamiku terlibat sebagai jurulatih di sekolahku. Tapi bukan sebagai jurulatih pantun sebaliknya sebagai jurulatih sofball. Memandangkan suamiku pernah mewakili Malaysia ke Thailand ketika di universiti dahulu maka aku tidak mahu bakat yang ada pada suamiku dipendam begitu sahaja. Setiap petang aku sekeluarga berjemur di padang. Andai aku melatih pantun di tepi padang, suamiku pula melatih sofball di tengah padang dan anak2 turut sama memberikan sokongan kepada kami (walaupun ketika itu mereka terlalu kecil untuk memahami pengorbanan kami). Walaupun suamiku tidak mendapat apa-apa bayaran ketika itu, namun semangatnya untuk melatih pasukan sofballku telah menyentuh hatiku. Bayangkan sejurus pulang dari tempat kerja (5.30p.m), setelah selesai solat suamiku terus bergegas ke padang sekolahku, dengan pakaian kerja itulah beliau terus ke padang semata-mata untuk mencurah jasa dan bakti secara ikhlas tanpa meminta apa2 ganjaran.

Ini juga merupakan sejarah pertama sekolahku menghantar pasukan sofball ke perlawanan kerana sebelum ini tiada langsung istilah bermain sofball di sekolahku (pada tahun itu juga peralatan bermain sofball baru dibeli), pada awalnya kami hanya ingin menghantar pasukan perempuan bawah 15 tahun, setelah berlatih hampir sebulan, kami diberitahu tidak ada kategori bawah 15 tahun yang ada hanya bawah 19 tahun. Airmata ketika itu tidak dapat ditahan oleh pemain2, mampukah pasukan sofball dibawah kelolaan suamiku untuk melawan mereka yang jauh berpengalaman sedangkan mereka ini terlalu mentah dan baru berjinak2 dengan dunia sofball.

Tuhan itu Maha Adil, Alhamdulillah pada kali pertama menghantar pasukan dan walaupun saiz badan mereka tidak sebesar pasukan2 dari sekolah2 lain, kami berjaya meraih tempat ketiga daerah. Pasukan2 lain amat terkejut dan kagum pada usaha kami, dan yang paling manis pada tahun terakhir sebelum suamiku menyambung pelajarannya, sekolahku telah berjaya menjadi Johan!!!! Ketika itu aku selaku guru pengiring, agak sedih kerana suami tidak dapat hadir ketika perawanan lantaran terpaksa menghadiri kursus di universitinya. Airmataku tidak dapat ditahan apabila pemain2 menelefon suamiku dan mengucapkan terima kasih kerana memperkenalkan mereka pada dunia sofball dan seterusnya membawa mereka hingga ke tahap ini. Sebelum kami bertolak ke sini juga, beberapa pemain2 sofball ini ada datang ke rumahku untuk mengucapkan selamat berangkat kepada kami sekeluarga... (hadiah topi yang mereka bagi kepada suamiku masih disimpan sehingga kini).

Aku bangga pada diriku, pada suamiku, pada anak2 pantunku, pada pasukan sofball sekolahku dan pada anak2ku yang banyak berkorban untuk kami. Kami bermula dengan tangan kosong, dengan peralatan yang amat terhad (bayangkan sekolah kekurangan peralatan untuk sebuah pasukan sofball), dengan pakaian pantun yang tidak secantik pasukan lain pada awalnya... tapi hari ini kami mampu tersenyum kerana kami telah menitipkan sesuatu buat mereka ingat (seandainya ingat)...

Aku sentiasa mengingati diriku, usaha adalah tangga kejayaan, namun andai kita telah berusaha tapi masih gagal, percayalah Allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik buat kita...Insya Allah....

Terima kasih sayang... terima kasih atas pengorbananmu demi menaikkan nama sekolahku.. moga Allah mempermudahkan perjalanan hidupmu dalam mengejar cecita..aminnnn




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Menghargai dan dihargai


Terharu rasanya apabila mendapat penghargaan dari kawan-kawan sekolah lama:

From Kak Zue:

k zue da, bleh tak titipkan puisi buat hjh fudziah yang akan pencen pd 22 april 2010

From Cikgu Nassier:


Salam.
Wah3x sonoknye jalan-jalan ngan famili kat sane ek. Cantik lak kawasan tu penuh ngan bunga2. Teruja lak rasanye.

Nak mintak tlg sikit la. Pengetua dah nak pencen bulan 4 thn dpn. Boleh tak nak mintak tlg ngan awk buatkan sajak ke? Puisi ke? Apa2 yang patut cam puan aluwiyah dulu2 tu. Please...................







Alhamdulillah, hasil kerjaku dalam mengarang sajak masih dihargai, walaupun aku tidaklah sehebat mereka yang terkenal atau bahasaku mungkin tidak seindah mana kerana latarbelakang pendidikanku yang berteraskan sains tulen membataskan kosa kata yang ada. Namun minatku untuk terus menulis tidak pernah padam atau luntur. Doakanlah semoga Tuhan tetap memberikan aku idea untuk terus menulis dan terus menulis..aminnn.

Sajak ini kutitipkan lewat malam waktu New Zealand atas permintaan rakan2 di SMK Pandan yang akan berpisah dengan pengetua yang dicintai, Hajah Fudziah...

Simpulan Kasih Memori Terpahat

Cekal hatimu terus melangkah
dalam kepayahan menuju puncak
walau dibentang hamparan berduri
kau tetap tabah harungi segala
walau banyak mana airmata yang tumpah
kau tetap bangkit berjuang rela
kagum kami pada semangatmu
tidak goyah dek ujian mendatang
tidak luntur dek masalah menimpa
teguh berdiri atas nama cecita
kaulah bunga bangsa
srikandi untuk kami teladani.

Namun,
sedih kami resah bertamu
tika perjuanganmu panas membara
tika baktimu ditagih masih
menerima pemergianmu sukar terasa
usapan mesra rasa tak puas
semakin sayup engkau melangkah
semakin resah di jiwa tak sudah
sebak di dada mengundang gundah
lantaran kaulah pemimpin berhati gagah
menitipkan kami kenangan yang indah
suka dan duka sama diredah.

Sebagaimana benarnya catatan tersurat
adat bertemu pasti berpisah
namun bukan terpisah pergi
kerana hatimu tetap di sini
simpulan kasihmu menggamit memori
senyum tawamu tetap dinanti
yang akan terus terpateri
dalam ingatan tersimpul mati.

Madah tercipta bersulam kasih
ikhlas terzahir dari lubuk nurani
buatmu pemimpin yang kami sayangi
setitis keringat selangit budi
setulus kasih selaut rindu
doa dititip mengiringi langkahmu...

Alhamdulillah juga kerana hari ini aku telah mendapat tiga berita yang sangat menggembirakan hatiku:

Berita pertama:


.: The Winner Of March Gievaway :.
Utk pemenang misteri pula, selepas berjalan-jalan dan membaca tulisan berbentuk semangat & nasihat buat ryn...hati ini terpaut pada nukilan rasaKAK NIDA...wlu beliau berada jauh di Auckland, New Zealand dan silaturrahim ini juga baru terjalin, tp ryn rase seperti sudah lama mengenali beliau. Nasihat persis seperti dari seorang kakak buat seorang adik ^^
(Maklumat lanjut klik sini).

Buat Ryn Kak Nida ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas kemenangan ini. Jam itu sangat cute, Kak Nida sentiasa doakan Ryn semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Bagi rakan-rakan di luar sana, marilah terjah ke blog Ryn.. macam2 ada, kalau nak tahu pergilah terjak ek.


Berita Kedua:

PEMENANG UNTUK KONTEST KALI INI...

<>
<>
2ND PRIZE=NIDA

(maklumat lanjut klik
sini)

Alhamdulillah cerita dan gambar yang ku pertaruhkan telah memikat hati juri-juri. Terima kasih pada penganjur contest saudara Baizuri kerana memilih aku sebagai salah seorang pemenang. Bagi sesiapa yang ingin memiliki minyak wangi berjenama pada harga yang sangat murah, jomlah beramai-ramai serang ke blog Baizuri.

Berita Ketiga:


KEPUTUSAN PEMENANG SERABUT CONTEST

*****************************************
SAGUHATI


(maklumat lanjut klik sini)
Alhamdulillah.. terima kasih buat penganjur (http://fairyku-bebas.blogspot.com/), kerana bagi peluang juga pada Kak Nida.

Berita Yang Lama Tapi Masih Panas:

Hadiah untuk peserta pemenang Giveaway From New Zealand telah dipos semalam:




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut