Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh & Keputusan Giveaway

Dah lama tak mengupdate dan menjengah rakan-rakan, maaflah kerana masalah internet yang mak datuk punyalah lambat loadingnya tu yang membantutkan acara berblog walking asyik sejak akhir2 ni.

Minggu lepas rumah aku menjadi pusat bergotong royong masak beramai2, sebabnya Alhamdulillah kami dapat tender sediakan jamuan buat undergarduate di Auckland ni (jemputan dalam 250 orang)... rezeki datang bergolek, Alhamdulillah....



Inilah ketua chef kami.. Kak Jun namanya...

Antara orang2 kuat memasak dan bergossip..hehe
Berposing, posing gak ye.. ayam tu jangan sampai hangus dah ler ye...
Siapa kata orang lelaki tak pandai potong nenas...hehe

Seawal 11 pagi rumah aku dah diserbu, memang meriahlah dah macam kenduri kahwin dah gayanya. Kami bertungkus lumus memasak sehingga pukul 1 pagi (maklumlah, kat sini mana ler nak cari periuk n kuali yang besar... terpaksalah masak banyak2 kali). Menunya nasi tomato + ayam masak merah + acar + popedum... Akhirnya kami dapat melaksanakan tugas dengan amat jayanya..."Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh"


Kemudian pada keesokan harinya, rumah Cik Nan pula menjadi tumpuan sempena majlis farewell mereka ke Waikato tak lama lagi. Sedih juga bila akan kehilangan salah sebuah ahli keluarga North Shore tak lama lagi, namun apakan daya bertemu dan berpisah dah jadi fitrah dalam kehidupan.
Sebahagian yang hadir
Dah masak ke tu bang oiii?
Muka2 yang tengah tension dengan PhD....
Sempat lagi tu... cuci mata ngan tudung2 yg dijual oleh Kak Asiah...
Antara makanan yang terhidang....

p/s: nak tahu keputusan... klik sini....




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Mari.. Mari... Mari.. Pilih Mana Suka & Senarai Peserta (Sila Semak)


Tempat: Coastville
Masa: 11.00 a.m
Tarikh: 14 Mac 2010
Hari: Sabtu

Adeiii.... muaknya ler rasa bila hari-hari duk mengadap buah apple je. Tulah masa petik tu tamak, pantang tengok yang gebu sikit, mulalah tangan gatal nak memetik, lepas tu mulalah pening macam mana nak menghabiskan stok buah yang terlampau banyak tu.....

Macam mana tangan tak gatal nak memetik, gerammmmm tengok buah2 epal tu... dah ler merah, gebu pulak tu, nasib baik ler ko buah, kalau orang dah lama aku cubit2..hehe. Di ladang tu, macam2 jenis buah pear pun ada, tapi kami tak ambil banyak sangat, sebab sebiji buah pear boleh buat seminggu punya stok.. punyalah besau..

Sini banyak buah pear jenis ni.. buahnya besar, kulitnya berwarna coklat
Buah pear jenis ni berbau harum@wangi.. tapi rasanya sedikit kelat
Buah epal yang masih muda

Ini adalah pengalaman kedua aku di ladang epal. Kali pertama pada tahun lepas, dah setahun dah kenangan tu berlalu.. pejam, celik, pejam, celik, kini aku kembali di ladang yang sama. Seronok sangat rasanya, rasa seperti dalam ladang rambutan je..hehe..
(kisah ke ladang epal pada tahun lepas ada di sini)

Ya Allah... sabar nak oiiiiii!!!!!

Hubby aku ni memang tak sah kalau tak memanjat ..hehe
Pilih...pilih, pilih yang mana suka... jangan tak petik.. silalah petik.. lepas tu jangan tak makan pula ye.. (perli diri sendiri)
Nak panjat jugakkkkkk....hehe
Anak-anak yang riang gembira.. berlari2 dicelah rimbunan pokok epal.. satu pengalaman yang begitu indah...:)

p/s: Senarai nama peserta (klik sini). Sila buat semakan dan informkan segera pada saya selewat-lewatnya Jumaat ini andai ada nama yang tercicir.. :)

Percayalah Ibu...

Masih terbayang-bayang lagi saat Kakak Mizah ber'camping' di sekolah tahun lepas, keesokan harinya cikgu Kakak Mizah mengadu yang Kakak Mizah semalaman menangis nak balik. Kini pada tahun ini apabila diberitahu ada camping lagi dan ianya dibuat di luar sekolah, saat itu aku terus terbayang akan berguguran lagi ler deraian airmata Kakak Mizah ...hahaha... like mother like daughter homesick memanjang...
Kem Maynard diambil sempena nama pengasasnya..Joan Maynard

Kali ni aku dan hubby buat tak tahu jer, kalau dulu kami turut sama membantu packing barang2, tapi kali ni hampir 100% kami suruh Kakak Mizah buat sendiri. Bukan taknak tolong, tapi biar dia independent sikit. Pastu kalau dulu kami hantar sampai masuk ke dalam bilik kelas, ni kami hantar just depan pintu kelas je.

Malam tu puas juga aku pusing kiri kanan nak lelapkan mata, tapi tak boleh juga nak tidur, sebabnya AKU RINDU KAKAK MIZAH...uwaaaaaa. Aku dah terbayang mesti Kakak Mizah menangis rindu kat kami.... kesian anak ibu.. Tak sabar nak tunggu esok, nak peluk Kakak Mizah kuat2, rindu bangat aku sama anakku (cehhh macam setahun berpisah..hehe). Tup..tup.. esoknya aku tengok Kakak Mizah happy je, macam takde apa2 yang berlaku..

"Kakak menangis tak malam tadi?" itulah ayat pertama aku sebaik sahaja Kakak Mizah masuk ke dalam rumah

"Tak pun, kalau boleh Kakak nak stay lama-lama kat situ... best bu, ada banyak glow worm (kunang-kunang) "... aku macam tak caya je.. ye ker anak aku ni..

"Ye ke Kakak? Tak cayalah ibu"

"Percayalah bu...Kakak tak nangis pun.... cuma kakak lapar sangat ni sebab kat situ kakak hanya makan sayur je, sebab nak makan yang lain takut tak halal"..hahaha, memang lapar bangat anak aku masa tu.. berpinggan-pinggan nasi dia mengadap...

Kalau nak tahu, inilah kali pertama kami memberi kepercayaan pada Kakak Mizah untuk bawa kamera yang berharga RM1300 ke camping (DSLR tak diluluskan lagi untuk bawa... hubby sayang wooo) ... nak ajar dia bagaimana sifat bertanggungjawab dan sayangi harta.. (lagipun pelajar2 dibenarkan bawa kamera ke khemah tapi di bawah tanggungjawab sendiri)... so layan je ler picture2 yang sempat disnap oleh Mizah dan kawan2nya...
Di depan pintu kelas.. sebelum berangkat ke Kem Maynard

Kawan2 seangkatannya

Jungle tracking


Ni nak berkongsi cerita gembira bersama kalian. Sempena nak masuk autumn ni, cuaca pun dah mula sejuk.. maka hati aku pun sejuk memanjang je laa ni.... antara faktor2 yang menyejukkan hati aku ialah:

Tahniah buat Kakak Mizah.... jadilah contoh yang terbaik buat adik2...





Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Dalam Duka Ada Suka, Dalam Suka Ada Cerita



Alhamdulillah kelmarin kami sempat buat kenduri tahlil di rumahku, terima kasih buat rakan-rakan yang sudi hadir walaupun majlis ini ku lakukan secara adhoc.

Kita tinggalkan episod sedih buat sementara, hidup perlu diteruskan... kenangan bersama arwah Tok Haji akan ku kenang sampai bila2.... Al-Fatihah buat Atuk.. damailah kau di sana, semoga rohmu ditempatkan dalam kalangan orang2 yang dikasihi olehNya..aminnn.

Kini aku nak bercerita mengenai hadiah2 yang telah anak2 tersayang berikan pada ibunya ini.. dan apa yang telah hubby buatkan untukku (cerita ni dah basi pun.. tapi aku habaq jugak).. taraaaaaa..
Sampai habis baju kena percikan kek tu..hehe
Inilah rupa kek yang telah dibuat oleh hubby dan anak2... kek pertama ciptaannya (tempahan boleh dibuat ye)..hehe
Hadiah dari Kakak Mizah
Mini cup silikon dari Akak Azi
Hadiah dari si kecilku... Anis

Alhamdulillah juga kerana ada berita gembira menjelma buatku semalam dan pagi ini. Sebaik aku bukak blog contestku (along-nidar), tiba2 di shoutbox ku terpandang berita yang menggembirakanku... aku telah menang!, terima kasih Umi Hanie (bagi sesiapa yang berminat untuk membeli belah secara online boleh klik pada nama Umi Hanie)!!!!


No. 28 !!
Who's lucky number 28 ???
NIDA !!!


TAHNIAH !!! : D

Semoga Nida gembira mengenakan Emerald Green kaftan itu ya !


Niatku hadiah ini ingin ku hadiahkan buat bonda tercinta.. terima kasih kerana memberi peluang untuk saya menang....

Cerita pagi tadi pula, aku pun bukalah blog contestku itu lagi... dan sekali lagi..... Alhamdulillah... cerita yang kucoretkan telah berjaya memikat hati penganjur untuk melayakkan aku menang.. terima kasih buat Aried..



Pemenang bagi contest ini adalah:

tempat pertama


Hadiah:
1. Tempat pertama = Top up RM 30
= Ruang pengiklanan sebulan
= 1 post special akan dibuat kepada pemenang.




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Kerana Tuhan Lebih Menyayangimu....:'-(

Telah aku cium tangan dan pipinya puas-puas, kerana aku tahu aku mungkin tidak dapat menemuinya lagi. Namun di dalam hati aku masih berharap agar aku sempat pulang untuk mendakap dirinya lagi. Aku amat menyayangi dirinya... ku tulis bingkisan ini ketika airmata masih lebat membasahi pipi.

Pagi tadi sejurus aku bangkit dari tidur, suamiku berkata kepadaku "Ida, abang mimpi mak telefon, bagitahu atuk meninggal"... Ya Allah, aku tahu itu petanda yang benar-benar akan terjadi lantaran aku juga bermimpi perkara yang hampir sama., dan ia sememangnya benar-benar berlaku apabila aku terbaca berita kematian atukku (yang ku panggil Atuk Haji) di dalam FB sepupuku.

Segala kenangan bersama atuk terus bermain2 diruang ingatanku sehingga kini, senyumanmu masih jelas dalam ingatanku. Aku masih teringat tulisan adikku ketika aku ber'chatting' dengannya minggu lepas "Kasihan adik lihat Along, sebab Along terlalu jauh untuk balik seandainya apa-apa berlaku"... Ya Allah hanya ketabahan ku pohon darimu ketika ini, moga roh Haji Ibrahim bin Yaacob ditempatkan dalam kalangan orang2 yang Kau kasihi... cucurilah rahmat ke atas rohnya Ya Allah...aminnnn...Al-Fatihah..


Tulisan ini pernah ku tulis dalam entri sebelum....


Aku ni agak rapat juga dengan atuk2, dulu masa aku MRSM dan Universiti, selalu juga balik Pontian lepak2 rumah Atuk Haji atau Mak Long (belakang rumah atuk jer). Ingat lagi masa MRSM, aku ada ajak 2 org member aku bertandang rumah atuk, pastu dari Pontian Atuk Haji ajak kami ke JB rumah Mak Cik aku naik bas...yang paling tersentuh hati aku masa tu, atuk sanggup berhimpit2 dan bertolak2 masa naik tangga bas untuk booked tempat aku n member2...sayu sangat masa tu..kesian atuk..orang2 ni pun satu, kasilah org2 tua naik dulu, ni tak... nak berebut juga...takde kesedaran sivik langsung...(marah ni!!!!!)....

Sebelum aku terbang ke sini, aku lihat Atuk Haji terlalu uzur ..mudah2an Allah panjangkan usia atuk untuk beribadat, semoga aku sempat menatap wajah Atuk Haji kerana aku sayang sangat kat Atuk Haji. Dulu kemana2 pergi atuk naik basikal, dalam usianya yg dah menjangkau 80-an, beliau masih gagah mengayuh basikal..tapi sekarang atuk dah tak kuat macam dulu. Setiap kali aku balik rumah mertua, sure aku akan jengah atuk (rumah mertua n rumah Atuk Haji tak jauh)...setiap kali tu, hatiku sayu melihat keuzurannya..

Gambar raya tahun lepas, kali pertama di Hari Raya ini aku mencium Atuk Haji sepuas2nya....sedih rasanya sebab tahun ini tak berkesempatan untuk bergambar seperti ini...disamping saudara mara :'-(
Basikal kesayangan Atuk Haji


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Alangkah baiknya andai..........

Zaman kanak-kanak aku digelar "Minah Kecut" karana ada dua sebab, sebab pertama aku suka masam asam kecut dan sebab kedua masa tu aku memang kecut, atau dalam ertikata lain kurus yang amat. Tapi bila aku masuk MRSM segala2nya berubah....

"Mak Mok" (Mok tu merujuk kepada GEMUK) itulah gelaran yang diberikan oleh arwah abah kepadaku suatu ketika dulu. Zaman yang paling aku tak suka, banyak baju aku dah sendat. Semua ini terjadi selepas aku operate buang apendiks (tingkatan 4) , start dari itu badan aku ni naik tanpa boleh di'control' dan selera makan pun terbuka memanjang... semua benda aku nampak sedap..hehe.
Aku yang pakai blazer (tiga dari kanan)
Sempat lagi tu...hehe (aku duduk dua dari kanan)
Amali haji.. mudah2an sampailah hajat aku untuk menunaikan haji secara realiti..aminnn
(aku berdiri belakang 4 dari kanan)

Tension bangat aku masa tu, mana taknya bila balik kampung je, semua akan tanya kepadaku kenapa dan mengapa badan aku jadi gemuk secara mendadak.. bayangkanlah masa tu dagu ni bukan setakat double chin lagi... dah ber'chin'2 dah gamaknya...
Masa ni jarum penimbang dah mula menunjukkan peningkatan demi peningkatan...hehe (aku yg pakai baju hijau)
Inilah sempadan dunia kami.... depan pondok guard (aku yg paling kanan)

Habis je SPM aku start diet gila2... satu hari aku hanya makan sekeping keropok sahaja! Puas jugalah kena marah dengan mak dan abah, aku rasa ler masa tu aku dah terkena penyakit "Bulemia" (lepas makan banyak sikit aku cuba jolok tekak untuk keluarkan semula makanan tu). Turunlah sikit berat ni.. tapi bila masuk universiti naik balik..hehe.

Aku bertunang ketika aku berada di tahun akhir (tahun 3) di U, selepas bertunang aku start diet semula... time tu pulak aku tak sentuh langsung minuman manis.. (nak jimat duit pun ye..hehe). Aku rasa cara itu paling efektif, badan aku terus mengalami penurunan berat badan. Kalau dulu banyak baju yang aku tak muat, kini semuanya aku telah muat... horreyyyyy!!!!

Tapi selepas bersalinkan Kakak Mizah, badan aku terus susut, sebelum aku masuk KPLI beratku hanya 39 kg sahaja.... Masa ni rasa macam nak gemuk semula. Kalau dulu bila balik kampung orang duk sibuk tanya pasal badan aku yang gemuk, kini terbalik pulak... "Kenapa ni kurus sangat, ada sakit ke atau tak cukup makan ke?".. haiiiii tension lagi. Kadang2 rasa macam nak selotape jer mulut2 yang suka jaga tepi kain orang ni... (tengah marah ni).

Kalau dilihat dari gambar2 di atas memanglah tak nampak sangat dimana gemuknya.. tapi kalau dibandingkan semasa zaman aku jadi 'minah kecut' dulu, pasti semua akan terkejut... bak kata omputih ler macam "makeover' gitu...

Fitrah manusia, takkan dapat semua yang kita hendak... kalau dulu aku nak sangat kurus.. kini kalau boleh alangkah baiknya andai aku gemuk sedikit (sikit je ye).. Apa2pun kurus ke gemuk ke, yang penting happy, hati senang.. betul tak? Mulut orang memang susah nak tutup... dengarkan aje ler..

Aku kini... dihari ulangtahunku baru2 ini..

p/s: gambar2 zaman sekolah ni aku ambil dari koleksi rakan sekelasku Mas Ayu@Angah di dalam FBnya... thanks ye Angah :).. Al-Fatihah buat rakan sekelasku Sti Zubaidah@Kak Long yg telang pulang menemuiNya...



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Hari Ulang Tahun Kelahiranku + Giveaway From New Zealand

STICKY MODE UNTIL 15 MAC 2010

(NEW ENTRY PLEASE SCROLL DOWN)

Alhamdulillah hari ini usiaku menginjak setahun lagi ke hadapan. Syukur padamu ya Allah kerana memberi kesempatan kepadaku untuk bersama2 insan yang tersayang dan memberi peluang kepadaku untuk melihat dunia ini lagi...

Sempena ulang tahun kelahiranku pada 27 Februari@hari ini, maka buat pertama kalinya aku ingin memberi sedikit cenderahati dari NZ kepada pembaca2@bloggers yang bertuah... (selalunya birthday girl yang dapat hadiah..ni kena bagi hadiah pulak..hehe).

Syaratnya:
  1. Perlulah@wajib menjadi followers blog ini.
  2. Letakkan blog ini dalam blog list anda.
  3. Kalau rajin buatlah entry dalam blog anda tentang "giveaway" ini, KALAU TAK BUAT PUN TIDAK MENGAPA.
  4. Perlulah@wajib meletakkan banner di atas di sidebar blog anda (di'link'kan ke blog ini).
  5. Tinggalkan komen dalam entry ini yang menyatakan anda berminat untuk menyertainya.
  6. Tiga cabutan bertuah akan dilakukan.
  7. Tarikh tutup 15 Mac 2010.
Mereka yang bertuah akan menerima ketiga-tiga souvenir di bawah:



p/s: Bagi mereka yang baru kali pertama terjah ke blog ini, blog ini adalah sekadar catatan pengalaman kami dirantauan, berkongsi maklumat dan suka duka dalam meniti perjalanan sebagai anak rantau.


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut