Yang Jauh Kita Dekatkan..

Pucuk pauh delima batu
Anak Sembilang di tapak tangan
Di Glamorgan School semua bersatu
Berhempas pulas mencari kemenangan

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Penat bermain termengah-mengah
Terjalin ukhuwah ibarat keluarga


Amboi siap berpantun-pantun lagi tu, kalau boleh tolonglah bagi komen dengan berpantun juga ye..hehe (acah je..jangan takut... tapi kalau nak berpantun apa salahnya kannnnnn).

Sabtu yang lepas, rombongan pasukan bola sepak Waikato telah bertandang ke sini, bertarung sebagai anak jantan (sebab kaum lelaki je yang main), masuk gelanggang bertemu dengan pasukan bola sepak Auckland. Perlawanan memang amat sengit dan panas (memang panas pun cuaca pada hari itu), masing2 menunjukkan skill ala2 Ronaldo, Ronaldinho, Roberto Carlos dan segala yang berkaitan dengan huruf R yang lain. Separuh masa pertama keputusan terikat seri 1-1, namun pada separuh masa kedua gawang gol Auckland telah dibolosi menjadikan keputusan kekal 2-1 sehingga ke wisel penamat (chewah, macam pengulas sukan pulak).
Auckland vs Waikato
"Alamak... mana pulak ler seluar aku ni..." :-)
Tu dia...balingan yang menggerunkan pihak lawan..hehe
"Sorrylah ye aku tersekeh tadi"

Berkalung-kalung tahniah buat semua pemain2 dan penyokong2 yang sanggup ber'suntan' dibawah panas terik matahari walaupun permainan ini sekadar suka2 dan tiada hadiah yang dipertaruhkan, namun ikatan ukhuwah yang terbina itu lebih mahal dan manis untuk dikenang.. (skemanya bahasa).
Wajah goal keeper Auckland yang amat tenang
Iklan gigi..hehe
Tempat isteri ialah di sisi padang... (nak di sisi suami tak boleh, sebab kena sepak pula nanti)

Biasalah selepas bermain mesti lapar + dahaga, so apalagi ke tempat biasa kami melepak dan berpicnic ler tempat tujuan (maklumlah dekat), siapa yang tahu dimanakah lokasi kejadian ini?
Pokok yang berjasa, kalau tidak rentunglah kami dek sinar sang suria
Berborak sambil bergossip oleh kaum lelaki

p/s: Salam Maulidur Rasul dari kami sekeluarga..


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Semalam dan Hari Ini

Hari ini genap setahun kami berada di bumi Albany. Pelbagai kenangan suka dan duka telah aku dan keluarga tempuhi. Alhamdulillah di bumi inilah aku mula mengenali ramai rakan-rakan di alam maya mahupun di alam nyata. Rakan-rakan yang menceriakan hidupku di sini.

Tulisan di bawah ini telah kucoretkan semasa hari pertama aku di sini, luahan perasaan ketika kali pertama terbang meninggalkan tanah air tercinta. Ku paparkan tulisan ini semula sekadar untuk berkongsi apa yang ku rasai dan alami ketika itu.....



21 Februari 2009, 3.00 p.m, di bumi Malaysia, bertemankan ramai saudara-mara yang mengiringi pemergianku...mak, adik-beradik,anak2 sedara, atuk dan mak lang, ucu..aku berlepas dari Senai...Tuhan sahaja yang tahu betapa aku menyayangi mereka semua... Ramai orang2 yang ku sayangi turut sama menelefonku, Syida, Amira dan beberapa orang cikgu2 dari SMK Pandan. Amira...jangan menangis sayang, nantikan kepulangan cikgu beberapa tahun lagi dengan harapan kegembiraan mengiringi kita, Insya Allah. (Buat rakan-rakan ini alamat emel ku, radinsah@gmail.com)


Kami sampai di KLIA tepat pada pukul 5.00 p.m, jenuh juga untuk menunggu malam kerana flight seterusnya pada pukul 9.30 mlm, di mata ku masih terbayang-bayang wajah-wajah yang ku sayangi, masih terngiang-ngiang suara-suara mereka dan lambaian mereka. Namun ku kuatkan hati kerana kaki ini akan terus melangkah..


22 Februari 2009, 12.30p.m waktu di New Zealand manakala 7.30a.m waktu di Malaysia kali pertama aku menjejakkan kaki di luar negara..di sekelilingku penuh dengan mat salleh dan minah salleh, tinggi2 belaka, orang Moari di sini besar-besar belaka. Task pertamaku apabila si Anis merengek nak belon yang dipegang oleh minah arab di depan matanya, kesian juga melihat anis yang demam setiba sahaja kami tiba d NZ, nak tak nak aku dan Anis berdua pergi ke kedai berhampiran dalam airport tersebut, terkejut juga melihat harga belon yang sekecil tu, 7 dolar, atau RM14, namun terpaksalah dibelikan juga kalau tak menangis lagilah si kecilku itu....

Dari Senai ke KLIA
Di KLIA
Business Class dari KLIA ke Auckland
Auckland..


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Semusim Yang Berlalu


Tahun Baru Cina mengingatkan aku pada sesuatu. Rindunya aku pada saat itu. Tapi apakan daya, ianya telah pun berlalu. Sudah lama moyangku meninggalkanku begitu juga dengan nenek sebelah arwah abah. Andai mereka masih hidup sudah pasti sambutan Tahun Baru Cina merupakan salah satu sambutan yang kami nanti-nantikan. Tidak sabar rasanya mengunjungi saudara-saudara sebelah ayahku kerana nenekku seorang Cina (yang telah diambil sebagai anak angkat oleh orang Melayu).

Pagi-pagi lagi abah akan mengejutkan kami adik beradik untuk beraya ke rumah moyang kami, dan yang pasti baju hendaklah yang ada kocek supaya senang nak masukkan gula dan jajan-jajan (bahasa orang Johor) yang dihidangkan nanti..hehe (nakal juga aku ni ek). Tapi satu perkara yang aku tak suka ialah rumah moyangku itu banyak anjing, puaslah kami adik beradik menjerit ketakutan apabila mendengar salakan anjing. Tapi yang kagumnya, anjing2 itu semua akan senyap bila moyangku itu mula bersuara.

Bila dah duduk semeja mulalah acara berborak-borak, tapi masa tu kami adik beradik kecil lagi, so abah aku ler yg rajin melayan moyangku tu berbual. Aku tahu moyangku itu sayang pada kami semua, setiap kepala cicit-cicitnya akan dibelai, kami juga sayang moyang kami kerana walaupun beliau berlainan agama tapi beliau masih darah daging kami.

Selepas mendapat angpau dan limau, kami pun meneruskan misi mengutip angpau dirumah saudara-saudara Cina ku yang lain sampai semua kocek aku dah kembung dengan gula-gula..hehe.

Arwah nenekku pergi selepas ibunya (moyangku) pergi. Bermula dari itu aku sunyi tanpa celoteh moyangku yang pekat pelat Cinanya (hanya arwah abah yang faham apa yg moyangku cakap). Namun kerinduan pada moyang dan nenekku sedikit terubat kerana aku masih mempunyai Pak Ala dan Pak Ah Choi (kedua-duanya adik arwah nenekku). Maka tradisi mengunjungi saudara mara semasa Tahun Baru Cina masih kami teruskan ke rumah Pak Ala dan Pak Ah Choi (walaupun tidak semeriah seandainya arwah abah ada di sisi) . Aku masih ingat ketika arwah abah meninggal dunia dulu, mereka hadir untuk memberikan penghormatan terakhir, dan dapat ku lihat dengan jelas, berlinang air mata di pipi mereka. Malah ketika arwah nenekku meninggal dunia, mereka sempat mencium kakak kandungnya sebelum nenekku dibawa ke tanah perkuburan.

Moga ikatan persaudaraan antara kami yang berlainan agama ini terus kukuh dan moga-moga Allah memberikan hidayah buat mereka...aminnn




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Masam-masam Manis..

Sekarang masih lagi musim summer @ musim buah kalau di sini. Hampir semua buah dapat dibeli dengan harga yang murah (cuma buah kiwi jer masih mahal lagi). Tak lama lagi musim apple menyusul tiba, tak sabar nak buat apple picking ni, dulu pernah sekali.. tapi masa tu baru sampai so nak excited lebih2 masih tak berapa pandai..hehe.

Harga buah sini mengikut musim (sama macam Malaysia juga ), kalau musim winter nanti, harganya mak datuk mahal yang amat.. contohnya buah mempelam je ler, kalau sekarang boleh dapat 2 biji untuk harga $3, tapi bila winter nanti mahu mencecah tiga kali ganda harganya. So, aku n famili pun apalagi pulun duk makan buah sampai muak, lagi pun ada sesetengah jenis buah tu susah nak cari kat Malaysia, jadi aku pun ambil kesempatan makan selagi muat perut sementara duk kat NZ ni, kalau dah balik nanti susah pulak nak cari. Aku rasa dah macam tarzan dah aku ni.. hari2 duk ngadap buah, nasi kemudian cerita (menjerit pun dah ada gaya tarzan :-))..
Buah cherry dan peach (setakat ni aku dah makan tiga jenis peach, golden, white dan yellow. Golden paling mahal, paling murah white peach)
Buah cherry.... dalam $7-$8 sekilo.. sedapppppp :-)
Aprikot dan plum... buah plum pun ada macam2 jenis, yang atas ni jenis black plum
Pear merah dan tangan Anis... pear pun ada macam2 warna dan bentuk

p/s: kat Malaysia sekarang musim apa ye?



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Debaran Kian Memuncak

Buat julung2 kalinya aku terlibat dalam proses mengundi rakyat Malaysia di luar Malaysia (betul ke ayat aku ni ek?). Sungguh suspen dan mencemaskan. Mana taknya cik hubby dicalonkan bagi dua kategori, bukan calang-calang pula tu kategorinya, Calon Presiden MAPSA dan Penghulu North Shore lagi.

Beberapa hari sebelum majlis pengundian berlangsung....

"Ida, nak tahu tak berita panas hari ni?" ayat pertama suamiku sejurus pulang ke rumah.

"Banyak yang panas, dapur tu pun panas" ayat yang sengaja mengundang bengang di hati sang suami..hehe.

"Serius ni.... abang dicalonkan untuk presiden dan penghulu tahu tak??? Adoiiiiii dah ler tengah tension dengan kes supervisor nak pindah lagi.."... sesungguhnya hubby memang tengah tension sekarang ni sebab supervisornya nak cabut kerja lain kat Korea, dah ler mamat tu je yang expert tentang research hubbyku itu.

"Kita berdoalah semoga abang tak terpilih" kataku sambil membelai rambut suami (ala2 romantik gitu..hehe).

Mungkin kalau bukan kes supervisornya keadaan akan berlaku sebaliknya, kesian juga aku melihat hubby, dahlah nak defend proposal Mac ni, mamat tu pula nak cabut pun Mac ni.. harap rakan2 doakanlah kami di sini, semoga dipermudahkan segala urusan olehNya..Insya Allah.

Wajah calon-calon bagi kategori Presiden MAPSA
Pangkah betul2 ye...(pssstttt, jangan pangkah kat nama Hanafiah tau..hehe)

Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan, hubby tewas dalam pengundian tersebut, kalau orang lain tentu seronok andai terpilih (tapi ada juga yang tak suka..hehe), kami pula rasa amat bersyukur kerana tewas..:-). Apa2pun jutaan terima kasih atas kepercayaan sahabat2 yang mengundi Mohd Hanafiah Bin Ahmad sehingga melayakkan beliau menjadi salah seorang calon Presiden dan Penghulu North Shore.

Presiden MAPSA bagi tahun 2008
Presiden MAPSA bagi tahun 2009
Jang...jeng...jeng...inilah wajah ceria Presiden MAPSA bagi tahun 2010...  (Cik Wan, pasni boleh belanja kami makan ye)

Paling seronoknya Kakak Mizah dan Anis menang bagi acara melukis dan mewarna, Kakak Mizah dapat johan (kategori 9 tahun ke atas) dan Anis pula dapat naib johan (kategori 3-5 tahun), dan yang pasti mereka bukanlah menurun dari genetikku kerana aku ni sememangnya keras tangan. Kasihan melihat Akak Azi, merajuk sebab tak menang, terpaksalah kami belikan coklat panjang untuknya...

Sebahagian kanak-kanak yang begitu khusyuk mewarna... sampai tak sempat nak berposing2 depan kamera, ala2 tekun gitu...:-)
Yeah.. itu dia anak ibu mula melukis... buat betul2 ye nak.... jangan ikut macam ibu, orang suruh buat 'orang' yang jadinya macam 'pokok kelapa'..hehe
Amboi.... seriusnya Akak Azi (kalau nak tahu cita2nya ialah nak jadi astronaut...mudah2an tercapailah hendaknya..aminnnnn)
Anis dan 'Pooh'nya... 
Inilah hasilnya.... beserta ganjarannya

Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Cerita Baru Yang Lama

"Ibu, esok Kakak nak bangun awal, tak sabar nak ke sekolah", dari semalam anak2ku dah tak sabar nak ke sekolah setelah sebulan setengah bercuti (naik lemas ibunya mereka asyik duk tanya dari dulu berapa hari lagi nak sekolah). Kira hari ini semester baru pun bermula buat mereka.

Macam biasalah, bila buka sekolah mesti banyak fulus yang melayang, nak beli peralatan sekolahlah, baju sekolahlah, dan macam2 lagi. Tapi disebabkan uniform sekolah di sini terlalu mahal yang amat tersangat (apa punya bahasa daaa), maka anak2ku pun terpaksalah pakai uniform lama lagi. cuma kasut je beli baru, sebabnya mereka belum ada lagi sandal sekolah untuk summer, yang ada dulu kasut untuk winter (jangan tak tahu, pakaian sekolah kat sini berbeza mengikut musim..), malah peralatan sekolah yang telah dilistkan untuk dibeli juga semuanya berjenama (mana ler tak rabak kocek mak ayah).

Sebenarnya ni n3 lama, aku tak sempat nak update n3 terkini, lagipun rasanya mesti ramai yang nak tahu sistem sekolah di sini kann (poyo jer... ntah ada ke tak yang nak tahu..hehe).. so layan je lah ye.....


Sesi P&P di Pinehill Schoolsetiap kelas purata 20-25 orang murid sahaja

Buat pengetahuan semua, sekolah2 kat New Zealand ni ada nilai decile masing2... paling tinggi nilainya 10, paling rendah biasalah sure mula dari 1.
Logo Pinehill School (Simple je kan)

Sekolah anakku (Pinehill School) decilesnya 10. Semakin tinggi deciles maksudnya semakin tinggi ler socio-economic backgrounds kat kawasan tu.. So melalui decile kita dapat bayangkan taraf hidup masyarakat kat kawasan tu (Patutlah rumah-rumah kat Albany ni besau2 belaka + sewanya mahal2 belaka).

Mizah bersama rakan2 semasa lawatan ke Kelly Tarlton Underwater World...
(cuba cari mana Mizah)

Ni gambar Akak Azi dalam kelas (seriusnya muka anak ibu ni)

Jadi kat bawah ni aku listkan faktor2 yang menentukan decile tu dikira... (buat panduan mereka yang akan berhijrah dan menyekolahkan anak2 kat sini, serta perbezaan sistem pendidikan di sini dan Malaysia)....

There are five specific factors that are taken into account when deciding on the decile rating of a school. These are:
  • Household income - percentage of households with income in the lowest 20% nationally.
  • Occupation - percentage of employed parents in the lowest skilled occupational groups.
  • Household crowding - number of people in the household divided by the number of bedrooms.
  • Educational qualifications - percentage of parents with no tertiary or school qualifications.
  • Income support - percentage of parents who received a benefit in the previous year.

So poorer communities with fewer qualifications and lower incomes are likely to be in Decile One, whilst wealthier communities with more qualifications and higher incomes are likely to be in Decile 10.

Nilah gambar uniform sekolah Pinehill (untuk musim summer), setiap sekolah lain warna uniformnya (kalau nak tahu sehelai baju tu berharga $50 (RM100++), sehelai skort (skirt + short) berharga $50 (RM100++)..jadi sepasang baju berharga $100 atau RM200++ mahal sesangat, tu belum masuk uniform musim winter... pasrah je ler {tagline baru aku, hehe})

Aku selaku pendidik setuju juga bila digunakan sistem decile ni kat Malaysia, so bila keputusan exam keluar seperti SPM, PMR atau yang sewaktu dengannya takdelah nak banding2kan antara satu sama lain, sebab setiap sekolah punya latar belakang yang berbeza (tak begitu tuan2 dan puan2 sekelian). Tapi ada buruknya juga, ye lah takut pula ada yang berasa rendah diri bila berada di decile yang rendah nanti... (maklumlah masyarakat Malaysia ni kaya dengan sensitiviti {terasa lak aku :-p })....Kesimpulannya, setiap perkara tu ada baik dan buruknya, punya sudut pandangan yang berbeza dari insan yang berbeza..(chewah, tingginya aras bahasa...gian pulak nak membebel dalam kelas, hehe)...seperti kata Nabil...Lu fikirlah sendiri...

(Sumber gambar2 dari http://www.pinehill.school.nz/index.php?family=1,25) 


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Hajat dan Hasrat


Kiranya sudah lama hajat ini tersemat di hati, namun apakan daya kekangan ruang menjadi faktor utama kenapa hajat ini asyik tertangguh sahaja. Alhamdulillah, selepas pindah ke rumah sewa baru yang mempunyai ruang yang agak besar, kami tanpa berlengah-lengah lagi terus melunaskan hasrat yang telah lama terpendam ini.

Gotong-royong memasak.. yang baju belang2 tu (kiri sekali) selaku QC (Quality Control) ye :-)
Bakal pelapis negara.. semoga menjadi anak2 yang cemerlang, gemilang dan terbilang
Acara selepas baca Yassin.. bincang masalah negara ke? ke cara nak memikat isteri..hehe
Main dish..

Buat rakan-rakan yang sudi hadir ke teratak kami ini, kami ucapkan ribuan terima kasih, moga Allah memberkati hidup kalian..aminnnn. Majlis bacaan Yasin ini sepatutnya bermula selepas asar (5.23pm), tapi seawal pukul 2pm rumah aku telah dipenuhi oleh rakan-rakan untuk sama berewang membantu aku memasak (terima kasih ye kawan-kawan). Paling menariknya, majoriti kaum perempuan memakai baju kurung, tidak ketinggalan juga kanak-kanak yang turut sama bergaya dengan pakaian tradisi Malaysia itu. Ia membuatkan seolah-olah kami berada di Malaysia! Tidak terasa langsung berada di Albany, sehinggalah aku keluar dari rumah..hehe (maklumlah bila keluar mesti nampak mat salleh@jiran tetangga aku).

Acara wajib kanak-kanak



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut