Kecil Tapi Signifikan

Tak lama lagi sesi persekolahan di Malaysia akan bermula. Terbayang2 saat dan ketika ini andai aku di Malaysia, sudah pasti aku akan sibuk dengan mesyuarat yang bertalu2 di sekolah, kecoh dengan persiapan membeli peralatan persekolahan anak2.
Setahun sudah berlalu, namun kalian tetap dalam ingatanku, doa kukirim buat semua agar berjaya dalam hidup dan tercapai segala cecita.. (Sesekali jiwang karat, tak salahkan?..hehe)

Darah 'guru' yang mengalir dalam diriku sudah sebati tak kira walau dimana aku berada, genetik pendidik yang turun dari arwah nenekku, turun ke arwah ayahku dan kini pada diriku. Justeru itu, kerinduan untuk mengajar semula terubat sedikit apabila aku berkesempatan membuat kelas (5 orang je 'students'nya) di rumahku merangkap mengisi masa lapang anak2ku sempena cuti sekolah ni.

Ni subjek Sains
Pelajar2 yang berusia 8 dan 9 tahun
Pelajar yang berusia 3,5,6 dan 7 tahun
Anis sedang mewarna... (gambar binatang kat atas tu ialah hasil kacukan kucing + lembu ye.. hehe)

Kelas bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada 4 petang. Aku bergilir-gilir dengan salah seorang sahabatku di sini mengajar subjek2 yang berbeza. Aku ditugaskan mengajar Bahasa Melayu, Sains dan English, manakala sahabatku ditugaskan mengajar Pendidikan Islam, Matematik dan Fardu Ain. Susah juga nak mengajar budak2 primary ni rupanya. Masa di Malaysia dulu aku mengajar budak2 menengah atas, so 100% pelajar2 aku dah boleh membaca, tapi bila kena ngajar budak2 yang berusia 5, 6, 7, 8, 9 tahun ni kekoklah juga, aku memang tabik spring ler kat guru2 kindy dan primary ni, berjaya melentur pelajar2 yang baru kenal A, B, C ni sehingga mereka dapat membaca (kalau aku ni jenis tak sabar, mana ler taknya si Azi asyik menangis je bila belajar ngan aku..hehe. Garang juga aku ni ek).

Hahahaha.. tengoklah si Anis tu
Ni ler segmen yang paling ditunggu2 oleh pelajar2ku...hehe

Sebelum mula kelas pelajar2 diwajibkan membaca doa, solat juga dilakukan secara berjemaah, begitu juga dengan makan, mereka kena baca doa sama2 (termasuk ler si Anis). Walaupun pelajar2ku hanya 5 orang sahaja tapi keseronokan mengajar tetap terasa, dan ia seolah2 membuatkan aku seperti berada di Malaysia...!!


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Sendiri-sendiri Belaka


Bergambar di ladang strawberry

Sudah lama aku kepingin untuk pergi ke Cameron Highland, ingin melihat kehijauan di sana. Kata orang di sana sejuk, nak juga rasa bagaimana duduk di kawasan ala2 negara orang putih ni. Bila lihat gambar-gambar adikku di sana suatu ketika dahulu, rasa teruja untuk melihat pokok strawberry dan memetik dengan tangan sendiri buah2 yang ranum lagi merah menyala itu.

Setiap kali ku ajukan hasrat di hati untuk ke Cameron Highland kepada hubbyku, pasti jawapan ini akan terpacul dari mulutnya "Jalan di sana bengkang bengkok, tak sesuai kalau ada anak kecil".. hmmmm, kalau nak tunggu anak besar bilalah agaknya dapat ke sana ye?

Alhamdulillah, Tuhan Maha Adil, sekarang impian menjadi realiti. Walaupun pengalaman ini tidak ku kutip di Cameron Highland, tapi kepuasan dapat melihat, memetik buah strawberry tetap terasa.

Until end of January... cepat2.. sempat lagi ni kalau nak pick your own

$7.50 sekilo, murah jer.. masuk dan makan adalah percuma!!!

Seronok bukan main lagi aku pada hari itu, pagi2 lagi dah bangun (selalunya aku ler yang paling lewat bangun), sehingga aku terlupa yang aku demam..hehe. Lepas telan pil dua biji, kami pun bertolak. Rombongan kali ini disertai oleh orang2 Mount sekali, so dapatlah bayangkan betapa ramainya keluarga kami pada hari itu (kat sini kami warga2 Malaysia@Malaysia-Auckland Postgraduate Student Association terdiri daripada orang2 North Shore, Mount dan City).

Masuk adalah percuma dan yang bestnya kita boleh makan seberapa banyak buah2 yang ada dalam ladang tu (aku makan sampai dah tak muat perut :-) ). Dah puas makan, barulah operasi memetik bermula.. part ni yang paling best sebab seronok memetik ni, sampai si Anis pun petik sama (tapi dia ambil yang hijau2..hehe)

Warna strawberry tu sama dengan warna baju Akak Azi and Anis..hehe

Punyalah suka sakan.. sampai nak terjatuh anak ibu :-)

Inilah rupanya strawberry yang kami petik, isinya sangat manis +juicy

Selepas dah puas memetik, kami pun bergerak ke Long Bay untuk acara makan dan mandi pantai. Masa tu semua dah lapar (mana taknya dah penat berladang dan bertani..hehe), sampai anak2 pun tak heran nak terjun ke laut, depa lebih teruja nak makan dari pi mandi pantai.


Biasalah, kasi ibu2 makan dulu ye... kaum bapa tolong layan anak dulu ye..hehe
Konon2 nak buat sand castle
Cik hubby pun tolong sama
Last2 jadi ler ntah tak tahu ler pulak namanya, macam ultraman pun ada, macam snowman pun ye jugak, pingu pun ada gaya (ada idea tak? )..hehe
Sekali lagi bergambar sebelum majlis besurai.. (masa ni dah rentung dah semua orang... panassssssssssssssssssssss)

P/S: Balik je rumah, demamku semakin teruk... telan lagi dua biji pil... huk..huk..huk..



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Dua Dalam Satu

Cerita Satu:

Selsema menyerangku, rimasnya bila hidung ni start berair. Mudah2an semakin pulih, tak tahan rasanya, sebab tekak pun dah mula perit... huk..huk..huk... (terbatuk pulak).....

Dah tiga hari birthday Akak Azi berlalu. Kesian anak ibu, tak sempat ibu nak update cerita birthday Akak Azi kat blog ni. Jangan marah ibu tau, nanti kena jual..hehe (gurau je ek). Birthday Akak Azi kali ni dibuat agak meriah juga, sebab ramai juga yang dijemput. Tapi disebabkan luas rumah aku ni cuma 4 kangkang kera jer, so aku terpaksalah pinjam rumah Cik Nan sebagai port nak celebrate (thanks ye Cik Nan dan keluarga).

Nak beli kek mahal sangat, jadi ni aku buat ler sendiri Blackcurrant Cheesecake special untuk Akak Azi (first try ni tau). Memang ler tak boleh lawan kek Secret Recipes, tapi kepuasan buat kek hasil tangan sendiri tu lain, lebih2 lagi di hari ulang tahun kelahiran anak sendiri, rasa terharu bila Akak Azi cakap "Thanks Ibu for the birthday cake"... sob..sob.. sob.. (sedih ler pulak..hehe). Buat rakan2 yang sudi hadir dan bagi presents buat Akak Azi.. thanks ye.. semoga dimurahkan rezeki kalian... aminnn.


Cerita Dua:

Hari ni New Zealand start cuti Krismas sampai Hari Isnin minggu depan. Jadi kami pun pakat ramai-ramai nak buat gathering ler.. (maklumlah bosan duk rumah, dah ler semua kedai2 @ supermarket @ shopping complex semua tutup). Tempatnya di Kell Park ( dekat dengan rumah ni je). Konsep macam biasa ler, potluck.. ada ayam, ada mi, ada buah, ada kerepek, ada kek.. macam2 ada, sampai tak terlarat aku nak makan. Air pun macam2 colour ada, sampai tertumpah2 dibuatnya..hehe.




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Pokok Pangkalnya

Dari Albany kami bertolak
Singgah di Thames berehat seketika
Terus ke Coromandel acara kemuncak
Puas berendam sampai terleka.

Ke Kauri Square destinasi tujuan
Melihat keagungan ciptaan Ilahi
Terpegun aku melihat keindahan
Teguh flora kukuh berdiri.

Sesekali pembuka kata dengan bergurindam seloka.. apa salahnya kannnn. Maklumlah adat kita orang Melayu, penuh dengan adat dan budaya. Oklah, straight forward je ler ye, first aku nak habaq kat semua, tadi aku try ler bukak kamera yg masuk air tu, puas aku mengelap.. bateri pun aku cas semula, dan.. jeng...jeng.. jeng.... ianya dah OK... yahoooooo... Alhamdulillah, terima kasih ye kawan2 atas pandangan dan komen2 kalian dalam entri yang lepas... I'm really appreciate it :-)

Kedua aku nak sambung cerita entri yang lepas, selepas kami ke Coromandel, perjalanan kami diteruskan lagi. Kali ini kami nak melawat sebatang pokok Kauri Square yang berusia 1200 tahun! Sesuai ler dengan usianya, lebar pokok ni selebar 6 orang dewasa punya pemeluk!.. punya ler besau bak kata orang Melaka. Di New Zealand ni juga ada muzium khas untuk sejarah dan info mengenai pokok Kauri ni tau.. (punya ler special pokok ni)


Dah macam rombongan nak pinang Puteri Gunung Ledang ler pulak..hehe

Pada awalnya hanya kaum lelaki sahaja yang naik bukit untuk lihat pokok tu, so kaum2 hawa yang cute2 belaka ni (sempat lagi tu..hehe) terpaksa ler tunggu kat bawah melihat dari kejauhan. Tapi si Anis ni asyik merengek je nak kat abah dan kakak (Kakak Mizah pun naik juga), so terpaksa ler aku pun naik (penatnya aku mendaki mata anak tangga Tuhan sahaja ler yang tahu, sampai kat atas tercungap2 tak cukup oksigen). Terpegun@terkesima@terkujat@terpana aku melihat keindahan alam dan kebesaran pokok tu sesampai sahaja aku di atas.

Anak panah penunjuk arah

Ni ler pokoknya
Bentuk pokok ini seperti square, sebab tu pokok ni dikenali sebagai Kauri Square (Ala keciknya hubbyku)
Tak cukup nafas masa ni... penatnya... fuhhhhh
Pandangan dari atas bukit Kauri Square, bukit ni dikenali sebagai bukit unta kerana bentuknya seperti bonggol unta.

Untuk pengetahuan semua, pokok Kauri ni sangat terkenal di sini kerana orang2 Moari (masyarakat orang asli di NZ) menggunakan batangnya untuk buat sampan, rumah dan macam-macam lagilah. (kalau nak info lanjut klik di sini ). Dalam perjalanan pulang pula, aku sempat snap gambar2 pemandangan di sini (guna kamera hubby, kamera aku tau2 je ler.. dah puas berendam bersama tuannya), jadi hayatilah secebis keindahan di bumi New Zealand. Andai sesiapa rakan2 bloggers yang agak2 nak datang sini, kami sedia menanti di pintu airport.. :-).




New Zealand ni sangat terkenal dengan keindahan pantai2 dan kehijauan alam semulajadinya. Kat sini aku nak share serba sedikit apa yang sinonim@terkenal dengan negara New Zealand ni.
Kedamaian pantai menggamit pelancong
Bukit bukau yang hijau penyejuk mata memandang
Deretan kedai2 yang sunyi sepi, kerana waktu urusniaga akan ditutup seawal 5.30 petang

Lembu2 tenusu. Susu terbaik dari ladang New Zealand
Pokok fern, contoh pada lambang kumpulan All Black...

Korek dan Korek Lagi!

Kalau dulu kami pakat ramai2 ke Shakespear Park pi cari cockles, tapi semalam kami pi serang Coromandel Park pi cari mussel pula.. tapi sadly to say, puas aku berbasah-basahan dan menahan ombak yang menghempas ke badanku ini namun seekor mussel (kupang) pun hamba tak ketemui... malah tangan hamba yang runcing (hahahaha.. perasannya) ini habis luka2 terkena batu karang dan batu2 kecil di dalam air.

Pemandangan tempat kami pi cari mussels tu.. cantikkan? (masa ni jam menunjukkan pukul 4.00 petang.. air sedang surut)

Kat Coromandel ni bukan setakat terkenal dengan kupang malah segala jenis seafood ada di sini, jadi tak hairan ler hampir sepanjang perairan di kawasan ini ada sign board dari Ministry of Fisheries NZ yang menyatakan limit tangkapan bagi setiap orang, kadang2 mereka buat spotcheck tau.... (so dapatlah sedikit mengurangkan kepupusan hidupan akuatik ni..betul tak?)

Sini banyak oyster (tiram) tau.. tapi aku tak ambil pun, sebab tak pandai nak makan..hehe

Tapi ada satu cerita yang lagi sedih... uwaaaaaaa (nangis dulu), masa tu aku terlupa yang kameraku ada dalam poket baju. Puas ler aku duk berendam dalam air laut tu, dah nak dekat sejam baru aku perasan kenapa kocek aku berat.. Tulah khusyuk sangat duk berendam sampai lupa kamera kat dalam kocek (nasib baik bukan kamera dslr hubbyku yang berendam.. kalau tak mahu seminggu tak lalu makan..hehe). Ni kameraku itu masih didalam keadaan berhibernasi, takleh on lagi sebab dalamnya masih berair.. harap2 ok ler hendaknya... aminn (jangan berkarat sudah ler:-( ).

Masa ni cuma dapat cockles je
tak puas hati.. nak pi lagi jauh..
Budak2 sibuk cari anak ketam bawah batu..hehe
Anis meragam masa ni, taknak main air.. grrrrr
Dapat tak ketamnya?

Walaupun kami tak dapat mussels tapi kami dapat banyak pipi dan cockles (macam kepah), kalau nak ikutkan memang banyak lagi aku boleh dapat, tapi sebab kes kamera aku tu ler, niat nak korek cari pipi dan cockles lagi terus terbantut.. sedih tau....
Inilah hasil tangkapan Anis... lagi besau, seminggu punya lauk..huahuahua
Mussel di belakang, pipi di kiri dan cockles di kanan
Rupa2nya kalau nak cari kupang ni, kena pi ke tengah laut lagi, pastu kena guna goggles sebab nak selam cari kat dasar. Ini kami duk cari kat gigi air je, mana ler nak dapatnya..hehe. Nasib baik ler ada group orang Moari ni (Moari kot..) yang baik hati bagi kami seorang satu mussels ni, boleh juga ler kami jamah :-).

Ini ler rupanya musssel (kupang) kat Coromandel ni... siapa tahu yang mana jantan yang mana betina ek?

Acara selepas kemuncak..makannnnnnnnn!!!!!!

p/s: nak tahu apa yang berlaku sebelum kami ke Coromandel.. apa yang menarik tertarik kau memang da boommmm... haa kalau nak tahu silalah klik sini ye.. jangan malu2 buat macam blog sendiri..hehe