Yang Hangat & Yang Panas


Banyaknya ler perkara yang berlaku dalam tiga hari ni.... tak tahu nak cerita yang mana dulu. Kalau aku cerita semua dalam satu entri ni nanti, panjang berjela macam novel pulak kang... jadi untuk memendekkan cerita (sebab malas nak taip banyak2), aku cerita pasal sambutan Hari Raya Aidil Adha dan apa yang istimewanya yang berlaku pada hari ini ( 29 November).

Sedang rakyat Malaysia duk sibuk menyambut raya, kami di sini duk sibuk bergotong-royong mencucuk sate (sate lagi..hehe). Kalau nak tahu, sambutan Hari Raya Aidil Adha kat sini diraikan sehari lewat berbanding Malaysia (dulu raya puasa pun gitu jugak). Thanks buat Kak Asiah sekeluarga kerana sudi jadikan rumahnya sebagai port kilang membuat sate.. rempah untuk marinate sate aku yang buat (kalau tak sedap sorry ek...), kuah kacang pun aku yang buat (kalau kurang kick pun sorry ek..:-) )...


Operasi membakar sate pulak dibuat di Long Bay Regional Park, yang bestnya siap ada sukaneka dan acara tukar2 hadiah untuk orang dewasa dan kanak2 lagi... aku ler yang paling seronok sebab dapat handbag + kompas (sorry ler ye kawan2.... aku tahu ler korang mengidam nak handbag tu..hehe). 



Selain sate, kami juga ada buat kupang bakar, memang sedap. Kupang sini lain sikit berbanding kupang kat Malaysia, kupang sini besar2 + isinya sangat lembut  (tak liat macam kat Malaysia). Masyarakat sini memang suka makan kupang, sebab tu kat mana2 supermarket ada jual kupang hidup.. tapi yang aku pelik, setakat ni aku belum jumpa lagi kerang kat sini.. mengidamnya aku nak makan kerang....:'-(


Ok..perkara seterusnya aku nak habaq ialah jeng..jeng..jeng... Hubby ku sudah semakin tua (29 Nov).. huahuahuahuahua (gelak ala2 anak jin)... Buat kekanda Mohd Hanafiah, selamat ulang tahun yang ke...toooootttt... (kalau nak tahu tanya pada tuan punya badan sendiri ye)... Terima kasih kerana menjadi suami dan ayah yang terbaik buat kami, semoga perjalananmu dalam menuntut ilmu dipermudahkan olehNya, terima kasih juga kerana memahami dinda dan menjadi pelindung kepada diri, dinda doakan agar kanda berjaya dalam hidup, kami sentiasa di sisi menemanimu..(alamak romantik gitu..hehe).

PUISI BUAT SUAMI
 (Khas ku cipta buat suami tercinta: Mohd Hanafiah Bin Hj. Ahmad)

Sayang
Pertemuan yang membangkitkan rasa cinta
disulami benih kasih dan sayang
yang kemudian bercambah menjadi pepohon
hijau merimbun mendamai rasa
lestari moga ia tetap subur  
sebagaimana mekarnya cinta kita.


Sayang
aku isterimu tetap disisi
setia aku menjadi surimu
namun adat kita berumahtangga
akan ada badai melanda
akan ada ombak menghentam pantai
andai laku ku menguji sabar mu
pimpinlah aku ke jalan yang betul
andai tuturku menguris perasaanmu
tegurlah kiranya perbaiki silapku
dan andai aku menjadi racunmu
ku pohon dirimu menjadi penawar.

Sayang
Akan ku terus meniup seruling cinta
bersama alunan indah yang terhasil
umpama indahnya percintaan kita
walau dalam seribu kepayahan melanda
walau dalam sejuta ujian mendatang
namun kita mampu menongkahnya
dalam payung rahmat Ilahi.

Selamat ulang tahun sayang
kuiringkan doa buat dirimu
agar sulit diberi mudah
agar gelap diberi cahaya
agar lemas diberi nafas
Moga Allah memberi syurga
aminnnnn...

p/s: Nak tahu apa kisah aku jadi volunteer kat sekolah anak2ku dan apa yang hangit yang berlaku pada hari ni (29 Nov) yang membuatkan aku hilang mood... tungguuuuuuu :-)


+/- Title of the post link
baki post anda yang hendak disembunyikan

Inilah Duniaku..

Ditujukan khas buat rakan bloggers yang ingin melihat kebanyakan gaya rumah apartment di Albany, Auckland + sistem menyewa rumah kat sini. Aku gunakan rumah aku yang sempit dan berselerak ni sebagai sample...layannnnn



Rumah2 sewa di sini dijaga dan diuruskan oleh agen2 rumah yang berdaftar, landlord akan bayar upah kepada agen untuk menguruskan rumah sewa mereka (termasuk bayaran sewa). Sebab tu kawasan rumah di sini sentiasa bersih + cantik, sebab dijaga oleh agen ni.. malah ada agen yang tidak membenarkan penyewa menyidai baju di luar.. kena sidai dalam rumah (nasib baik agen rumah sewa aku baik + sporting)


Masyarakat sini sangat prihatin terhadap laman mereka, landskap dijaga rapi dan disulami dengan aneka warna bunga2an ( Pemandangan belakang rumah aku)

Kebiasaannya kawasan apartment di sini dilengkapi dengan kawasan untuk beriadah, nak picnic kat atas rumput ni pun takpe... bentang jer tikar kat situ
( Pemandangan hadapan rumah aku)

Sedang aku duk asyik snap gambar... elok pulak si pigeon ni termenung kat situ.. tak pernah2 ada pigeon singgah kat rumah aku sebelum ni.. macam tau2 jer aku nak ambil gambar :-)



Style rumah apartment sini macam kat Malaysia juga.. masuk rumah jer, terus jumpa dapur dulu (sila abaikan benda2 yang berselerak tu ek..hehe)

Inilah rupa bilik air rumah aku... tandas kat sini semuanya jenis tandas kering... penat eden nak menjaganya (sebab jenis kering tu yang boleh letak carpet)

Disebabkan apartment ni kecik bebenor, maka kena ler ada bar ni tempat bersantap.. (Harga 3 biji stool ni cuma $10 jer...)

Inilah tempat yang paling lama aku lepak.. depan dapur..hehe, mana ler taknya bil elektrik aku mencecah $150++ sebulan (tu belum convert ke RM lagi tu)... dapur n oven semuanya guna elektrik

Ini pulak dishwasher ( tempat basuh pinggan mangkuk). Aku tak pernah guna pun, tapi disebabkan dah masuk dalam sewa, so aku jadikan tempat keringkan pinggan mangkuk lepas basuh... (shhhhhh jangan bagitau kat agen tau)

Haaa...yang ini pulak rupa dalam dishwasher tu.. (Pinggan, Kuali dan tapis tu import dari Malaysia..sini mahal )

Kalau nak cakap pasal harga sewa rumah kat Albany ni memanglah tersangat mahal yang teramat..amatnya.. (marah Cikgu BM aku..hehe), dah ler sewa mahal, pastu kena bayar cagaran lagi (bond). Kalau kita nak keluar dari rumah sewa ni, cagaran tu kira hangus andai ada kerosakan semasa dalam kita menyewa... so, jangan harap ler nak tebuk2 dinding ke kalau nak gantung2 frame tu... kadang2 fikir, kejam juga sistem sewa rumah kat sini. Tapi bila direnungkan kembali (hehehe... macam refleksi dalam buku Rancangan Harian Mengajar pulak) bagus juga sistem ni, sekurang2nya penyewa takde ler senang2 hati nak buat pedajal kat rumah tu.

Satu lagi sistem sewa rumah kat sini, bayaran sewa ialah melalui potongan akaun bank... maka takde ler hutang tertunggak sampai berbulan2 lamanya tak bayar sewa (sepatutnya Malaysia kena buat sistem macam ni.. baru ler takde yang lari dari bayar sewa rumah). Nak menyewa pun kena ikut kepala, rumah 2 bilik hanya untuk maksimum 3 kepala jer (kes aku lain..rezeki..Alhamdulillah). Alasan mereka, rumah yang kecil tak sesuai untuk perkembangan anak2 (yang ramai) + tuan rumah takut rumah mereka kotor. Begitulah para hadirin dan hadirat sekelian budaya hidup kat sini... mana yang baik ambillah, mana yang buruk campakkan jer kat tepi lombong :-)

Dengarlah Ceritaku...


Sudah lama sebenarnya aku dan family merancang untuk mencari rumah sewa yang lain, sebabnya rumah sekarang ini terlalu kecil + tiada lawn sendiri. Kesian pulak pada anak2, asyik duk mengadap tv + komputer je, nak main kat luar mereka segan sebab dekat dengan rumah orang. Nak cari rumah sewa kat sini tak susah, sebabnya semua ada diiklankan di internet (trade me), tapi yang susahnya ialah proses nak dapatkan rumah sewa tu..  terlalu cerewet dan banyak cekadak yang perlu diuruskan. Kat sini aku nak ceritakan pengalaman nak cari rumah sewa kat Auckland ni... (yang akhirnya membawa kegeraman kepada kami)

Inilah rumah sewa yang kami duduk sekarang.. tingkat satu (yang berlangsir)

1. Proses Pertama
Langkah pertama, aku dan hubby mula meninjau-ninjau rumah di trade me. Kami berminat pada satu rumah ni di John Jenning Dr... 3 bedrooms, double storey, ada deck, ada laman.. tapi takde perabot (unfurnish). 

2. Proses Kedua
Kami pun menelefon ler agen rumah sewa tu (kat sini semua urusan rumah sewa melalui agen, tak macam kat Malaysia terus deal dengan landlord) menyatakan kami berminat nak view rumah tu. Agen tu pun bagi ler satu tarikh untuk pergi tengok rumah tu.. punya ler ramai yang gi view sama (semua interested dengan rumah tu juga). Kemudian kami kena isi form, nasiblah kalau ada rezeki ada ler.. kalau tak kenalah cari rumah lain.

(Borang perjanjian beserta resit wang pendahuluan yang telah kami bayar)

3. Proses Ketiga
Alhamdulillah, agen tu kata kami berjaya dapat rumah tu.... bermulalah era aku mengemas barang (masuk dalam kotak) + mencari barang2... sebab rumah sewa yang aku duduk sekarang sudah ada disediakan peti ais, mesin basuh... jadi terpaksalah kami membeli yg lain untuk berpindah ke bakal rumah sewa kami yg baru itu. Kami beli barang2 pun melalui trade me, peti ais $100, dan mesin basuh $220 (kira murah ler tu... walaupun second hand tapi kondisi masih ok lagi). Sekolah anak yg baru pun kami dah survey, Kakak Mizah n Akak Azi siap dah bagitahu pada cikgu dan kawan2nya yang mereka akan pindah sekolah.




(Harga mesin basuh dan peti ais yang kami beli through Trade Me)


4. Proses Keempat
Kalau nak keluar dari rumah sewa sekarang, notis 3 minggu untuk terminate lease perlu diserahkan.. (sini tak boleh batalkan kontrak sewa dari 12 Disember - 11 Januari..sebabnya mereka nak cuti Krismas). Jadi masa kami hantar notis nak keluar rumah sewa sekarang ni pada agen, ngam2 ler untuk kami pindah 7 Disember nanti. So kami pun hantar ler emel kepada agen rumah sewa sekarang menyatakan kami nak keluar.... 

Good Morning Hanafiah 
Thank you for the email regarding termination of your periodic lease. I shall forward a letter to you within the next two days outlining the procedure of what we require in rent, cleaning etc.
(Reply dari agen lama setelah kami bagi emel menyatakan yang kami akan keluar dari rumah sewa sekarang ini)

5. Proses Kelima
Selama seminggu aku duk sibuk mem'packing' barang2 ke dalam kotak. Hubby pun dah sign agreement dengan agen rumah baru tu.. duit pendahuluan pun dah dibayar (seribu lebih juga ler) , entah macam mana tiba2 di suatu hari yang mendung (heheehe... sempat lagi tu ) aku dapat YM dari hubby menyatakan agen tu terpaksa batalkan perjanjiannya dengan kami.. sebabnya landlord tu ada masalah dengan bank... Masa tu berlinang airmata aku membaca YM dari hubby.. terbayang kepenatan aku mempacking barang2 dan kemanakan harus kami letak peti ais dan mesin basuh yang baru kami beli tu.. (rumah sekarang ni terlalu sempit untuk letak benda2 tu semua). Sebaik anak2 balik sekolah aku pun bagitahu pada mereka kisah yang sebenar, meraung si Kakak Mizah masa tu (sebab dialah paling excited nak pindah + malu sebab dah bagitahu kat cikgu dan kawan2).

Further to my conversation and email to you, we confirm that the landlord cannot re let the property. He has been in touch and advised that bank has foreclosed and it seems the property will be a mortgagee sale. There is nothing we can do about this. Obviously the landlord has got himself in financial difficulty. I called Hamish the other day regarding your current rent and explained the situation. I hope he or Glenys have been in touch with you. We will send you a full refund and I will certainly look out for another property for you.
(Emel dari agen rumah sewa baru kepada kami)

6. Kami pun terpaksa ler menebalkan muka menelefon dan merayu pada agen lama supaya kami boleh sambung untuk sewa rumah sekarang ni.. nasib baik agen lama ni baik hati dan simpati dengan kisah kami. Semalam agen lama tu pun datanglah ke rumah kami minta kami sign sekali lagi menyatakan kami tak jadi pindah dari rumah ni.

Walaupun kisah ni nampak remeh.. tapi ia meninggalkan kesan yang agak dalam dalam hati kami sekeluarga. Bayangkanlah hampir setiap hari kami duk meronda2 kat kawasan rumah sewa baru tu.. siap berangan macam2 lagi klu dapat pindah kat situ... tuptup, begini pulak endingnya. Kesian kat anak2 sebab mereka dah over excited, setiap hari tolong aku kemas barang2.. so sekarang dah jadi satu kerja pulak kena bukak kotak2 tu dan simpan balik barang2 tu ke tempat asal. Ada juga yang memberi pandangan agar kami mengambil tindakan undang2 pada mereka. 

Aku yakin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku... mudah2an Allah akan gantikan dengan yang lebih baik..aminnnnnn. Terima kasih buat Cik Adnan sekeluarga kerana sudi tumpangkan rumahnya untuk simpan peti ais dan mesin kami itu. Terima kasih juga buat rakan2 yang mengambil berat dan simpati atas apa yang berlaku kepada kami, buat Bejau dan sekeluarga, terima kasih kerana sudi melayan kami dan mendengar tangisan si Kakak Mizah :-)... dan tidak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan2 bloggers yang sudi baca luahan perasaan aku ni (hehehehe... dah macam amanat Hari Raya Haji lak...)... 





Anak2 sedang bermain di depan rumah sekarang.... 

hArU bIRu


Haiiiiiii... kelam kabut dan haru biru sungguh hidup aku dibuatnya seminggu ini... ribut bertandang tanpa diundang... nak tahu apa yang terjadi......
tungggggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!

Maaflah ye, disebabkan masih dalam keadaan haru biru @ kucar kacir @ kelam kabut @ yang sinonim dengannya... maka tak sempat aku nak update blog apa yg terjadi... sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr :-)

p/s: So sebagai selingan @entertainment..layann je ler video ni ek buat motivasi diri..layannnn




Butterfly In My Stomach..

Surat yang menyebabkan butterfly keep flying in my stomach..hehe

Sebenarnya aku tengah pening@nervous memikirkan tarikh 26 November ni. Sebabnya untuk makluman semua, Kakak Mizah kena tidur kat sekolahnya pada tarikh tersebut (Sleepover At School). So apahal pula aku yang sibuk2 terlebih nervous??

4 adults per classroom (20 students) overnight... maksudnya seorang volunteer (ibubapa) hanya perlu menjaga 5 org pelajar. Kalau kat Malaysia bagaimana??Seorang guru menjaga 20++ pelajar... (berdasarkan pengalaman aku sebagai seorang guru..)

Ye lah mana tak peningnya, kalau kat Malaysia bila ada camping kat sekolah, jarang yang ibubapa akan involve, semuanya guru yang akan handle program dan pelajar2. Tapi budaya sekolah kat New Zealand ni berbeza sikit, segala aktiviti biasanya akan melibatkan ibubapa (sebab tu assembly di sini parents boleh seat sama dengan guru2), contohnya setiap kali ada rombongan sekolah yg melibatkan anak kita, mesti aku akan dapat surat volunteer untuk turut serta dan jaga pelajar2 ni (yang bestnya tambang bas free bagi ibubapa). Tapi malangnya setakat ini aku tak berkesempatan ikut serta setiap aktiviti mereka, sebabnya tiada siapa yang nak look after si Anis ni (hubby ke universiti).

Tapi kali ini aku tak dapat mengelak dan menolak. Pada mulanya aku dah cakap pada Kakak Mizah yang aku tak dapat nak join, jadi aku pun pulangkanlah borang volunteer tu semula pada cikgunya. Tapi beberapa hari selepas itu, Kakak Mizah cakap, cikgu minta sesangat agar aku dapat tolong sebab sekolah masih kekurangan volunteer utk bantu mereka, especially pada waktu malam@ tidur kat sekolah. Cikgu Mizah siap boleh kata "If your mum wants to pray, we have special room for her"....hmmm nampaknya mereka memang bersungguh2 nak minta pertolongan aku...

Aduhhhhhh!!!!! Serba salah pula aku dibuatnya, so aku pun berbincanglah dengan hubby dan sebenarnya hubby pun suka sekiranya aku dapat tolong, at least dapat juga rasa pengalaman camping cara orang putih@mat salleh ni. Fikir punya fikir, aku pun bersetuju ler.. tapi aku tak sanggup nak tidur waktu malam.. nak tahu sebabnya? Sebabnya, untuk pengetahuan semua budaya camping kat sini takde bilik khas yang mengasingkan pelajar perempuan dan lelaki. Mereka tidur dalam satu bilik yang sama.. cikgunya cakap nak tidur sebelah lelaki pun takpe (berkali2 aku pesan kat Mizah, tidur tepi kawan perempuan..jangan ngada2 nak tidur sebelah lelaki)....

Sekadar mencari secebis pengalaman di sini untuk dikongsi dengan rakan2 guru, setibanya aku di Malaysia kelak... mana yang baik dijadikan teladan, mana yang buruk dijadikan sempadan..:-)
Mulanya Cikgu Kakak Mizah minta jasa baik aku untuk overnight (26 Nov)

Aku pun ambil keputusan yang aku akan bantu pada hari Jumaat dari pukul 7pg - 11pg.. dalam hati ni berdebar2 je.. yelah takut tak faham arahan mereka suh aku buat apa (sekarang secara rasminya aku menjadi fasilitator acara perkhemahan tersebut... nervous ni..hehe).. arahan tentang apa yang aku perlu buat akan diterangkan pada hari tersebut...

Barang-barang yang perlu dibawa oleh Kakak Mizah

p/s: Now I'm getting butterfly in my stomach.... bilalah butterfly ni nak berhenti terbang ek... dah jadi tidur tak lena, mandi tak basah pulak dibuatnya... (tapi makan tetap kenyang..hehe)

Entri Yang Ada Tapi Tiada.. :-/

Entrinya ada.. gambarnya pun banyak, tapi di simpan di tempat yang rahsia.. kalau nak tahu tempat rahsia tu, meh ler klik sini ..... (rahsia tauuuuuuuuuuu :-) )


Akhirnya...Keluar Juga Engkau Wahai Peluh...

Futsal oh futsal... disebabkan olehmu, maka tangan hubbyku telah cedera angkara menepis serangan lawan (maklumlah.. hubby ditugaskan menjaga gawang gol). Nak buat macam mana, itulah dunia sukan, kalau tak cedera memang tak sah.. (ye ke statement aku ni?????). Walaupun cedera tapi semangat kental untuk terus berjuang tidak pernah luntur, malah terus membara hingga ke wisel penamat...chewaahhhh, bahasa kena ada unsur2 semangat patriotik, biarpun kalah..hehe.

Hulubalang-hulubalang North Shore
Sesi pengundian... sempat lagi hubbyku berangan tu

Defender North Shore... (cuba teka kemanakah bola itu akan pergi..kuiz bagi minggu ini)
Gaya seorang pemain MU yang telah pencen.. (ampunnnnnn ya kanda...:-) )
Alaaa..... ciannya, balik ni letak ubat ek, Minyak Geliga Cap Mydin (thanks ye Cik Denang atas minyaknya)

Kes aku pula lagi rumit dan complicated macam kes dalam cerita CSI tu (ayat kena bombastic, hehe), asalnya aku tak berniat nak main netball, sebab menurut pemahaman aku, pertandingan futsal dan netball diadakan secara serentak. So, terfikirlah olehku ketika itu siapalah yang akan memikul tanggungjawab menjaga si Anis, nak harapkan kakak2nya..hmmmmm, harapkan pagar, pagar makan padi.. tau jelah budak2 ni bila dah jumpa kawan2, adik kemana, dia kemana.

Anis bersama dengan muncung itiknya..tengah bad mood masa ni..(walaupun tengah mengamuk... cermin mata hitam tetap tak tinggal..hehe)

Maka alkisahnya aku pun pakailah pakaian yang agak kurang sesuai untuk bersukan, seluar jeans + kasut kulit bertumit (macam pakaian ala2 nak gi shopping). Kira memang takde niat nak main ler... tuptup sampai kat YMCA tu, barulah tau yang permainan diadakan secara bergilir2, futsal dulu, baru netball. Aku ni kalau bab2 bersukan + berpantun + bersajak + yang seangkatan dengannya, memang suka nak join (biarpun tak mahir mana), saja nak happy2. Terima kasih tidak terhingga buat Azlina kerana sudi pinjamkan kasut sukannya padaku (kasut mu itu memang best.. maklumlah made in Malaysia... Malaysia best!!!!!!). Tanpa regangan otot dan practise... aku pun terjunlah ke dunia ke'netball'an.......layaaannnnnn...

Aku (jersi no. 1 )and the gang (team biru) also my enemy (team kuning).... yang bestnya org lain semua pakai seluar sukan.. aku jer vogue pakai seluar jeans..hehe..

Lambatnya ler wisel ni nak berbunyi.. aku dah tak sabar ni nak baling bola.. (kata diriku di dalam hati)
Cuba teka, dimanakah kedudukan bola itu sepatutnya berada? (kuiz untuk minggu depan)
Kita minum dulu... Teh Tarik Satu! Kasi kawwww punya...

Kalau nak tahu, pasukan kami (North Shore) siap ada pasukan pom pom girl lagi, yang bestnya boleh pulak bergaduh2 lagi tu dengan pasukan sorak team lawan, sampai ada yang menangis lagi tu. Tau jer ler budak2 ni, takleh kena ejek sikit, teruslah menangis... pemain2 takde apa2, pompom girl pula yang lebih2..hehe.

Thanks ye Auntie June sebab sudi buat pompom n latih budak2 ni..
Masa ni tengah happy lagi..Go North Shore! Go!
Masa ni tengah mood sedih... (mana taknya, pompom girl North Shore ada tiga orang jer.. pasukan lawan berbelas orang.. mana ler nak menang acara menyorak..hehe)

Alhamdulillah kerana melalui acara sebegini, kami warga MAPSA dapat berkumpul dan terus mengeratkan lagi ikatan ukhuwah yang sudah terjalin. Terima kasih buat penganjur event kali ini... kami memang puas hati..... dan seronok kerana dapat keluarkan peluh.. (maklumlah susah sangat nak keluarkan peluh kat sini, cuaca sejuk sepanjang masa :-).. )

Acara untuk kanak2 lelaki... belajar cara menyepak bola tanpa bola yang betul ke gawang gol..:-)
Pemain netball paling termuda..... Chaiyok..Chaiyok!
Striker terulung abad ini@ anugerah kasut emas (kanan) bersama Presiden MAPSA yang sentiasa ceria (kiri)

Bahayanya Tu!!!!!!


Wajah ceria anak2 yang dapat berjalan2 dihujung minggu.

Alhamdulillah, kesihatan gigiku sudah beransur pulih.. idea nak menulis pun dah datang semula... tapi ada pula masalah yang lain... hmmmmm, internet ni ler pulak slow yang amat, hilang mood nak meng'update'. Cerita banyak yang nak dikongsi, takpelah dugaaaaaaaaaaannnnnnnnn.........

Weekend yang lepas memang tak sempat nak membelek blog ni, Sabtu ke kelas English, Ahad lak ke YMCA, Auckland.. Hubby ada futsal and aku ada bola jaring (kena jadi bidan terjun daaa). Balik dah lepak, terasa masa tu seolah2 macam bantal n katil memanggil2 aku supaya berbicara dengan mereka,hehe .... (cehhh..padahal diri sendiri yang nak tidur, kesian bantal and katil tu lak yang disalahkan..).

Nilah bangunan YMCA tempat hubby n aku membawa nama North Shore dalam pertandingan futsal and netball

Oklah para tetamu sekelian, berbalik kita pada tajuk yang di atas, aku nak berkongsi satu cerita masa on the way ke YMCA Auckland Ahad lepas @ semalam. Masa tu kat traffic light, suasana dalam kereta Wagon Subaru Legacy yang berenjin turbo (kereta kami ler tu), sunyi dan sepi.. masing duk tengok2 bangunan2 pencakar langit kat Auckland tu... (rindunya aku pada Kuala Lumpur)
Sky City..mengingatkan aku pada KL tower.. (uwaaaaaa :'-( )

Tiba2 dengan begitu suspen dan mempunyai unsur2 thriller sekali si Mizah boleh menjerit dengan nada yang agak tinggi dan mempunyai desibel yang boleh menggugat kesihatan pendengaran pendengar, "Abah! Abah ada orang kat atas tu macam nak jatuh!!! Bangunan tu tinggi!!! Bahayanya abah!!!!".. aku yang duk berangan sedari tadi terkejut sakan ler.. "Jatuh! Kat mana akak?" tanya ibu kepada anaknya.. " Kat atas tu bu..." sambil jari telunjuknya menghala ke arah bangunan yg boleh dikatakan agak tinggi sebelah kami (poyo jer ayat aku ni..hehe)... Masya Allah, nak putus jantung aku tengok mamat yang dimaksudkan oleh anakku tu, aku lak yang gayat tengok dia kat atas tu.. Tengah duk dabdubdabdub jantung ni tiba2 si Hubby boleh gelak sakan.. "Hahahahahaha, laaa tu kan patung jer"...cehhh tertipu kami semua, bengang..bengang...#&^#@&^%$(*%

Nasib baik ko patung.. kalau orang dah lama kena marah ngan aku sebab takde safety protection langsung.. (hehehe.. berani ke aku nak marah Mat Salleh, depa besau2...)


Cuba anda besarkan sikit mata anda itu, perhatikan kat atas bumbung tu.. nampak tak mural kat situ, cantik dan unik.. kan bagus kalau bakat yang ada dibuat begini dari duk conteng dinding dengan tulisan yang ntah apa2 terutama kat dinding sekolah + bilik darjah.. (cikgu tengah marah ni...)

p/s: nak tengok hubby berfutsal and aku bernetball?..... Sabarrrrrrrrrrrrrrrrrr
InsyaAllah esok lusa aku updatekan ye :-)