Kerang Oh Kerang Kenapa Kau Tak Timbul...

Kerang oh kerang kenapa kau tak timbul
Macam mana aku nak timbul
Orang ramai sangat (2x)

Orang oh orang kenapa engkau ramai
Macam mana aku tak ramai
Sebab nak kutip kerang (2x)

Kerang oh kerang kat mana kau dikutip
Kalau engkau hendak aku
Aku kat pantai Shakespear (2x)

Shakespear oh Shakespear apalagi engkau ada
Kalau engkau hendak tahu
Aku ada air terjun (2x)

Air Terjun oh air terjun apa lagi engkau ada
Kalau engkau hendak tahu
Aku ada kambing biri2 kat sebelah (2x)

(Sila nyanyi macam rentak lagu Bangau Oh Bangau)...

Layannnn....

Inilah ahli rombongan kami..(termasuk yang atas pokok tu...)
Ye itu dia...korek lagi dalam2
Ni burung seagull memikat manusia ke atau manusia yang memikat burung
Nun jauh di sana kambing biri2 sedang meragut rumput....(mbekkkkkkk, close up ler dekat sini..mbekkkkkkkk)
Tak sempat nak snap gambar, habis lari lintang pukang kena kejar dek budak2 ni...
Lagi gambar di frame besar... sini mana2 park kebanyakannya ada frame gedabak ni
Walaupun tidak sebesar mana namun keindahannya dan kebersihannya tetap terjaga
Sila bawa balik sampah anda ye...sini takde tong sampah
Inilah hasilnya...Alhamdulillah

Salam bersambut, Ukhuwah bertaut:



Bukit Sebatang Pokok..:-)

Mula2 pening juga nak fikirkan tajuk entri kali ni... puas fikir, last2 hubby cakap "Apa susah, translatekan je dalam bahasa Melayu One Tree Hill ke Bukit Sebatang Pokok"... Hahahahaha, macam nak pecah perut aku gelak bila dengar One Tree Hill tu di"Melayu"kan..

Oklah, kita masuk ke matapelajaran sejarah ye tuan2 dan puan2... sapa kata Auckland takde gunung berapi@ volcano, sila angkat tangan...:-), tapi jangan lak takut nak ke mari sebab volcano tu dah tak aktif lagi pun. Letupannya berlaku kira-kira 20 000 - 30 000 tahun yang lampau, kawasan gunung berapi tu pun dah dijadikan park... siap ada ladang kambing biri2 lagi sekitar tu.

Macam mana kawasan volcano tu dapat nama One Tree Hill ek? Menurut sejarah, after removal one tree kat situ maka bukit gunung berapi tu pun dinamakanlah One Tree Hill atau Maungakiekie dalam bahasa Moari dan ianya setinggi 182 meter..begitulah ceritanya anak2 murid sekelian (amacam ada tokoh jadi cikgu sejarah tak?).

Jadi untuk mencantikkan lagi One Tree Hill ni, maka kawasan sekitar tu pun dibuatlah park, dan nama park tu ialah Cornwall Park. Maka tersebutlah alkisah seorang mat salleh ni yg dinamakan ayahnya dengan nama Sir John Logan Campbell dimana beliau sangat2lah dermawannya kerana dialah park's donor kepada Cornwall Park itu... Kat Cornwall Park ni, kita boleh beriadah bersama2 dengan sheep tau... tapi kami tak sempat nak snap gambar + berlibur masa kat Cornwall park sebab letih bangat...(from MOTAT terus ke One Tree Hill).

Layannn....
Kat belakang hubby tu ler rupa menara kat puncak One Tree Hill ni ...

Pemandangan sekitar Auckland dari atas puncak....

Walaupun quite windy dan sejuk yg amat... posing tetap posing..hehe

Abah...tingginya, Akak Azi gayatlah...

Ni je ler yang sempat aku snap masa lalu kat Cornwall Park tu...takpe Insya Allah akan datang pergi lagi.. Jom ikut :-)

(Budaya di sini dimana2 park jarang disediakan tong sampah, sampah2 tu kita kena bawa balik... aku kagum dengan masyarakat di sini, mereka akur dan hasilnya memang sukar untuk melihat sampah sarap di merata-rata tempat. KITA????? bagaimana??????)

*Lagi kisah mengenai One Tree Hill di blog Cik Bakhtiar

Salam bersambut, Ukhuwah bertaut:

Empat Lejang dan Dua Lejang


Apa Auckland!!!! Itulah reaksi pertamaku bila mendapat tahu hubby di'attach'kan ke Massey University cawangan Auckland. Asalnya sepatutnya hubby ke Massey University cawangan Palmerston North. Auckland ni memang tak terlintas langsung dalam kepala kami, sebabnya kos sara hidup di sini memang ler teramat mahalnya.

Bayangkan rumah 2 bilik yang sempit sewanya $345 per week (bukan per month yer). Sepatutnya dengan kondisi kami yang punya 3 anak ni tak boleh duduk rumah 2 bilik (kat sini if anak 3 ke atas kena sewa rumah yang punya 3 bilik ke atas). Tapi nasib baik owner rumah ni baik. Duit bantuan sewa rumah yang hubby dapat cuma $320 per month, jadi bayangkanlah bagaimana kami nak hidup dengan sewa yang 3 kali ganda mahalnya dengan duit bantuan yang kami dapat...tapi Alhamdulillah, Tuhan maha kaya, kami masih boleh survive...:-)

Namun setiap yang berlaku ada hikmahnya, walaupun kos sara hidup di Auckland ini tersangatlah mahalnya, tapi satu perkara yang aku suka mengenai Auckland ni ialah di sini banyak park2 dan tempat (such as museum2, underwater world, etc) yang boleh kita pergi.. (macam ala2 merangkap melancong sekali le kiranya).

Untuk grab this opportunity, family aku, Nihra, Zakhir and Adnan tak melepaskan peluang untuk meneroka setiap khazanah yang ada di bumi Auckland ni. Seawal 8 pagi kami sudah berkumpul dan tepat 8.30pg kami memulakan perjalanan. Destinasi pertama kami ialah di Sunday Market Avondale. Kami diberi masa 2 jam untuk menipiskan duit yang pada awalnya tebal, puas ler aku borong buah n sayur (sebab murah), sampai naik kebas tangan aku duk pegang plastik buah tu.. (dan yang pasti duit yang pada awalnya tebal dalam wallet hubby kini telah nipis, nasib baik belum defisit je lagi..hehe)

Kemudian kami ke MOTAT (Museum of Transport and Technology)... dah nama pun transport and technology, macam2 bentuk kenderaan yang ada dan macam2 jenis enjin dapat dilihat (empat lejang, dua lejang, yang besar, yang kecik...macam2 ada) . Paling best sekali masa 4D show (ada gegar2 gitu)... macam real je berada dalam center of the earth... sampai terjerit2 orang yang menyaksikan...( termasuk ler aku...hehe). Kemudian kami dapat naik train free, yang paling seronok budak2 ler... masa ni terimbau ler pulak zaman naik komuter dari UKM ke puduraya, syahdu gitu (jiwang ler pulak aku ni :-) )..

So layan je ler gambar2 yang sempat aku and hubby snap ni ye......zassssss

Anis melaram dengan spek hitam..hehe

Inilah sebahagian daripada rombongan Cik Piah, kesian hubby selalu tercicir dalam bab bergambar...
Bagi kaum2 ibu duduk ye...
"I ni pemalu " kata Anis
"Menyampah I "kata Aqil



Masa ni tengah tunggu train...Aku ler orang terawal naik train dulu tau...kalahkan bebudak, berebut gak..hehe
Biasaklah... posing tetap posing biarpun dalam train.
Amacam ada gaya tak....
Tempat ni ler paling lama kami lepak..sebabnya anak masing2 taknak balik
Ni ler pekerja baru tukang kutip tiket train tu, (train ni just pameran..takleh gerak pun)
Bestnya kalau dapat kereta ni...pastu pening kepala nak jaga maintenancenya..hehe

p/s: Cepat! Cepat! sebab sekarang tengah free masuk MOTAT untuk warga Northshore, valid until 11/11/09 ni jer...

Salam bersambut, Ukhuwah bertaut:

Bercanda di Pantai Panjang

Pantai Panjang???? hehehe, sebenarnya Pantai Panjang tu merujuk pada salah sebuah pantai yang cantik di sini, Long Bay.

Hujung minggu yang lalu, aku berkesempatan berkelah bersama2 dengan keluarga Adnan di Pantai Long Bay (formalnya ayat...heheh). Masa tu yang paling seronok anak2 ler, maklumlah puas bergayut kat flying fox di Pantai Long Bay tu...

Dah lama betul aku dan keluarga tak pergi berkelah, maklumlah sebelum ni baru keluar 10 minit hidung dah mula berair. Alhamdulillah sekarang cuaca pun dah mula panas, so bolehlah bawa anak2 bermain puas2 kat tepi pantai...(lepas ni bolehlah aku mandi pantai lak..hehe)

Semalam atas request hubby suruh aku buat pantun mengenai picnic kami di Pantai Long Bay. Perghhh...berpeluh dahi nak memikirkan mcm mana nak kaitkan pantun dengan picnic ni. Jadi untuk memenuhi kehendaknya yang sudah merindui adindanya ini berpantun, so tepat pada pukul 12.50am - 1.20am (waktu NZ) aku bersengkang mata menyiapkan 6 rangkap pantun ni (menguap rasanya ada 20-30 kali..hehe) ...layannnn...

Bersama taulan janji terpateri
Ke Pantai Long Bay tempat tujuan
Ikatan ukhuwah terjalin kini
Moga berkekalan ke akhir zaman


Ramai sungguh datang bertandang
Membawa keluarga berhibur bersama
Biru lautmu cantik dipandang
Desir pantaimu mengalun irama


Indah suasana damai terasa
Bayu menyapa segar dan nyaman
Nilai estetika dijaga sentiasa
Hijau alam dinoda jangan


Berlari si kecil girangnya pasti
Leka bermain sesama rakan
Hilai tawanya penawar hati
Telatah si kecil pengubat rawan


Pantai Long Bay khazanah berharga
Tempat si Undan bebas berterbangan
Lestari birumu kan tetap terjaga
Kehijauan alammu kan tetap diperjuangkan


Dihias flora keindahanmu terserlah
Bunga bermekar berwarna-warni
Membawa keluarga datang berkelah
Mengundang bahagia kehidupan harmoni

Disebabkan mata ni dah terlalu mengantuk, jadi apa yang terlintas sahaja dalam kepala aku ni je ler yang akan tulis tanpa sempat dimurnikan dan disemak semula.... agak2 pelik je bunyinya pantun aku ni jangan gelakkan tau...:-)


Aku dan bunga.....serta kumbang kat celah bunga tu...hehe
Ni itik liar tapi sangat jinak (kat NZ ni banyak itik liar)...aku rasa ler, kalau kat Malaysia ni, tak sempat itik tu nak melangkah ke depan dah kena perambat dah...pastu for sure kena sembelih buat itik panggang...betul tak???? (Itulah antara bezanya attitude masyarakat sini dengan kita)

(Mana yang baik jadikan teladan, mana yang buruk jadikan sempadan...adiossss)

Terima Kasih Anak-Anak Ku

Semasa cuti term 3 (penggal ke 3) yang lalu Kakak Mizah ada memberitahu bahawa naik semester ni dia akan dapat gold certificate dalam perhimpunan. Aku macam tak percaya sebab bukan senang nak dapat gold certificate tu, pelajar perlu dapat 5 certificate biasa baru layak dapat gold certificate. Tambahan lagi kelasnya baru 2@3 orang sahaja yg dapat, so macam kurang logik je Mizah dapat kalahkan anak2 mat salleh tu..

Bila cuti semester tamat si Mizah tak sabar2 nak ke sekolah, pastu dia tanya aku n hubby "Ibu, abah taknak tengok akak naik pentas ke?", sini assembly sekolah open, so sapa2 boleh datang. Tapi malangnya aku tak dapat penuhi permintaan anakku tu, sebabnya hari hujan so tak dapatlah aku menapak ke sekolah masa perhimpunan berlangsung dan hubby kena ke Waikato Uni di Hamilton...:-(

Masa aku sedang tunggu anak2 untuk pulang dari sekolah, seperti biasa ler seperti selalunya... "Hah!!!!!!!!, Ibu! Ibu! kan betul kakak cakap, tadi kakak dapat gold certificate"... wah, secara automatik terkembang hidung aku....

Tapi yang tak bestnya si Akak Azi lak merajuk...hmmmmmmm. Dua beradik ni memang selalu berlumba-lumba siapa yang paling banyak dapat sijil... Aduhhhhh, pening kepala aku, siap menangis lagi tu si Akak Azi "Kakak dapat sijil, Akak Azi tak dapat :-( )...puas ler aku memuhasabahkan dirinya... "Insya Allah, nanti turn Akak AZi pulak ye...hari ni turn kakak".

Alhamdulillah, Tuhan maha adil dan mengetahui, tup..tup... minggu depan Akak Azi pulak dapat sijil (Alhamdulillah walaupun bukan gold certificate), dan Alhamdulillah sekali lagi kerana namanya tercatat lagi dalam buletin mingguan sekolahnya.... kali ini hidugku terus mengembang dan nasib baik tidak melepasi tahap kenyal.. kalau tak dah tak boleh balik ke keadaan asal..hehe.

Akak Azi dengan shield yang dia dapat
Anis pun sibuk nak jugak gambar... nak jugak ada shield, tu dia sendiri ambil floss gigi Johnson & Johnson dan buat ala2 shield jugak (guling2 kami ketawa...)

Semoga anak-anakku terus melangkah dalam menuntut ilmu dan mencipta kejayaan dan kejayaan, ibu dan abah sentiasa dan tidak putus mendoakan yang terbaik buat kalian. Melangkah dengan cekal dan tabah, Insya Allah suatu hari nanti piala kemenangan akan kau genggam. Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan begitulah seterusnya bagi hari-hari mendatang....aminnnnnn :-)

Salam bersambut, Ukhuwah bertaut:



Mangsa Keadaan...

Bagi sesiapa yang kerap kena migrain, dapat ku selami kesakitannya kerana aku juga kira agak kerap mengalami sakit tersebut. Pernah masa di Malaysia dulu, masa tu migrain ku menyerang.. dah tak tahan sangat sakitnya sampai aku hantukkan kepala ke dinding...(kuranglah sikit masa tu..pastu sakit balik..hehe).

Aku start kena migrain masa sekolah menengah dulu, nak kata rajin sangat study, poyo je aku ni.. menurut hipotesis aku mungkin sebab aku ni jenis kurang darah, tu yang tak banyak darah beroksigen sampai ke otak... jadi mungkin bila too lack oxygen sampai ke otak, as a result sakit kepala ler jawabnya (hipotesis ye...bukan teori lagi)

Kat sini nasib baik cuaca sejuk + tak panas.. so sakit tu boleh control lagi. Pernah suatu hari yang dimana migrain ku menjengah lagi, dah tak tahu nak buat apa... kepala berdenyut-denyut sakit (aku ni selagi boleh tahan cuba aku tahan dari ambil ubat pain killer, tak nak amalkan asyik bergantung pada pain killer jer..bahaya) , aku pun baring ler atas katil n cuba lelap tapi tak boleh , puas dok fikir, macammana nak releasekan sikit sakit ni.. aku pun terpandang ler buku yang aku baru beli ni... aku pun belek2 ler dengan harapan supaya mata ni mengantuk (maklumlah aku ni bila bukak buku konon2 nak baca, last2 buku yang baca aku...hahahahaha)

Beli buku ni sebab ada reduced price..kalau tak jangan harap aku nak beli..

Yes! Dapat idea, dalam buku ni pun ada panduan kesihatan tau,.... for those yang kena sakit kepala cubalah cara ini.. ambil timun, letakkan kat mata and cuba relax... (macam ala2 spa le konon...cuma takde bunyi percikan air jer n bunyi muzik gamelan je..hehe)...berkesanlah juga walaupun tak 100% sakit tu hilang, at least kurang ler sikit denyutannya.

Tapi tak sempat aku nak lelapkan mata, beberapa minit kemudian ..anak2 balik ler pulak dari sekolah....apalagi diaorang ni, bila tengok ibu ni buat pelik2 sikit mula ler nak ikut (habis timun aku nak buat nasi lemak jadi mangsa).

So inilah hasilnya....

Nilah rupa alien-alien yang baru mendarat di atas muka bumi....hehe

Diharapkan kepada sesiapa yang mempunyai petua atau nak try buat petua sendiri untuk menghilangkan sakit kepala ni (except makan ubat ye), silalah perturunkan petua tuan hamba itu kepada hamba... mudah2an mujarab... (macam ayat perhimpunan sekolah daaaa)

p/s: Tajuk ini ku dedikasikan buat timun ku yang telah menjadi mangsa keadaan akibat tangan-tangan kecil anakku...:-)

Salam bersambut, Ukhuwah bertaut:

Periuk Yang Berbakti

Tajuk entri ni macam cerita kanak-kanak punya tajuk ler pulak.,hehe, yang penting tajuk mesti kena gempak, tu yang kadang2 ntah apa2 tajuk aku buat.

Sebenarnya nak cerita mengenai antara aktiviti aku kat sini dimasa tak tahu nak buat apa terutama apabila darjah kebosanan aku sudah mencapai tahap tepu dan tiada zarah2 yang mampu terlarut lagi, maka inilah hasilnya.... bercucuk tanam dan berkebun...

Inilah pokok kesum aku.. banyak sungguh jasanya kepada kami, puaslah aku buat masak asam pedas and laksa. (Unikkan pasu pokok kesum aku.. dalam periuk lagi..hehe)

Jangan tak tahu, pokok bawang ni anak2 aku yang tanam... diaorang biasa ler, tengok ibu tanam pokok diaorang pun nak tanam juga.. habis bawang aku nak buat masak jadi korban..
Ni namanya "Silverbeet" rasanya macam ala2 bayam... Pokok ni baru kami dapat, so tak sempat lagi nak beli tanah untuk tanam (thanks ye Bejau atas pokoknya :-) )
Pokok lada kami.. harap2nya sempatlah berbuah dan membesar dengan suburnya..

Berbalik pada tajuk bercucuk tanam ni tadi, rindu ler pulak pada rumahku di Kuantan. Dulu masa sebelum pindah masuk ke rumah tu, puas jugaklah bergaduh dengan hubby (gaduh-gaduh manja gitu). Hubbyku ni minat menanam pokok2 bunga, aku pulak minat tanam sayur. Rumah kami tu dahlah tanah 4 kangkang kera jer, nak tanam macam2.., jadi nak adil bagi dua, kat kawasan belakang rumah aku punya, kat tepi n depan rumah hubby punya (ngelat..hubby punya tanah luas, aku punya ciput je...tapi sebab nak jadi isteri mithali so ikut je ler faraid hubbyku itu :-)).

Nak tahu apa yang aku tanam... aku tanam pokok lada (hasilnya siap boleh bagi jiran n kawan2 kat sekolah aku lagi), pokok bendi, pokok serai, pokok pandan, pokok selasih, pokok lengkuas dan ulam-ulaman. Tapi hasil kerja hubby lagi dahsyat, siap beli sarang burung tempua n batang kayu lagi sebab nak cantikkan Taman Inderalukanya (nama taman tu hubby yg bagi sendiri)..

Jadi itulah kisahnya... disebabkan kat sini aku duk apartment dan takde tanah kat belakang atau tepi rumah, maka periuk bocor pun dijadikanlah pasu untuk aku tanam pokok kat sini sempena mengisi masa senggang. Oleh itu, bagi sesiapa yang ada periuk yg dah bocor tu.. kalau agak2 nak buang, meh ler poskan pada aku kat sini., ada juga gunanya..(kos penghantaran sendirian berhad ye.. hehe). Akhir sekali sebelum tirai entri ini dilabuhkan buat seketika (mula dah ayat mengarut aku keluar), ingatlah tak rugi berbakti pada tanah dan periuk bocor....adiossssss..

(Bila menyentuh bab tanah ini teringat aku pada sesuatu "dari tanah kita datang...dan dari tanah kita kembali")

Salam bersambut, Ukhuwah bertaut:

Kasih Berbunga Lalang....

Sepanjang kakiku melangkah dalam menyusuri bumi Allah yang terbentang luas, terpesona aku pada keindahan alam yang tidak bertepi..bumi ciptaan Tuhan, ku bukakan mata hati, takjub aku pada Pencipta....Subhanallah, maha besar Allah yang menjadikan dan mencipta sesuatu... warna-warna yang menghias pentas dunia...

Sesekali kakiku berhenti melangkah, semilir yang menghembus ke tubuhku dinginnya menusuk hingga ke tulang...nyaman dan sejuk... Ketika itu, ku ambil lensa optikal yang tersandang di bahu... keindahan alam itu ku rakam. Bunga-bunga yang bertaburan dicelah-celah kehijauan menggamit perasaan tenang dalam sanubariku...pintalan-pintalan kesedihan yang bersarang di benak jiwa terlerai seketika...

Oklah..penat dah mengarang ayat berbunga2 ni. Ayat kat atas itu lahir dari hemisfera otak kiri aku, kini hemisfera otak kanan aku lak memainkan fungsi dan peranannya (chewahhh keluar dah topic body coordination form 4 aku ni).. Mentang2lah mood masih dalam musim spring ayat pun kena berbunga2 macam kat taman bunga...

Ok, just straight forward... kebiasaannya semak2 di Malaysia dipenuhi dengan lalang2, rumput2 serta kemuncup2 dan macam2 lagilah adikberadik rumput-rampai ni....kat New Zealand pun begitu juga...ada rumput, ada semut kat celah2 rumput..tapi yang berbezanya dengan Malaysia, di celah2 tu juga dipenuhi dengan bunga2 yang pelbagai warna, bentuk, saiz dan jenis... memang cantik... rumputnya yang hijau (sebab cukup nitrogen + cuaca sini yang sejuk) menambahkan seri semak samun yang ada di sini...tak percaya? Ok jom layan gambar yang aku snap kat semak sini (on the way ke sekolah anak2).. layannn..


Panoramanya memang cantik walaupun sekadar semak..., bunga2nya juga memang teramatlah cantiknya walaupun kat sini ia dikategorikan macam ala2 lalang kalau kat Malaysia (ciptaan Tuhan semuanya indah2 belaka)... Disebabkan kecantikan bunga2 itu semua, maka anak2ku akan kerap berhenti dan memetik bunga di tepi2 jalan..lalu dibawanya ke rumah dan buat sepah... Hatiku yang berbunga2 tadi mula bertukar musim menjadi summer (panas) sebaik sahaja pulang ke rumah apabila melihat ke'berselerak'an yang akan dibuat oleh puteri2ku itu...


(Andai dapat ku kepul awan, ingin ku sekali ku pintal nama "Rohani binti Hj. Ibrahim" di langit sana agar kau bisa jelas melihat dan sentiasa tahu bahawa anakmu ini sentiasa mengingati dan merinduimu... EMAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!! :'-( .....)

Salam bersambut, Ukhuwah bertaut: