Dah Besau Dah Dia.



Wah..satu New Zealand hari ni (1 Jun) cuti sempena meraikan harijadi anakku yang pertama. Lapan tahun dah kakak Mizah tahun ni, (kebetulan sama tarikh lahir dengan Queen)..dua hari lepas, sibuk bukan main Mizah suh aku dan suami buatkan kad untuknya (mana aci main mintak2 ni, hehe), siap merajuk lagi sebab aku lambat buatkan kad untuknya (padahal lambat lagi besdaynya, dua hari lagi).. Hmmmm, terpaksalah layan jer ler kehendaknya. Semalam pun sibuk tanya esok (hari ni) aku nak masak apa untuknya, pastu nak suh aku buatkan kek pulak.., pening juga memikirkan resipi untuk dimasak. Kalau kat Malaysia senang sikit, ajak makan KFC jer, habis cerita..kat sini kenalah cipta KFC sendiri..harap2 menjadi, hehe..
Jadi buat anakku Nur Hamizah, ibu doakan semoga dipanjangkan umur untuk beribadat, jadi anak yang solehah, anak yang bijaksana, anak yang mampu mengharumkan nama agama, bangsa dan negara..Insya Allah. Buat anak-anak ibu, Nur Hamizah, Nur Hazirah dan Nur Hanisah, terima kasih kerana menceriakan kehidupan ibu dan abah serta menjadi anak-anak yang terbaik. We love you all...muahhhhhhhhhh!Happy Birthday Mizah ....
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Nur Hamizah
Allah selamatkan kamu.....aminnnnnn
(Semoga Allah selamatkan semua umat Islam)

Majlis Perpisahan

Hari ini, berkonsepkan pot luck dan bertempat di rumah Kak Asiah,Abang Mie, Dina dan Ajeep, kami berkumpul sempena majlis perpisahan Chef Pian yang akan berhijrah ke Wellington. Sempat jugalah kami makan ayam panggang hasil air tangannya (thank you yer :-)). Harap tali persahabatan yang terbina ini tidak akan putus, moga ianya akan kekal abadi (chewah....bersasteralah pulak)...Selamat menempuh cabaran baru.....jangan lupakan kami di sini.

Sabar Pian jangan nangis ek...kalau ye pun sedih, janganlah nak makan pinggan kosong jer..huhu
Haa wat apa tu....ngumpat ek
Nyum...nyum....seddddddddaaaaaaaaappppppppppppppBeratur ye....jangan berebut, cikgu rotan nanti.
Sesi bagaimana menangani stress ye tuan-tuan dan puan-puan, hehe.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

(uwaaaaaaaaaa sedihnya pantun ni, mana tisu ni.......[over ler pulak] hehe)

Mahal vs Murah

Mahal..mahal..mahal.. murah...maksudnya banyak mahal dari murah.. (depends on stuff gak).. Semalam aku ke pak n save belanja barang dapur. Kononnya hari ni nak masak Nasi Ayam. Aku pun gi lah kat bahagian sayur-sayur..mak oiiiiiiiiiiii!!!!! Cili banyak tu je dah $5.99 atau RM12. Nak buat macam mana, ambil jelah.. Pastu nak cari salad...mak datuk.!!!!!!!!!!!!murah ler pulak..$1.49 atau RM3 je sebanyak tu.

7 batang=RM12
Banyaknya... boleh buat kenduri tu...
Buah lak kalau epal, kiwi, anggur, strawberry memanglah murah kalau nak compare dengan Malaysia..tapi kalau nenas, mangga, honeydew, semangka (bahasa orang Johor), betik memanglah bapak mahalnya (bahasa orang Pahang lak)..berganda2 dengan harga kalau kat Malaysia. Rumah aku ni kalau kiwi, anggur boleh dikatakan tak pernah putus, tapi kalau mangga tu (RM14 SEBIJI), kirim salam jelah...Kat sini kalau teringin sangat nak makan nenas kenalah tunggu buah tu dikategorikan sebagai reject, munasabah ler sikit harganya masa tu(ada sesapa nak tolong poskan dari Malaysia tak? ;-) ).
Buah reject = RM4Masa aku beli kiwi ni sekilo=RM0.20 (atau senang kata 20 sen jer)
Beginilah hidup merantau, ada pro and contras...nak tak nak kenalah harungi..(teringat lak harung ikan kat lopak...mmmm, ada kaitan dengan tajuk perbincangan ke ek?) . Aritu anak2 ku dah bising, lama tak makan burger, jadi dengan menggunakan kekreatifan aku yang memang dah lama kreatif ni (masuk bakul angkat sendiri nampak..hehe), potonglah daging lembu tu sebesar saiz daging burger.. pastu apalagi perapkanlah dengan pelbagai rempah agar adalah rasa2 macam daging burger, nak buat lagi sedap, bikin special punya, balut lak dengan telur..perghhhhhh sedap bangat!

Di Suatu Tempat Di Atas Bukit

Masa duduk kat Malaysia, aku selalu tengok ruangan Salam Dari Perantauan dalam surat khabar (masa tu merangkap berangan sekali ler kiranya..hehe kantoi bocor rahsia), ada suatu hari tu suamiku pun bawalah satu keratan akhbar ni.. "Ni lah muka Abang Suhaimie sekeluarga", aku pun apalagi seronok bukan main ler sebab selalu dengar nama Abang Suhaimie ni, tapi tak tau macam mana rupa orangnya...first time aku tengok gambar tu, apa yang terlintas kat fikiran aku ialah.........."Cantiknya pemandangan latarbelakang gambar ni", hijau je nampak....wah, masa tu rasa tak sabarnya nak gi New Zealand :-)...

Entah macam mana, impian aku leh jadi kenyataan, pada suatu hari (macam cerita kanak-kanak ler pulak), adalah seorang rakan kami kat sini ajak kami ke satu tempat ni...bila aku sampai je tempat tu, aku rasa macam pernah tengok je tempat ni, tapi dimana ye?....tapi lupa nak bagitahu (maklumlah dah tua, tu yang asyik lupa je tu), sebelum aku naik ke bukit ni. kami singgah le dulu kat playground kat Devonport ni (berapa banyak kat daaa)..so layan jelah ye gambar-gambar ni ye.....

Nampak cuaca macam panas..tapi Masya Allah punya ler sejuk..
(ni nama dia posing shy-shy cat..hehe)

Setelah dah penat bermain budak2 ni, kami pun teruskanlah perjalanan (macam jauh jer bunyinya kan?)...masa naik Mt. Victoria tu, teringat lak kat Genting Highland, uwaaaaa rindunya kat Malaysia...tapi Genting lagi tinggi lah.

Hai...cari ilham nak buat sajak ker (macam perli diri sendiri jer..kuang3x)
Kepadatan dalam kehijauan dan kebiruan (apa punya bahasa ler ni,pening daaa)
Fuyoooo...Anis macam Cristiano Ronaldo Jr. ler... (konpius jap, bolanya mana pergi ek :-/)

Tengah kami sibuk2 berkemas nak balik, tetiba hujan turun ler pulak (nasib baik renyai2 jer, kalau tak mahu lencun dibuatnya). Tapi disebabkan sesi berposing belum tamat lagi, hujan pun hujan ler..lantaq pi lah (kata orang Kedah [Azwan betul tak tatabahasa ni ek?])
Berlatarbelakangkan pemandangan Auckland City

Pesanan Buat Diri

Saat berjauhan begini, kerinduan selalu menerpa. Kadang kala tangisan boleh meringankan sedikit kerinduan yang ditanggung. Terlintas di fikiran, mengapa aku perlu menangis? Mengapa? Tiada jawapan...ku tanya lagi...mengapa aku perlu bersedih? Aku hanya insan biasa, punya naluri perasaan...perasaan yang tak mungkin dapat aku asingkan..ia hadir tanpa dipaksa, tanpa jua diundang. Kerinduan yang begitu menyeksakan, hanya Dia yang mengetahui....Moga aku terus tabah mengharungi dugaan hidup di perantauan ini...

Firman ALLAH SWT
“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya).” (Surah Al-Balad: 4)

“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi yang cantik”

“Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.”

“kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi”


Auckland Domain

Dulu sebelum pergi ke perlawanan futsal (bukan aku tapi suamiku yang main, kalau aku main sure MU lantik aku sebagai jurulatih dah), sempat lagi kami singgah ke satu tempat ni..Namanya Auckland Domain. Masa tu terpusing-pusing nak cari parking, maklumlah hujung minggu tu yang ramai orang. Aku pergi bersama dengan family Liza (merangkap pemandu pelancong kami kat sini ..thanks ye). Sampai je aku kat situ, aku nampak punyalah ramai orang yang bersantai macam kat tepi pantai lak (padahal tengah padang tu). Apa yang menarik kat sini selain tempat bersantai (ala-ala berkelah ler konon) ialah terdapatnya rumah-rumah yang mengandungi pokok-pokok mengikut musim, tapi sebab masa suntuk so aku cuma sempat pergi dua rumah jer, tak sempat nak explore semua. (p/s, semua bunga-bunga adalah original belaka..tak main plastik2)Masa tu kebetulan kami baru beli kamera, apalagi dengan rakusnya pun snap ler ntah gambar apa2 jer (apa punya bahasa daa), then kami pun masuk ler kat satu kawasan tu (tak tau lak apa nama rumah tu)...mak oii, punyalah panjang lense kamera satu minah salleh ni (sedepa kot), nak tergelak pun ada sebab ni first time aku tengok lense sepanjang tu (sebenarnya jakun, hehe).
(Masa ni cari emas...ikan emas..hehe)
Tak berapa minit kemudian setelah puas berlagak model (dalam ertikata lain amik2 gambar), adalah satu mamat salleh ni ushar (betul ke eja macam ni ek) je kat kami, pastu dia pun datang tanya "where do you come from", bermulah sesi menjalinkan ukhuwah (ceh...tingginya aras bahasa :-)), tapi yang aku nak cerita bukanlah pasal sesi perkenalan yang tak diduga tu, yang aku nak cerita ialah kamera dia sikit punya canggih, siap bawa laptop untuk edit gambar tu..hehe, masa tu barulah tau langit tu tinggi ke rendah..hehe (sebenarnya memang dah tau pun langit tu tinggi, kalau tak takkan takleh capai). Jadi moral of the story "kalau dengar guruh di langit, air tempayan jangan dicurahkan"...(ada perkaitan ker?ermmmm :-/)...

Pasar Lambak Takapuna..

Sepatutnya tajuk entri kali ni Takapuna Sunday Market, tapi sebab aku nak wujudkan suasana ala-ala Malaysia kat sini, gunakanlah ayat pasar lambak (uwaaaaa.....rindunya nak pi pasar lambak)....teringat lak pasar lambak kat Malaysia, antara perkara yang wajib aku beli ialah kebab, keropok lekor, air soya, laksa penang, ayam goreng, murtabak dll (amboi, badan kecik..makan boleh tahan..ermmm).

Sepanjang pergeselen kami kat pasar tu (Aik..apsal gesel ?...sebab ramai orang, tu yang kadang2 tergesel gak tu), telinga ni tak putus-putus didengarkan dengan alunan muzik yang aku rasa oklah, bolehlah....sedaplah juga kalau nak dibandingkan dengan kalau aku menyanyi (macam katak puru panggil hujan kot..hehe). Masuk je kat dalam pasar tu, perkara pertama aku jumpa ialah mamat ni....ni kalau kat Malaysia dah aku beli kayu tu (murah gak mamat tu jual), kalau aku beli nanti takkan nak angkut dalam kapal terbang kot...mau kena gelak dengan ngn orang, macam kat Malaysia takde kayu dah..hehe (tapi memang lawa mamat tu buat)

Nak juga interframe....sabau je lah (kata mamat tu dalam hati) :-)
Budak2 kat sini pandai cari duit, guna bakat yang mereka ada untuk expose kat public. Mana taknya, sekolah-sekolah kat sini selalu buat fundraising, tu yang semangat enterpreneur dah meresap dalam diri...(terfikir gak nak suh anak-anakku berpantun kat tengah-tengah pasar lambak tu, sure pelik mat salleh n minah salleh kat sini tak faham "benda apa ler budak ni buat" [ayat setelah diterjemahkan oleh pakar bahasa]...hehe)
Bagus betul atuk ni...kagum aku melihat kesungguhannya
Baca note ke bang...semibrif, krocet...

Duduk kat New Zealand yang bestnya sayur dan buah bolehlah...murah + fresh ler juga (tapi sebiji mempelam {ulang suara sebiji mempelam} berharga $7 atau RM 14...., sebab import dari Thailand) kalau kat Malaysia baru RM3 sekilo.

Haa...yang ni bukan kategori barang-barang makanan ye... tiup kuat sikit bang ye...kasi gegar satu Takapuna....( takut lak aku tengok topeng kat belakang tu...eeeee serammmm)

Ketinggian Budimu..

Ku cipta sajak ini khas buat guru-guru, yang sanggup berjuang ke jalan Allah dalam mendidik anak bangsa. Semoga perjuangan kita atas keikhlasan ini diberkati dan dirahmati olehNya. Selamat Hari Guru....

Mengalir leluhur ilmu ke sungai harapan
Bersama zat-zat kasih dan sayang
Menuju destinasi....
ke taman barakah

Andai lemas di pertengahan jalan
Andai tersungkur ketika berjuang
Andai sesat mencari arah
Andai tersadung sebelum melangkah
Sesal jangan sekali-kali
Dirawat segera luka di hati
Bukan penyudah berputus asa
Bangkit kembali mencari sinar
Atas bijaksananya seorang guru

Kita pulangkan ilmu yang dipinjam
Kita belajar menjadi tabah
Kita garapkan selaut nilai
Kita kesatkan air mata yang tumpah
Kita bukan pejuang yang dipuja
Namun ilmu itu mulia

Ke langit tujuh terokalah guru
Dalam mencari pengertian makna
Dalam mencari hidayah yang esa
Dalam mencari berkatnya hidup
Dalam Mencari bakal generasi terulung
Walau diri umpama kandil
Jangan sekali pasrah bertamu
Demi sebuah masa depan yang lebih gemilang

Lihatlah di mata anak cucu mu
Pada hati mereka yang gersang
Kita bajakan dengan wahyu yang suci
Dengan kalam kau bertinta
Agar tersemat ajaran murni
Kau titipkan pada mereka
Semangat pada hari ini
Dan pedoman untuk masa hadapan
Ke taman barokah




Mizah mendeklamasikan sajak khas buat semua guru di Malaysia. (sumber dari youtube)

Am I Weird?

Bagaimana entri ni tercipta? Sebabnya aku dah gian nak berpantun, bila tengok gambar-gambar pantun, rindu lak nak berpantun..hehe. Siapa yang mengenali aku sure confuse, aik! ajar Biologi n Sains, macammana leh terjebak dalam dunia art ni...hehe, aku pun takde jawapan, cuma boleh aku katakan minat dari dulu.

Dulu masa sekolah, habis je exam penuh ler kertas exam tu aku conteng buat sajak..hehe. Pastu masa form two Cikgu Mohamad paksa aku masuk pantun (aku memang anti berpantun dulu), pastu dengan hati yang berat aku pun involve ler (adikku pun satu team ngn aku). Nak dijadikan cerita aku pun layan ler pantun ni dari sekolah bawa ke universiti sehinggalah sekarang...latih budak2 sekolah + wakil jabatan.. Terima kasih aku ucapkan buat rakan-rakan yang banyak membantu aku Cik Razali, Cik Saruchi, Kak Ida Rizyani,Kak Rosliah, Cik Kamal Bahry..ramailah lagi.

Masa ni aku jadi jurulatih

Buat anak-anak didik pantun ku, semoga kalian terus sukses (macam amanat hari raya ler pulak), maaf hanya gambar ni yang ada dalam komputer cikgu, mana yang takde jangan terasa hati ek...

Masa ni aku jadi peserta.. Bersama Sasterawan Rahman Shaari, belajar cara-cara penulisan sajak
Sempat menimba ilmu dengan Sasterawan Pok Pin (Ariffin Said), pejuang tradisi Melayu..
Ketika berguru dengan Sasterawan Lim Swee Tin
Bersama dengan insan yang memperjuangkan lagu-lagu rakyat Roslan Madun
Bersama Novelis Samsiah Mohd. Nor di Perkampungan Penulis Muda Kebangsaan 2008

Namun, di mana jua aku berada...jasa guru-guruku yang mengajar aku seni bersastera dan semua guru-guru yang pernah mengajar ku baik di sekolah rendah (tadika tak pergi..pergi sehari cabut balik rumah menangis..hehe), agama, menengah, mrsm, matrikulasi, universiti, maktab perguruan dan lain-lain (secara formal atau tak formal) ni tetap akan ku kenang (panjangnya le mukaddimahnya), terima kasih kerana sudi mengajar saya, semoga Allah memberi kesejahteraan dan keberkatan buat guru-guru semua..aminnnn

Tak lama hari Hari Guru akan menjelang...jadi aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru-guru buat semua guru-guruku dan semua insan yang bernama guru (awalnya dah wish..hehe, biar cepat asal selamat)