Fasa Baru Kehidupan Di Auckland


Hari ini bermulalah kehidupan baru kami sekeluarga kerana kami akan berpindah ke rumah sewa kami. Pagi-pagi lagi aku sudah tidak sabar untuk masuk ke rumah baru kami, bukannya apa kerana aku sudah tidak sabar untuk mengemas barang-barang yang dah lama terperuk di dalam kotak dan beg.

Budaya masyarakat di sini biasanya mereka membeli barang-barang melalui trade me menerusi internet, bagi mereka yang pandai bid harga sudah pasti akan mendapat barang yang jauh murah harganya dengan kondisi yang agak ok.

Pagi ni, aku survey kereta dlm trade me, tapi agak sukar juga untuk mendapat kereta mengikut kriteria yang kami nak. Walaupun agak murah tapi lokasinya agak jauh, ada yang dekat tapi agak mahal (takdelah mahal sangat cuma kenalah berjimat-cermat), tambahan lagi kami masih menumpang kereta kawan-kawan, so taknaklah menyusahkan sangat mereka untuk ikut survey kereta walaupun mereka tak kisah untuk membantu....terima kasih kawan-kawan.

Hari ni seorang lagi kawan baru kami akan turut sama membantu kami mencari barang-barang harian dan sambung survey kereta...Nihra thanx a lots...
Alhamdulillah komuniti masyarakat Malaysia kat Albany ni mudah mesra dan suka menolong orang-orang baru seperti aku dan keluarga. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami di sini..aminnnnnnn.....
(Gambar atas, Hazirah dalam business class dari KLIA ke Auckland)




(Gambar d Auckland International Airport, semua muka keletihan)

Di Bumi Auckland


Sudah 3 hari aku di sini, masih menetap di rumah kawan yang baru kami kenali, Azwan dan Liza... Agak sukar untuk mencari rumah sewa di sini, disebabkan aku mempunyai 3 orang anak maka agak sukar landlord untuk membenarkan kami menyewa di rumah yang hanya mempunyai 2 bilik, Masyarakat di NZ amat cerewet, takut rumah sewa mereka akan kotor dan messy...Alhamdulillah, dengan bantuan Azwan dan LIza isterinya yang tak putus-putus menolong kami akhirnya dapatlah kami rumah sewa yang mempunyai 2 bilik dengan sewanya $345 per week, atau RM690 per minggu, atau boleh juga aku katakan RM690 x 4 minggu. Rumah-rumah sewa di NZ dibayar mengikut minggu tidak seperti di Malaysia mengikut bulan.
Walaupun sewa rumah di sini amat mahal namun kereta-kereta second hand amat murah, contohnya Odyssey kat sini cuma $3200 atau RM6400 sahaja, bagi kereta-kereta sedan harganya dari ratusan ringgit hinggalah dalam RM2 ribu sahaja, kondisinya pun masih elok lagi.
Buah epal and pear kat sini amat murah malah di sini ada sebuah taman yang dipenuhi dengan pokok2 tersebut yang mana aku lihat buah-buah tersebut bertaburan di atas tanah, kepada sesiapa yang datang boleh panjat dan ambil sahaja buah-buah itu. Kami telah diraikan oleh beberapa pelajar-pelajar Malaysia setibanya kami di sini. Azwan yang mengambil kami dari airport membawa kami ke rumah Abang Suhaimi n Kak Asiah, pelajar Malaysia yang paling lama kat sini, kami dihidangkan dengan roti capati, nasi dan kari. Alhamdulillah kat sini hampir kesemua rempah dari Malaysia ada di jual. Kami sampai pada musim hujung summer, tak lama lagi musim autumn, dan winter...walaupun musim summer tapi cuaca malam amat sejuk....
(Gambar kat sebelah tu aku n family di KLIA)

Tangisanku


Air mata ini bukan murah harganya
Air mata ini bukan mudah untuk tumpah
Air mata ini tidak ternilai harganya
Air mata ini hanya untuk yang tersayang
Air mata ini penuh dengan pengertian
Penuh dengan maksud yang tersirat
Penuh dengan kedukaan
Penuh dengan kegembiraan
pada mereka yang memahami..

Lewat lalu tidur malamku diselimuti dengan tawamu,
Tidur malamku diselimuti dengan usikanmu....
Kini bertemanlah aku dengan dunia yang asing..
Bunyi deruman enjin manusiawi yang entah dari mana usulnya..
Aku kesepian....

Namun...
Andai sepi itu hadir,
Andai rindu itu membungkam aku,
sakit terasa memendam resah..
Pada sebuah kenangan yang indah,
Pada sebuah memori coretan bersama
Akan ku pejamkan mata...
Hadirmu di sisi ku bayangkan pasti...
Tersenyum aku sendiri...
kisah kita terlalu unik....terlalu unik..

Moga
Perpisahan yang mengundang ini,
ketabahan yang menjelma
keutuhan kasih dan sayang
keabadian sebuah pertemuan
terikat mati tiada galangnya
lantas kau terlalu istimewa..
Tangisku buatmu...
bagi mereka yang memahami....

MENITI CABARAN DAN DUGAAN


20 Februari 2009, 3.00 p.m, di bumi Malaysia, bertemankan ramai saudara-mara yang mengeringi pemergianku...mak, adik-beradik,anak2 sedara, atuk dan mak lang, ucu..aku berlepas dari Senai...Tuhan sahaja yang tahu betapa aku menyayangi mereka semua... Ramai orang2 yang ku sayangi turut sama menelefonku, Syida, Amira dan beberapa orang cikgu2 dari SMK Pandan. Amira...jangan menangis sayang, nantikan kepulangan cikgu beberapa tahun lagi dengan harapan kegembiraan mengiringi kita, Insya Allah. (Buat rakan-rakan ini alamat emel ku, radinsah@gmail.com)


Kami sampai di KLIA tepat pada pukul 5.00 p.m, jenuh juga untuk menunggu malam kerana flight seterusnya pada pukul 9.30 mlm, di mata ku masih terbayang-bayang wajah-wajah yang ku sayangi, masih terngiang-ngiang suara-suara mereka dan lambaian mereka. Namun ku kuatkan hati kerana kaki ini akan terus melangkah..


12.30p.m waktu di New Zealand manakala 7.30a.m waktu di Malaysia kali pertama aku menjejakkan kaki di luar negara..di sekelilingku penuh dengan mat salleh dan minah salleh, tinggi2 belaka, orang mouri di sini besar-besar belaka. Tasks pertamaku apabila si Anis merengek nak belon yang dipegang oleh minah arab di depan matanya, kesian juga melihat anis yang demam setiba sahaja kami tiba d NZ, nak tak nak aku dan Anis berdua pergi ke kedai berhampiran dalam airport tersebut, terkejut juga melihat harga belon yang sekecil tu, 7 dolar, atau RM14, namun terpaksalah dibelikan juga kalau tak menangis lagilah si kecilku itu....

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN


Sayu juga hati meninggalkan alam pekerjaan, rakan-rakan seperjuangan dan anak-anak pelajar buat seketika, jatuh bangun aku dalam dunia pendidikan banyak mengajar aku erti kehidupan. Kadangkala aku rasa sangat bersyukur apabila melihat ramai lagi di luar sana yang lebih perit hidupnya. Tapi Tuhan tidak akan memberikan dugaan bagi mereka yang tidak mampu untuk menanganinya, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, ini juga muhasabah buat diriku yang kadangkala teralpa apabila ditimpa masalah.

Pepatah Jepun ada mengatakan, kita bertemu untuk berpisah dan kita berpisah untuk bertemu, Insya Allah perpisahan yang bakal mengundang tiba akan ada pertemuan pada masa akan datang, Insya Allah, kita hanya mampu berdoa tapi Dia lebih mengetahui. Teringat aku ketika belajar di MRSM Jasin dahulu, pada minggu terakhir persekolahan, kami ada menyanyikan sebuah lagu. Apabila aku terdengar lagu itu, terlintas di fikiranku ke mana rakan-rakanku dahulu. Ingin sekali alumni bersama-sama dengan rakan-rakan lamaku semasa di SM. Tg. Datuk, MRSM Jasin dan UKM terutama rakan-rakan Program Bioteknologi Tumbuhan. Aku tidak berapa ingat sangat lagu yang aku maksudkan itu, tapi senikatanya lebih kurang begini:


Pertemuan kita disuatu hari
Menitipkan ukhuwah yang sejati
Bersyukur ku kehadrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku setiap waktu
Ya Allah bantulah hambamu
Di atas perpisahan ini...
Lagu ini juga aku tujukan juga buat orang-orang yang aku sayangi dan anak-anak pelajar di SMK Pandan terutama anak-anak didik pantunku, semoga kalian berjaya dalam hidup.